Tuesday, November 13, 2007

meSyORat gatHeRiNG di mARaN


Hari ini suatu mesyuarat Gathering BudiMaN 2007 akan di adakan di Komplek Belia Maran pada jam 12-30 tengahari dan insyaallah akan di hadiri oleh saya sendiri, Sidi@ Che Dat, AntuRaya, Wan Azhar, Bilal dan Raman Kerbau serta beberapa kengkawan yang lain. Che Dat sendiri telah menghubungi beberapa kengkawan bagi mengadakan mesyuarat ini. Kepada kengkawan yang lain yang ingin turut serta menghadiri perjumpaan ini amatlah di alu-alukan dan harap dapat berhubung dengan saya atau Che Dat. Saya akan bertolak dari Kuala Lumpur pada pagi ini untuk menghadiri perjumpaan tersebut yang akan membincangkan secara terperinci pelan perancangan untuk gathering nanti.

Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti :

1. Penentuan tarikh gathering
2. Aturcara
3. Catering Makanan
4. Jemputan - Perlantikan wakil2 kursus
5. Venue dan penginapan
6. Hal-hal lain

Semoga dengan perbincangan ini akan dapat memutuskan tarikh yang bersesuaian dan bayaran yang akan dikenakan nanti. Pada asalnya tarikh yang dicadangkan adalah pada 1hb Disember 2007 dan ianya tidak menampakkan sebarang bantahan dari kengkawan di sini. Cuma ada 1-2 orang iaitu Ismail Rodzi (diA batch Jan 86) yang mencadangkan pada minggu pertengahan Disember. Begitu juga Rodzi (diB batch Jul 85) ada sms kepada saya meminta di buat pada minggu ke 2 atau ke 3 bulan Disember. Walaubagaimanapun majoriti BUDIMAN nampaknya tidak membantah tarikh asal 1hb Disember 2007 dan jika Komplek Belia Maran mempunyai kekosongan pada tarikh tersebut maka ianya akan diteruskan pada tarikh itu.

Berkaitan jemputan pula, wakil-wakil setiap kursus akan di lantik bagi menghubungi dan pengesahan kehadiran dan bayaran bagi setiap peserta dari kursus masing-masing. Sebenarnya pada Pregathering Kuantan 2006 lalu sudahpun di lantik wakil-wakil kursus ini dan di harap wakil-wakil kursus nanti akan dapat bekerja bersama-sama demi menjayakan gathering ini nanti. Di bawah ini saya siarkan semula lantikan AJK Gathering seperti yang telah di persetujui dalam mesyuarat Pregathering 2006 dahulu :

Lantikan AJK Grandgathering :
- Pengerusi : Mazlan Mokhtar @ Lan Kida
- Setiausaha : Azmi Abu Bakar @ Bilal
- Bendahari : Zainordin @ Kitang

- Wakil Kursus :
Dip In Accauntancy : Syed Hamid
Dip Business Studies : Hairul Salleh @ Jepun
Dip Public Admin : Apek / Antu
Dip Secretary : Muslim (jika Muslim setuju)
Dip Computer Science : Raman Boss
Dip Banking : Zul Sani
Wakil Junior : Md Nor @ Karat
Wakil Senior : Halim Mat Som
Wakil Wanita : Mahanim/ Shema

- Urusetia Tempat : Norazalan @ Lan Kentei

Walaubagaimanapun dari senarai di atas nampaknya ramai yang memerlukan bantuan kerana kesibukan tugas dan tidak dapat memberikan komitmen, maka senarai baru AJK dan wakil kursus akan di putuskan semula nanti. Insyaallah akan saya siarkan keputusan perjumpaan di Maran pada hari ini secepat mungkin bagi membolehkan semua pihak menjalankan kerja masing-masing dan pengesahan penyertaan dapat diputuskan seberapa segera.

7 comments:

Anonymous said...

Kida,
Aku ingat eloklah engkau buang kabinet gathering 06 yang tak relevan lagi tu. Aku tengok cuma Bilal saja yang datang. Yang lain tu mana?

Lan Kentei patut dia menteri penginapan senyap je. Patut dia ada sekali kat Maran tu. Orang lain pun sibuk juga. Wakil-wakil kursus yang lain tu...hilang macam tu je. Masa mesyuarat pregathering 06 dulu bukan main berdegar-degar lagi bersuara nak buat macam-macam...

Kadang-kadang aku kesian juga tengok awak ni Kida, terhegeh ke hulu ke hilir cari kawan-kawan, ada ke kawan-kawan cari engkau?

Tapi takpe, niat yang baik tu awak teruskan. Memang berkawan ni banyak rintangan dan dugaannya. Memang aku salute dengan ketabahan awak mengumpul rakan-rakan yang dah lama menghilang yang mempunyai berbagai watak dan ragam yang dah lari dari semangat kawan-kawan semasa mula-mula berjumpa di Itm Kuantan dulu.

Anonymous said...

GUA SOKONG LU MAT TRANG. SEPATUTNYA WAKIL KURSUS YANG CARI MEMBER KURSUS MEREKA UNTUK JOIN GATHERING NI. APA PUN GUA BANGGA DGN LU KIDA.

Anonymous said...

Kida,
Kalu wat perjumpaan dan tinjau tempat hari ni, sorilah sangat-sangat, memang xleh nak pergi time kerja ni...Bos lak ari ni macam2 hal nak bagi kerja sebelum pergi kursus kat INTAN Kiara seminggu mulai esok, banyak nak kena setel...jadi kelam kabut PA dia nih..
Ummi doakan perbincangan akan berjalan lancar dan program yang dirancang menjadi...
Apapun, insyaAllah Ummi and family sedia membantu selepas ini..Abang Nu pun awal-awal dah menyatakan persetujuan nak join kalau xda aral melintang..

Pada kengkawan sume, x payahlah kita saling menyalahkan...dah nama pun rambut sama hitam, hati lain-lain...Mana yang ada kesedaran dan nak memanjangkan silaturrahim tu buatlah apa yang patut. Let bygone be bygone..Ayuh mulakan langkah dan semangat baru dan berdiri teguh di belakang Kida dan AJK sume...

SaYanG kidA said...

mat trang bulan,

saya mmg setuju sesangat dgn pendapat awak...saya pun berpendapat sedemikian. tapi walaubagaimna pun saya tetap di sisi kida bagi semangat...


to all,
pembetulan ya untuk wakil kursus untuk wanita tu bukan lagi shema/ mahanim.. sepatutnya wakil khusus dah merangkumi semua...

ada ka wakil wanita... cam politik jer hiks!

Salwani said...

wani rasa kalau utk Group DCS, Kader lebih sesuai utk lead. Dengan Raman Boss actually kami semua terputus hubungan. Gathering yg kami buat baru-baru ni pun banyak yg Kader usahakan

cuba contact sendiri Kadir 019-2110099 03-21623222 ext  7732 kadir@bsn.com.my

atau Hassan 22823131*2249

Sorry Boss. sekali lagi saya merayu, kalau ada sesiapa yg ada e-mail address atau nombor telefon Raman Boss, harap dapat berikan kepada saya

aslinakamila said...

Assalamualaikum,
Apa kabar En Muliadi Sekarang, Doa dari saya semuga Allah mempermudahkan segala kesulitan dan meringankan segala kesakitan..inshallah.

aslinakamila said...

Assalamualaikum,
Apa kabar En Muliadi Sekarang, Doa dari saya semuga Allah mempermudahkan segala kesulitan dan meringankan segala kesakitan..inshallah.