Sunday, November 04, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN


1. Kitang telahpun keluar dari Hospital Ampang Putri pada petang Sabtu semalam dan kini berehat di rumahnya di Taman Temerloh Jaya, Temerloh. Beliau mendapat MC selama 3 bulan untuk memastikan kaki beliau betul-betul pulih sepenuhnya sebelum bekerja semula. Sesiapa yang nak menziarah Kitang boleh melawat beliau di rumahnya.

2. Saya juga telah membuat panggilan kepada Che Dat, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Maran untuk bertanyakan tentang Komplek Belia Maran yang akan menjadi venue gathering BUDIMAN yang dicadangkan. Beliau memberitahu bahawa penginapan di situ boleh menempatkan seramai 90 orang pada suatu masa. Komplek tersebut mempunyai kemudahan dewan, bilik kelas, kemudahan sukan seperti kolam renang, badminton, futsal, tenis dan lain-lain lagi. Saya memberitahu beliau bahawa saya akan ke Maran untuk meneliti kemudahan komplek tersebut dalam minggu ini bagi menilai samada tempat tersebut bersesuaian untuk di adakan gathering nanti. Saya juga berharap dapat berbincang dengan Wan Azhar dan Raman Kerbau dan kengkawan lain yang boleh ke Komplek Belia tersebut di Maran untuk sama-sama menjayakan program kita ini.

1 comment:

Anonymous said...

Salam semua,
Lupa nak tulis... Man Troq ada sms nak iklankan keta Honda Accord tahun 2003 warna silver untuk dijual dengan harga RM65k. Jadi kepada sesiapa yang berminat sila kontek Man Troq diA.