Monday, November 05, 2007

seMbaNg hujUNG tahUN

Sedar tak sedar kita sebenarnya sudah menghampiri penghujung tahun 2007 dan tinggal beberapa hari lagi akan menjelmalah pula tahun 2008. Setelah hampir 3 minggu menyambut Aidilfitri yang saya rasakan agak suram berbanding tahun-tahun sebelumnya ekoran kesan kenaikan harga sesetengah barangan pengguna, sindrom kesuraman tersebut nampak berterusan bersesuaian dengan keadaan cuaca mendung dan hujan sekali-sekala.

Hujung tahun bermakna ibubapa harus memikirkan beberapa perbelanjaan yang perlu disediakan menjelang tahun baru. Anak-anak akan bercuti sekolah tidak lama lagi. Pengisian aktiviti keluarga untuk cuti sekolah perlu pula difikirkan. Kemanakah destinasi percutian keluarga pada kali ini? Perbelanjaan untuk membeli pakaian sekolah baru dan peralatan persekolahan. Buku teks pula khabarnya akan diberikan secara percuma oleh kerajaan, jadi ringanlah sedikit beban membeli buku-buku teks.

Peningkatan beberapa harga barangan pengguna seperti harga ayam, roti, tepung dan beberapa keperluan asas sepanjang tahun 2007 meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada pendapatan ramai pengguna. Beberapa BUDIMAN yang ditemui turut merasakan beban perbelanjaan yang tinggi di tambah dengan kadar pendapatan yang tetap sama dan bagi golongan peniaga yang semakin mengecil.

Dengar khabarnya kenaikan beberapa perkara juga akan berlaku tidak lama lagi memandangkan ianya tidak dapat dielakkan lagi. Harap-harap peningkatan perbelanjaan di tahun 2008 akan selari dengan peningkatan pendapatan nanti, Insyaallah.

Kesuraman kepada BUDIMAN kesan akibat peningkatan taraf hidup yang tinggi memperlihatkan beberapa kengkawan BUDIMAN mengadu kepada saya tentang perniagaan yang semakin merosot dan ketidakupayaan untuk bertemu kengkawan akibat tekanan hidup. Agak sedih bila memikirkan ada sesetengah kengkawan yang terpaksa melupakan seketika aktiviti BUDIMAN kerana tekanan dan kesempitan hidup yang mencengkam.

Walaubagaimanapun tidak semua kengkawan BUDIMAN yang dilanda keperitan hidup. Ada kengkawan BUDIMAN yang telah berjaya di tahun 2007 dalam perniagaan masing-masing. Blog BUDIMAN juga telah lama tidak mendengar khabar dari beberapa usahawan BUDIMAN seperti Slamber Jr yang mempunyai pasaraya Mydin, Mat Dwan yang mempunyai kilang wire harness bertaraf vendor multi nasional, Antu Raya yang menjalankan kontraktor Kelas A dengan projek-projek yang khabarnya mencecah jutaan ringgit dan beberapa kengkawan usahawan yang lain. Mungkin dengan keadaan ekonomi yang semakin baik dalam beberapa industri, mereka ini agak sibuk dan tidak sempat bertemu kengkawan. Kita harap semoga mereka dapat singgah di sini untuk mengetahui keadaan mereka dan semoga kejayaan mereka seperti Slamber Jr, Mat Dwan dan Antu Raya boleh membakar semangat kengkawan yang lain sebagai usahawan dan jutawan.

4 comments:

LaN KidA said...

Gua macam biasa beb..hujung tahun roadtax keta mati, insuran mati...iskh..iskh...bayor jangan tak bayor...baju sekolah, kasut sekolah, bag sekolah...

Golf pun dah makin slow dah member2 gua ni... dia orang kata lepas raya...budget lari... nampaknya tahun depan baru golf rancak balik..

ummi said...

Emm..Ummi pun Lan, tahun depan alamak! insyaAllah 2 orang anak akan berada di pengajian tinggi, 1 orang lagi form 5 and youngest std.4..fuuhh meleleh le poluh den..xpun sempat kering di dahi je kot...xdan jatuh ke bumi..uwaaaa

Tapi satu yang Ummi rasakan, hidup still boleh diteruskan walaupun tak semewah mana...janji, akan dapat membahagiakan/menceriakan orang di sekeliling kita...dan kitapun mampu untuk senyum yang bukan dibuat2 kan..(*yalah, belum tentu yang hidup mewah tu mampu tersenyum macam ummi ni..hehe..dan yang susah pun belum tentu menangis sepanjang masa..).

p/s - Paling seronok dapat jumpa semula geng BUDIMAN...

Kudeng said...

Assalamualaikum

Insyallah kalau kita taat perintah Allah SWT, segala keperluan akan dicukupkan oleh Nya.

Ana anak 6 orang semua. Yang sulung ngan no. 2 dah ke madrasah (full-time). No. 3 nak masuk darjah 5 next year, no. 4 nak masuk darjah 3, no. 5 tadika, yang bongsu masuk 4 tahun next year.

Kalau ikut rule of thumb, pendapatan ana memang tak cukup nak tampung semua. Rumah, kereta dll. Tapi insyallah, Allah SWT selalu cukupkan untuk ana dan keluarga.

Usaha, doa, tawakkal.

Jazakallah khair.

Jun :) said...

hehehe..kna jimat2 ler..bila dah camni, x leh layan cara idup mase senang..bila susah sket kna la 'cut' mane2 yg patut..mmg ketara sesangat, value of money la ni..kalu beli brg umah, bayo double dr dulu..nk wat camner...
insyaallah, susah2 pon..rezeki masih ade..