Antu, Sidi dan Wan Azhar yang menjadi sebahagian dari Urusetia telah memberikan maklumat terkini berkaitan gathering dengan segala persiapan terakhir bagi menempah hadiah, goodies, caterer makanan, persiapan sukan dan sebagainya.
Khabarnya geng senior juga akan hadir di gathering nanti dan bermula dengan acara golf yang akan berlangsung pada jam 8-00 pagi esok. Hanif diB, Halim Mat Som di jangka akan menyertai acara golf bersama-sama saya sendiri, Antu, Bilal, Sidi, Raman, Hamdan Boly, Amin dsS dan beberapa orang lagi. Kiranya dah ada 3 flight golf dan saya harap acara golf akan dapat di selesaikan sekitar jam 12-00 tengahari.
Norm senior dsS juga ada mengirimkan sms kepada saya menyuarakan hasrat beliau untuk hadir ke gathering ini untuk Jamuan Makan Malam. Saya rasa Dona juga pastinya akan turut serta jika keadaan mengizinkan tambahan pula beliau kini berada di Jerantut berdekatan dengan pekan Maran.
Kepada kengkawan yang lain yang akan ke gathering nanti, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati dan jika ada apa-apa masalah untuk ke Kompleks Rakan Muda Maran silalah hubungi saya sendiri atau Sidi atau Wan Azhar untuk mendapatkan panduan. Saya sendiri akan bertolak ke Maran malam ini mungkin selepas Maghrib, insyaallah. Selamat bertemu di gathering dan semoga perjalanan pergi ke Maran semuanya selamat, semoga kita semua mencapai tujuan untuk meneguhkan silatulrahim dengan gathering ini nanti dan semoga perancangan kita ini di berkati Allah swt jua.
SELAMAT DATANG budiMaN KE GATHERING 2007!
No comments:
Post a Comment