Wednesday, March 07, 2007

beRuNtONg wESt cOUrsE

AGGP 2007 yang akan berlangsung di Bukit Beruntong Golf And Country Club nanti adalah sebuah kelab golf yang mempunyai 36 lubang terbahagi kepada East Course dan West Course. Panduan perjalanan kepada peserta-peserta AGGP 2007 nanti ialah jika mengikut highway PLUS menghala ke utara melalui Tol Jalan Duta hendaklah keluar melalui Exit Bukit Beruntong. Selepas Tol Exit Bkt Beruntong anda akan bertemu simpang tiga dan ambil kiri dan terus sehingga anda bertemu satu lagi simpang tiga dan anda ambil kanan. Selepas itu jalan perlahan-lahan dan anda akan nampak signboard di sebelah kiri lebih kurang 2km dari simpang tiga tadi iaitu BBGC.

Jika anda mengambil jalan lama iaitu melalui Selayang dan Pekan Rawang teruskan perjalanan anda sehingga sampai ke traffic light di Sg Choh (Kg Erra Fazira) dan anda ambil kiri dan terus saja sehingga anda melalui pekan Bukit Sentosa dan sampai ke kawasan perumahan Bukit Beruntong. Anda akan berjumpa dengan simpang tiga yang saya nyatakan di atas dan ikut cara yang sama.

Sedikit maklumat berkaitan Beruntong West Course dimana akan berlangsung AGGP 2007 kita nanti ianya mempunyai padang yang agak sederhana tidak seperti di East Course yang mempunyai padang rumput Bermuda. Namun begitu memandangkan East Course sedikit sukar dengan keadaan layout nya dan West Course agak lebih mudah sedikit tanpa fairway-fairway yang sempit dan mencabar, juga kerana West Course boleh di masuki oleh buggy tidak seperti di East Course. Maka itu dengan kehadiran beberapa golfer-golfer baru maka adalah lebih pantas sekiranya kita bermain di West Course.

Sedikit penerangan berkaitan layout West Course secara ringkas seperti berikut :

First Nine :
Lubang 1 (Index 5) 350m : Par 4 - dog leg ke kiri dengan OB line di sebelah kanan
Lubang 2 (Index 15) 140m : Par 3 - OB di sebelah kiri dengan bunker di kiri kanan
Lubang 3 (Index 7) 341m : Par 4 - fairway yang lurus dan besar
Lubang 4 (Index 13) 345m : Par 4 - fairway yang lurus, water hazard di kiri
Lubang 5 (Index 17) 127m : Par 3 - lurus cuma pin selalunya di depan bunker
Lubang 6 (Index 3) 321m : Par 4 - dog leg ke kanan dan island green
Lubang 7 (Index 11) 478m : Par 5 - dog leg ke kiri, boleh 3 on
Lubang 8 (Index 9) 361m : Par 4 - lurus dan ada dua water hazard menuju ke fairway
Lubang 9 (Index 1) 456m : Par 5 - dog leg ke kanan dan ada water hazard sebelum green

Second Nine :
Lubang 10 (Index 10) 367m : Par 4 - fairway lurus dan ada water hazarad sebelum green
Lubang 11 (Index 4) 321m : Par 4 - T.Off mesti melepasi 180m untuk lepas water hazarad
Lubang 12 (Index 12) 340m : Par 4 - T.Off mesti melepasi 130m untuk lepas water hazard
Lubang 13 (Index 18) 157m : Par 3 - Bunker di kiri kanan green
Lubang 14 (Index 6) 500m : Par 5 - Ada 2 water hazard sepanjang fairway panjang
Lubang 15 (Index 14) 300m : Par 4 - dog leg kiri. T.Off sedikit mengelirukan
Lubang 16 (Index 2) 375m : Par 4 - Ada satu water hazard di tengah fairway
Lubang 17 (Index 16) 155m : Par 3 - Bunker di kiri kanan green
Lubang 18 (Index 8) 496m : Par 5 - menaiki bukit dan water hazard sebelum green

Begitulah secara ringkasnya layout West Course yang saya petik dari scorecard yang ada pada saya. Scorecard tu tunjukkan saya main 106 pada hari tu, so padang ni memang bukanlah padang favourite saya dan bukan juga home ground saya.

2 comments:

SK said...

SK ingat nak sign off pastu baca plak n3 ni..baru terperasan... kida ni masih tak lupa era fazira rupanye..tulah masa dulu tak nak ayat cukup2 kwang 3x.

p/s era tak ingat nak ajak kida ke birthday party dia ker? *wink*

LaN KidA said...

SK ni saja nak mengusik..masa tu umur dia pun baru 19 tahun kot... baru launching album tak silap masa tu...apara....