Friday, November 23, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 5

Alhamdulillah setakat ini berdasarkan catatan di ruangan komen dan makluman dari beberapa wakil kursus, 20 keluarga telahpun mengesahkan penyertaan dan 4 orang pula akan datang secara solo. Wakil-wakil kursus masih lagi mengusahakan untuk mendapatkan pengesahan daripada beberapa kengkawan yang lain yang masih lagi tidak dapat memberikan keputusan mungkin kerana terlalu sibuk dan padat dengan jadual yang membuatkan mereka terpaksa mengenepikan dulu samada ingin menyertai gathering ini.

Walaubagaimanapun tarikh akhir untuk menempah chalet ialah pada hari ini dan sehingga ini sudah ada 4 keluarga yang telahpun mengesahkan untuk menempah chalet. Chalet hanya terdapat 14 buah unit sahaja dan tempahan awal adalah untuk mengelakkan ianya dari kehabisan.

Kesibukan tugas juga memaksa saya menangguhkan pemergian untuk bermesyuarat di Maran pada semalam dan hari ini walaupun begitu banyak perkara yang harus di selesaikan di sana. Persediaan aturcara, finalise menu makanan dengan caterer, sukaneka, pedaftaran peserta dan penetapan bilik2 penginapan, buku program, hadiah2 dan goodies, perlantikan urusetia acara, peralatan dan beberapa perkara lain masih lagi belum di selesaikan.

Walaupun gathering ini nanti akan di adakan secara kasual dan tidak formal, saya berharap ianya akan dapat dilaksanakan dengan tersusun dan teratur dengan sempurna. Kita berharap ianya nanti akan dapat memberikan keselesaan kepada kaum keluarga dan spouse BudiMaN yang hadir agar mereka tidak berasa tersisih dan tiada involvement dalam acara yang dijalankan nanti. Gathering ini adalah bertujuan untuk kita saling berkenal-kenalan semula setelah 22 tahun di pertemukan di Kuantan dahulu di samping beramah mesra dengan ahli-ahli keluarga yang hadir nanti.

Kepada kengkawan yang masih belum membuat pengesahan untuk hadir gathering nanti, silalah berbuat demikian secepat mungkin kerana inilah peluang untuk berjumpa semula dengan kawan-kawan yang lama terpisah di samping membina silatulrahim dan kontek baru yang mungkin berguna kepada kita semua suatu hari nanti.

Kepada wakil-wakil kursus sila nyatakan jumlah kehadiran ahli keluarga secara tepat kepada saya sebelum 28hb November ini kerana saya memerlukan senarai yang lengkap jumlah peserta untuk membuat tempahan dengan caterer makanan kita nanti di samping untuk membuat penetapan bilik-bilik penginapan. Sila nyatakan jumlah ahli keluarga, dewasa, kanak-kanak dan anak-anak yang berumur 12 tahun ke atas. Senarai tersebut bolehlah di hantar secara menulis komen di bawah ataupun e-mail kepada saya.

7 comments:

LaN KidA said...

Salam semua,
Antara senarai nama peserta yang telah membuat pengesahan :

1. Walid diA sekeluarga
2. Apamz diA sekeluarga
3. Nasrun diA
4. Kitang diA sekeluarga
5. Bob MG sekeluarga
6. Ummi dsS sekeluarga
7. Kudeng dsS sekeluarga
8. Rashidah dsS sekeluarga
9. Rohana dsS sekeluarga
10. Anis Azura dsS sekeluarga
11. Aminuddin dsS
12. Muslim dsS
13. Salwani Ali dcS sekeluarga
14. Khairul Aimi dcS sekeluarga
15. Zainab dcS sekeluarga
16. Bilal dpA sekeluarga
17. Sidi dpA sekeluarga
18. Amy Jarr dpA sekeluarga
19. Apek dpA sekeluarga
20. Wan Azhar diA sekeluarga
21. Raman Kerbau dbS
22. Fadil Sutok dbS
23. Charlie Koy diB sekeluarga
24. Joe Malady diB sekeluarga
25. Lan KidA dbS

Yang lain-lain ada lagi yang akan mengesahkan penyertaan, insyaallah.. ada a few dpA, dbS, dcS batch 85 n 86, diB yang saya tak berapa sure untuk mention di sini.

Saya mengganggarkan akan hadir lebih kurang 35-40 peserta dan insyaallah ianya akan menjadi gathering yang terbesar budiMaN untuk 2007.

Kita juga sebenarnya memerlukan beberapa orang sebagai urusetia pendaftaran, aturcara, sukaneka dsb di sana nanti. Pening juga saya memikirkan siapa nak minta tolong nanti. Ada sesiapa yang nak volunteer ker terutama :

1. sukaneka ( kena fikir acara sukan dan sediakan peralatan dgn bantuan Sidi, pegawai komplek sukan dan hadiah)
2. pendaftaran peserta dan penetapan bilik penginapan (kena registerkan peserta dan agihkan kunci bilik dsb),
3. Urusetia Jamuan Makan Malam dan Acara - MC, children karaoke contest, hadiah.
4. Buku Program ( Ni rasanya boleh minta Bendahari Gathering Wan Azhar diA tolong settlekan)
5. Urusetia untuk Rekreasi Air di Pusat Rekreasi Air Teladas ( maybe Wan Azhar boleh bantu agaknya)

Harap-harap boleh settlekan semuanya before 28 Nov ni dengan list lengkap peserta yang hadir dan senarai Urusetia bertugas nanti. Saya sendiri akan bertindak sebagai urusetia dan coordinate event dengan bantuan kengkawan semua. Memang minggu depan ni betul-betul mencabar bagi saya dengan 3 big event yang perlu saya bagi tumpuan sepenuhnya :
1. 27 Nov(Selasa)- Pelancaran Lido Boulevard di JB oleh MB Johor ( family business projek for WPI jv dgn Singapore)
2. 29-30 Nov - Kenduri kahwin sepupu buat kat rumah mentua saya di KL pada 1 Dis dan arrange sedaramara kedah/perlis duduk rumah saya.
3. 1-2 Dis - Gathering budiMaN

Harap-harap semua perancangan akan dapat berjalan dengan sempurna, insyaallah.

ummi said...

Ok Lan, ummi nk finalise DSS listing yg confirm akan hadir ni (*mcm lah ramai benor hehe...), x ramai sgt..msg2 ada hal dah kan..

1. Ummi (4 adults, 1 child)
2. Rohana Abdullah (5 adults, 1 child)
3. Kudeng (4 adults, 4 child)
4. Rashidah (2 adults)- x overnight)

**Pls reserve 3 chalets at Maran Hill tu eh...tuk Ummi, Kudeng & Rohana.

Cancel Anis tu ek, dia x dpt hadir, husband dh committed dgn
hal lain.
FG, sampai ni x confirm pun dgan ummi lagi..
Amin, pun duk terfikir2 lagi..
Norlia, akan cuba dtg last minute..kalu hal dh setel.

Itu saja lah. Yang lain sume xleh dtg, keadaan x mengizinkan/ada program dah committed dr awal.

p/s - dah habis "senjah" (terbaik..hehe)dah duk menelefon/ sms geng ni..tu saja lah termampu kulakukan...Maybe next time!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

DIB.

1. Mohd Hafash sekeluarga
2. Mohd Rashidi Md Yasin Sekeluarga
3. Mohd Zulkifli @ Malady Sekeluarga
4. Abdul Halim Mat Isa Solo
5. Zulkeplee Ahmad Sani Solo.

Belum Dapat Permit
1. Azahari

Permit dibatalkan/ditarik
1. Yang selainnya..

Chalet 3.

- Charlie Coy -

Anonymous said...

Tambahan DIB


1. Abdul Wahab Kassim Sekeluarga

- Charlie Coy -

Anonymous said...

Tambahan lagi DIB

1. AZAHARI (bai) Solo.

-Charlie Coy-

lan kida said...

Salam semua,
Terima kasih Ummi dan Charlie serta semua wakil kursus yang telah berusaha sebaik yg dapat untuk mendapatkan penyertaan kengkawan. So senarai setakat ini lebih kurang begini lah :

1. Walid diA sekeluarga
2. Apamz diA sekeluarga
3. Nasrun diA
4. Kitang diA sekeluarga
5. Bob MG sekeluarga
6. Ummi dsS sekeluarga
7. Kudeng dsS sekeluarga
8. Rashidah dsS sekeluarga
9. Rohana dsS sekeluarga
10. Salwani Ali dcS sekeluarga
11. Khairul Aimi dcS sekeluarga
12. Zainab dcS sekeluarga
13. Bilal dpA sekeluarga
14. Sidi dpA sekeluarga
15. Amy Jarr dpA sekeluarga
16. Apek dpA sekeluarga
17. Wan Azhar diA sekeluarga
18. Raman Kerbau dbS
19. Fadil Sutok dbS
20. Charlie Koy diB sekeluarga
21. Joe Malady diB sekeluarga
22. Lan KidA dbS
23. Mat Taib diB sekeluarga
24. Wahab Kassim diB sekeluarga
25. Halim Lucah diB
26. Zul Sani diB
27. Bai diB
28. Arash dpA sekeluarga
29. nama aku tak ingat tapi sekeluarga

Walaubagaimanapun kita masih menantikan senarai akhir sehingga 28hb Nov nanti iaitu pada hari Rabu nanti yang mana kita telah berjanji untuk menyerahkan jumlah peserta kepada caterer makanan beserta dengan bayarannya seperti yang di syaratkan oleh caterer tersebut.

Senarai dari diA, dpA dan dbS serta dcS saya rasa belum finalise lagi dan akan ada tambahan... dan seperti biasa 1-2 hari sebelum dan pada hari gathering nanti akan masih ada kengkawan yang akan bertanyakan samada boleh sertai atau tidak yang mana akan mefeninkan urusetia... jadi sama-samalah kita tunggu nanti.

Anonymous said...

Assalamulaikum...
Sorry KIDA nampaknya DIB86 GROUP3 hanya satu orang saja yg hadir yg lain. Ada yg tak dapat dihubungi dan ada yg dah ada program lain pada tarikh yg sama jadi gua sorang saja yg hadir, isyaallah.
bayaran akan dibank-in malam ni RM50 atau masa pendaftarn (bole ke?)
terima kasih
ROD