Wednesday, March 07, 2007

cOuNtdOWn tO aGGP 2007 - 3 more days to go


The Red Carpet of AGGP 2007

Acara Red Carpet AGGP 2007 ini sebenarnya bukanlah suatu acara macam Academy Award atau pun Grammy Award tetapi ianya adalah untuk suka-suka sahaja. Walaubagaimanapun ia sebenarnya cuma satu pesanan untuk golfer-golfer baru yang akan menyertai AGGP 2007 nanti di mana beberapa perkara ingin saya nyatakan disini berkaitan AGGP yang akan disertai nanti. Mungkin ada antara golfer-golfer baru ini sudahpun mengetahui tatacara sesuatu acara golf yang di adakan tetapi eloklah jika kita saling ingat memperingatkan takut-takut dah sampai kat kelab banyak benda yang terlupa untuk dibawa.

1. Jangan lupa bawa beg pakaian atau Boston Bag. Bawalah sepasang pakaian untuk persalinan selepas mandi sesudah permainan golf nanti. Untuk permainan golf bawalah golf set anda, kasut golf, Topi dan tuala tangan dan tuala untuk membersihkan peralatan golf.

2. Jangan lupa untuk membawa glove tangan, bola golf dan kayu T. Kepada golfer baru ni eloklah bawak banyak sikit bola sekurang-kurangnya 15 biji. Bola baru memanglah mahal tetapi anda boleh dapat bola 2ndhand yang berkualiti berhampiran Kelab Golf Peransang semasa dalam perjalanan nanti ataupun dimana-mana driving range. Payung juga kalau boleh bawa sekali mana tahu takut-takut hujan.

3. Sebelum memulakan permainan sila teliti scorecard dan fahami peraturan-peraturan kelab atau local rules. Kalau ada masa dalam 3 hari ini cuba-cubalah layari website Rules and Etiqutte Royal Ancient Golf of St Andrews atau dari website USGA untuk memahami beberapa etika asas dan peraturan permainan golf supaya anda tidak berasa janggal dengan permainan nanti. Tapi kalau tak sempat tu kita bo je lah balun ikut sempat je lah yer.

Yang lain-lain tu kalau ada yang tak faham, cuba-cubalah bertanyakan kepada golfer yang berpengalaman. Saya akan cuba padankan 2 golfer baru bermain bersama 2 golfer berpengalaman nanti semasa AGGP 2007.

So, acara Red Carpet AGGP 2007 nanti akan berlangsung sekitar pukol 12-30 tengahari dan kita akan cuba memulakan permainan selewat-lewatnya pada pukol 1-00 tengahari agar nanti ianya dapat diselesaikan pada sekitar jam 6-00 petang. So minta semua golfer dapat hadir di BBGC sekitar jam 12-15 tengahari dan bersiap sedia di Changing Room.

The Red Carpet of AGGP 2007 akan memilih seorang peserta berpakaian golf yang paling lengkap dan menarik. Pakaian yang menarik tidak semestinya dari jenama yang mahal tetapi berpakaian golf yang lengkap akan menjadikan personaliti pemain itu tampak menarik. Hadiah akan di sediakan yang masih dalam perbincangan dengan beberapa pihak penaja.

3 comments:

LaN KidA said...

Salam semua,
Sampai 11hb Mac ni memang blog ni sarat cerita pasal golf je lah ye... AGGP ni takde apa sangat pun sebenarnya..ntah-ntah yang datang pun cuma 2 flight tapi saja je saya nak meriahkan sikit...

Bagi yang bukan golfer tu mintak maaf lah yer... anyway at 40 this is the right time to start golfing actually because if you want to wait for some more years you may find it difficult to adopt the game and be a good golfer. At this age i think this is the only sport suitable to cater your capability, stamina and socializing. It is not an easy game and people tend to frustrated a lot. But you will find the beauty in one of the most exiciting game ever played..trust me!

Anonymous said...

Kida, I agree with u. So all rodongs should start golfing now. Once u get into this sport u will know it's good for mind therapy and relaxing your body..

sljr

LaN KidA said...

Malam ni kalau ada rodong nak training kat driving range Setapak..jomlah.....Kitang, Man Troq, Padil Sutok, Kudin...moh ler..kasi practise sikit..pukol 9-00 should be ok..aku hari ni bergolfing kat Bukit Unggol 2-30 petang nanti..lepas mandi..insyaallah boleh sampai Setapak dalam 9-00 mlm