Sunday, March 04, 2007

bUdiMaN - LoGo, caP n T'sHiRt : siRi 3

Ada beberapa lagi logo BUDIMAN yang telah direka oleh beberapa orang kawan kita iaitu oleh Abang Nu (suami Ummi) dan juga Walid. Bilal juga turut menghantar logo yang telah di perbetulkan semula untuk pandangan dan pendapat kawan-kawan semua. Bawah ini saya siarkan slide show logo-logo tersebut untuk ulasan dan pandangan kawan-kawan semua.

16 comments:

Pokcik Zam said...

weh mengancam belaka. yg bilal nak byk improve & easy , yg ummi nampak cantik, yg walid nampak gempak n kreatif. Mungkin lepas ni ada 2-3 lagi yg anto, kendian kita undi ramai2. mgkn 1-2 design blh guna. topi lain, t-shirt lain.

LaN KidA said...

Sila klik kat command < - > atas slide show tu utk pause, rewind atau foward..

Terima kasih atas pandangan anda semua.

Anonymous said...

Fuu dasyat semuanya.. boleh kata semuanya menarik dan hebat. Kot-kot walid dan ummi dapat menggunakan kreativiti dgn menggabung semua idea menjadi satu. Contohnya Gambar "world" dan "cat tumpah" milik walid jadi back ground, kemudian masukkan Tulisan Budiman milik Ummi dlm logo pertama dan www.budakXXXXXX milik walid dan logo ITM lama dalam logo koi di selitkan samada menggantikan huruf I pada budiman atau di tgh "world"..cam mana?- bilal

Anonymous said...

salam.
thks for the comments. walid xder logo ITM so x leh nak masukkan lam design tu so kpd yg ada logo tu(bilal, ummi) pls email kat walid.
leh la walid insertkan logo lam design yg lain. background logo walid tu is for the shirt color(hitam,maroon,putih) n color x byk..so kos savings skit.(kot?)

Anonymous said...

Salam semua BUDIMAN...
Wah..kreatifnya mereka-mereka itu..!!Tp abang Nu kata, logo dia bila dah masuk dlm blog ni lain lak font tulisan dia..ada terubah sikit le..lari dari yang asal dia..

Pendapat ummi, logo itm tu kita takleh senang2 letak jer tau.. sebab kita bukan sebuah Persatuan lagi (berdaftar)..itu ITM punyer..kang kena saman lak!Setakat nak amik tema color bole kot. Tak semestinya kita letak logo itm, kita mst cipta kita punya, original..Walid punya puhhh memang world..yang Abg Nu tu kena pinda sikit font tulisan tu ler..kasi mantap! Tema color still nostalgic. Yang Bilal, ok nampak ringan dan mudah, x complicated sgt..cantik jgk..

Xpa.., ramai lagi kena bg opinion, atau kita undi je kan..

Anonymous said...

kengkwan,
cam kata sl jr..kot2 ada lg ada yg nak antor logo ker atau nak imporvise logo ker jd kalau nak undi kena la tunggu yg final.

kida,
apa kata wat satu artikel letak deadline tuk antor logo nih jd takdelah open nanti kang dah pilih ada plak yg antor...

tapi apa2 pun sk suka Logo Walid 6 cuma kat i tu letak logo itm(cam i kat logo bilal 1 tu)

Mus_Astley said...

Rakanz2....

FG salute kat gambar2 logo semua. Molek belaka! Walid punya gempaq; cuma globalisation tak semestinya melambang itm pahang... Bilal punya FG suka, terkenang masa zaman belajar dulu. Ummi punya simple, cute and nice... macam tuan punya diri & suami. Group mengeteh punya decision camna?

Anonymous said...

FG, betul group negeteh lum bg lg logo..tapi sk nak pesan tak mau letak teh gelas besor tau. tak suai gitu ahaks!

Anonymous said...

pokcik rasa ttg logo ITM tu x kan nak saman, logo dah expired, apa ke hal..UiTM dah pake logo baru.
Mgkn Bilal atau walid tlg combine, klu x cantik mkn jadi rojak ayam tmn gelora bhuahahaha. sljr

Anonymous said...

Saya rasa nama BUDIMAN ni mcm tak brapa sesuai, mcm group yg sgt bersopan santun dan juga selalu kena buli. Bunyinya tak brapa commercial dan tak boleh dibawa ke depan. Senang ckp mcm nama rumah sukan sekolah atau bangunan sekolah pada 20 thn yang lepas.

Saya cdgkan pilih la nama yang dengarnya mcm futureristic sikit, baru la org ramai akan nampak kewujudan group ini dan nak tau siapakah anggotanya.

You all perasan tak nama BUDIMAN ni seperti sebutan nama jawa - SUDIRMAN, SUPARMAN, SURATMAN dan sebagainya. Kita renungankan la......

Syed Camel

Anonymous said...

huhuhu...frank opinion from syed. mungkin blh gunakan terus nama budakitmpahang cam dlm logo walid dsb..sljr

Anonymous said...

Salam.. pandangan syed camel ada benarnya daripada beberapa sudut.. cuma koi rasa kalau nak discuss pasal nama awal-awal lagi 3 bulan lalu dah bagi peluang.. sekarang ni kita discuss pasal logo. Lagipun.. koi kira nama ni terlalu subjektif.. koi bagi nama era pun orang bising koi bagi nama siti pun orang benci..bagi nama mawi apatah lagi.. bak kata apa rock kita.. apa ada pada nama.. hik hik. Masing-masing ada citarasa sendiri dan ada pandangan tersendiri.. tak kira futureristik ke.. nama sopan santun ke..nama ratro ke.. klasik ke.. bagi nama gah sangat pun bila sampai buat aktiviti balik balik muka tu juga.. jadi tak payah lah kita bertaki pasal nama wei.. Budiman tu ok dah.. Koi takut nak pilih nama ambil sebulan.. lepas tu nak pilih logo pun sebulan.. last last blog ni tak der keja lain.. sorry ye.. tak bermaksud berbalah cuma idea 10 sen je..

Tok Ki

LaN KidA said...

Salam Syed Camel,

BUDak ItM pahANg - (perhatikan capital letters)itu asal perkataan BUDIMAN. BUDIMAN melambangkan suatu sifat yang mulia, penuh keinsafan, tiada rasa riak, angkuh dan sombong. Ianya suatu sifat yang ingin dimiliki oleh setiap lelaki dan dikagumi oleh setiap wanita.

Pada saya BUDIMAN tidak menggambarkan kelemahan seseorang baik dari segi fizikal mahupun spiritualnya. Kalau kita berjumpa seorang yang budiman yang telah berbuat baik, adakah kita terus mengatakan bahawa dia seorang yang lemah dan selalu dibuli? Saya rasa tidak, malah kita akan menyanjung seseorang yang mempunyai ciri-ciri budiman.

Pada pendapat saya, saya lebih suka nama-nama yang menggambarkan ketelusan, kemuliaan dan keperibadian baik sifat-sifat seorang insan dari nama-nama yang tidak mempunyai apa-apa makna cuma nak nampak moden dan brutal. Kalau namanya Abdullah dan orang panggil Dollah sekalipun, sekurang-kurangnya ia membawa maksud Hamba Allah dan nama tersebut lebih baik lagi dari nama Sherry Merlis, Betty Benafe dsb.

Pada pandangan saya, nama BUDIMAN ini sesuai bagi melambangkan satu kesatuan yang diadakan bukan sahaja dengan niat untuk memperbaharui silatulrahim antara kita tetapi dengan niat utamanya adalah untuk berbuat bakti, beramal kebajikan dan menolong mereka yang memerlukan bantuan. Pada saya itulah tujuan utama blog ini dan BUDIMAN. Kalau setakat kita nak berkawan semula setelah 20 tahun terpisah dan berjumpa hanya untuk mengenang peristiwa lama, rasanya kesatuan ini tidak akan terbentuk lama.

Tapi dengan tujuan yang lebih utama untuk berbuat amal kebajikan semana yang termampu oleh kita sebagai teras utama kesatuan ini, insyaallah Allah akan bantu kita untuk sebuah kesatuan yang berpanjangan. Kerana itulah pada saya nama yang menggambarkan ketelusan, kemuliaan dan kebaikan sifat-sifat insan sesuai untuk kesatuan ini.

Walaubagaimanapun jika Syed Camel mempunyai cadangan nama-nama yang lebih moden dan futuristic tetapi menggambarkan ciri-ciri ketelusan, kemuliaan dan keperibadian baik sifat-sifat insan yang ingin di lakukan oleh kesatuan kita ini, saya amat alu-alukan dan sangat sesuai untuk dipertimbangkan.

Anonymous said...

salam biskut.
ari ni walid send a few more design with ITM logo
background design tu adalah warna t-shirt yg akan digunakan.

utk sign kat tepi lengan baju kiri/kanan tu leh guna'BUDIMAN' n bwh dia website budiman. Pastu kat blkg baju tu...mayb logo sajer ke...tulisan ke...ikut idea rodong yg lain la.
bagus jugak ni.leh bukak bisnes desgin nie...heheeee

Anonymous said...

My opinion, design walid 8 nmpak simple and nice kalau letak kat blkg baju ok gak cuma tukar kaler aje...guna kaler dr design kak ummi 1.

Kat dpn lak kalau guna design dr bilai 2, ok gak nmpak cam corporate logo..... kaler guna dr design kak ummi. Cap pn leh guna design bilai 2. anyway, majority vote still stand - anita

Anonymous said...

ar® here...,

yg walid tu ok gak... nampak cam org 'koperat'(camner eja ek?) skit... ar rase le..., logo BUDIMAN ni kena le outstanding skit.... kena nampak lain skit... takut nnt kalo salah design.., jd cam logo persatuan rekacipta budak2 sekolah je(jgn marah ek)... tp tu pendapat ar je le... x yah byk kaler sgt.., coz mase blajar dulu cikgu ar ckp..., kalo guna byk kaler..., nnt x nampak profesional... bentuk pun x yah byk sgt... cikgu ar ckp lg..., nnt berserabut... pe lagi ek cikgu ar ckp...??? yg lain tu..., ar lupa dah coz ar tido dlm kelas.... hihihihi....