Wednesday, November 28, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 8

Semalam saya bersama beberapa rakan-rakan budiMaN telah menghadiri satu mesyuarat Gathering budiMaN 2007 yang telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Maran (nama sebenar kompleks tersebut dan bukannya Komplek Belia Maran). Hadir dalam mesyuarat yang telah berlansung pada jam 11-30 tengahari ialah Sidi, Antu, Wan Azhar dan Raman Kerbau. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut yang merupakan antara persiapan terakhir Urusetia Gathering nanti.

Setakat tengahmalam tadi (27hb Nov 2007) sebanyak 35 peserta telahpun mengesahkan penyertaan samada melalui wakil kursus, e-mail, ruangan komen, sms dan phone. Senarai akhir peserta setakat ini akan saya tuliskan di ruangan komen. 35 peserta yang akan datang berkeluarga dan solo di anggarkan seramai 120 orang. Sebanyak 11 buah chalet juga telah ditempah bagi menampung 11 keluarga yang memilih penginapan chalet sementara bakinya memilih penginapan asrama kompleks.


Aturcara gathering telah dipersetujui seperti aturcara di artikel siri 7 dengan maklumat terperinci seperti berikut :

1. Pendaftaran peserta gathering
Pendaftaran peserta akan bermula pada jam 1-00 tengahari, 1hb Disember 2007 (Sabtu) di Kompleks Rakan Muda Maran. Semua keluarga baik yang akan menginap di Asrama atau di Chalet di kehendaki mendaftar di kompleks. Bagi keluarga yang menginap di Asrama akan diberikan cadar, sarung bantal dan selimut. Tuala mandi dan sabun perlu dibawa sendiri oleh peserta dan keluarga bagi penginapan Asrama. Keluarga yang menginap di chalet akan diberikan kunci chalet.

Semasa mendaftar peserta akan di berikan barangan seperti di atas dan selepas itu di kehendaki mengisi maklumat diri dalam sebuah Buku Catatan Khas yang akan di sediakan di meja pendaftaran. Setiap peserta akan diberikan goodies berupa 2 barangan untuk kenangan gathering ini dan juga Buku Program Gathering. Setelah itu peserta bersama keluarga akan bergambar keluarga sebelum beredar dari meja pendaftaran.

2. Sukan
Sebanyak 3 acara sukan akan di adakan secara santai dan kasual iaitu acara Futsal dan Bola Jaring antara kursus. Ianya akan di adakan mengikut undang-undang tersendiri dengan mementingkan semangat silatulrahim dan bukannya secara serius dan pertandingan. Futsal dan Bolajaring akan di wakili oleh pasukan yang dibentuk mengikut kursus terdiri dari peserta dan ahli keluarga. Futsal hanya untuk lelaki dan Bolajaring untuk wanita. Wakil kursus yang dilantik di minta untuk membentuk pasukan kursus masing-masing bagi ke dua-dua acara ini. Jika sekiranya sesuatu kursus itu tidak mempunyai cukup ahli dan tidak dapat bermain maka kemenangan walkover akan diberikan. Pertandingan akan di adakan secara liga kumpulan dan juara kumpulan akan ke peringkat akhir. Sebuah Piala Pusingan budiMaN akan di hadiahkan kepada Johan Kursus yang mana insyaallah ianya akan di pertandingkan pada setiap kali gathering nanti. Selain itu pemenang tempat pertama dan ke dua juga akan menerima hadiah barangan.

Kanak-kanak juga akan terlibat dalam suatu acara sukaneka ringkas kanak-kanak yang akan dikendalikan oleh Urusetia nanti.

3. Solat Maghrib Berjemaah, Bacaan Yassin dan Tahlil.
Solat maghrib dan Isyak berjemaah akan di adakan di surau Kompleks. Selesai solat maghrib akan di adakan bacaan Yassin dan Tahlil untuk di sedekahkan kepada bekas pelajar UitM Kuantan yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarhamah Kak Radziah (dbS Jan 85), Allahyarham Fitri ( diB Jan 85) dan Allahyarham Zainal Abidin Tukimin ( dbS Jul 85).

4. Jamuan Makan Malam
Makan Malam akan di adakan selepas Solat Isyak mulai jam 8-45 malam di Dewan Asrama Kompleks ( pada mulanya hendak di adakan di Dewan Utama Kompleks tetapi oleh kerana kerja-kerja renovation masih lagi belum selesai). Makanan secara buffet dengan masakan lauk tempatan citarasa negeri Pahang. Pada mulanya juga cadangan untuk menjemput pancaragam tetapi akibat kekurangan budget maka hanya set karaoke beserta DJ sahaja yang akan di undang untuk menyerikan majlis nanti. Suatu acara untuk kanak-kanak dan dewasa akan di adakan dengan sedikit token kepada peserta yang mengambil bahagian.

6. Rekreasi Air di Pusat Rekreasi Air Teladas
Acara ini adalah acara keluarga secara santai dan bebas di suatu kawasan perkelahan air terjun yang terkenal di Daerah Maran. Ianya terletak berhampiran kompleks kira-kira 10 minit perjalanan. Suatu acara sukaneka bagi kanak-kanak secara santai akan di adakan di situ oleh pihak Urusetia nanti beserta dengan sedikit token untuk kanak-kanak. Di samping itu barbeque secara simple dengan makanan ringan juga akan di adakan di situ selain di sediakan minuman dan snacks.

Lain-lain Hal
Urusetia gathering juga akan membuat satu banner di pintu masuk Kompleks iaitu Selamat Datang ke Gathering budiMaN 2007. Semua peserta dan keluarga di minta membawa keperluan peribadi serta pakaian sukan yang bersesuaian dan pakaian mandi jika ada untuk aktiviti gathering nanti. Kalau takde then belasah je la apa yang ada. Tiada paksaan, kasual dan tidak formal.

Anggaran Belanjawan Gathering budiMan 2007
Dari seramai 35 peserta gathering di anggarkan kutipan sebanyak RM 3,855 untuk bayaran penyertaan.

Anggaran perbelanjaan pula iaitu seperti berikut :
Catering Makanan : 110 pax x RM25 = RM2,750
Chalet : 11 chalet x RM70 = RM770
Asrama : 40 x RM8 = RM320
Banner = RM60
Goodies = RM480
Hadiah Sukan = RM350
Token Acara Malam = RM100
Token Sukan Air Teladas = 100
Sewa Karaoke dan DJ = RM200
Jumlah Anggaran Perbelanjaan jika di campur di atas berjumlah RM5,130. ( Belanjawan Defisit)

Walaupun anggaran pendapatan tidak mencukupi bagi menampung anggaran perbelanjaan tetapi insyaallah pihak Urusetia akan menampung lebihan perbelanjaan tersebut dengan sumbangan dari beberapa rakan Urusetia nanti.

Bagi catering makanan pihak urusetia juga terpaksa menimbangkan kengkawan budiMaN yang datang pada saat-saat akhir atau datang sekejap sahaja untuk makan malam atau makan tengahari dan terpaksa jugalah di pelawa makan dan sebagainya walaupun tiada penyertaan. Insyaallah Urusetia akan cuba workout dan menampung perbelanjaan itu nanti. Jadi jumlah 110 pax tersebut masih tidak betul-betul tepat lagi dan mungkin dipinda di saat-saat akhir nanti jika ianya boleh dipenuhi oleh pihak caterer.

Walau apa-apa pun, saya dengan pihak urusetia yang bermesyuarat semalam di Maran berharap semua kawan-kawan yang akan hadir di gathering nanti berpuas hati dengan perancangan perjalanan gathering itu nanti. Mungkin ianya tidak sebaik semasa Gathering 2006 di Cherating dahulu tetapi di harap semangat silatulrahim yang ingin di ketemukan kembali antara kita semua mendahului tujuan kita bertemu semula di Maran nanti.

7 comments:

LaN KidA said...

Senarai peserta gathering setakat tengahmalam semalam 27hb Nov 2007 adalah seperti berikut :

1. Walid diA sekeluarga
2. Apamz diA sekeluarga
3. Nasrun diA
4. Kitang diA sekeluarga
5. Bob MG sekeluarga
6. Ummi dsS sekeluarga
7. Kudeng dsS sekeluarga
8. Rashidah dsS sekeluarga
9. Rohana dsS sekeluarga
10. Salwani Ali dcS sekeluarga
11. Khairul Aimi dcS sekeluarga
12. Zainab dcS sekeluarga
13. Bilal dpA sekeluarga
14. Sidi dpA sekeluarga
15. Amy Jarr dpA sekeluarga
16. Apek dpA sekeluarga
17. Wan Azhar diA sekeluarga
18. Raman Kerbau dbS
19. Fadil Sutok dbS
20. Charlie Koy diB sekeluarga
21. Joe Malady diB sekeluarga
22. Lan KidA dbS
23. Mat Taib diB sekeluarga
24. Wahab Kassim diB sekeluarga
25. Halim Lucah diB
26. Zul Sani diB
27. Bai diB
28. Arash dpA sekeluarga
29. nama aku tak ingat tapi sekeluarga
30. Rod diB
31. Amin dsS
32. Hamdan Boly diB
33. Zambran dbS
34. Razali Totet dbS
35. Saya rasa sebab ada penyertaan kwn kita ni mesti ada sorang lagi kwn dia pun akan datang juga rasa2nya.

Apa-apapun jumlah 35 peserta tsbt belum finale lagi kerana kita ada hari ini sebagai dateline untuk penyertaan. Jadi kepada yang belum confirm tu sila-silalah mengesahkan penyertaan anda kerana insyaallah penginapan masih mencukupi dan caterer makanan akan hanya di maklumkan dengan jumlah finale esok.

Satu lagi nak mention untuk Acara Golf kepada sesiapa yang berminat sila call saya atau Sidi untuk Golf budiMaN pagi Sabtu. Setakat ini sudah ada 2 flight dan kita ada Piala Pusingan Golf budiMaN yang di sponsor oleh golfer budiMaN dan tidak termasuk dalam Belanjawan Gathering.

Wakil kursus sila berikan saya senarai final peserta sebelum pukol 11-59 malam ini untuk pengesahan bayaran, caterer dan penginapan. ( Maybe kita akan buat Last Call tapi bergantung kepada keadaan nanti)

Pabiyen Sitok said...

kida, perlu tak nama semua ahli keluarga untuk memudahkan sebarang acara atau paling kurang untuk kita letak dalam buku cenderahati dan simpan sebagai kenangan. dalam buku tu kalau boleh ada semua nama, alamat rumah dan nombor contact semua peserta yang hadir

Dona said...

Lan Kida
Tengah try kumpul gang tuk pegi, maybe cuma datang malam tp it's all depends...anyway just to add Arwah Ros (DIA 85), will cfm later as I'm at Juventus now my father-in-law tak sihat.

Anonymous said...

DIB

Tambahan

1. Anuar Rashid. solo.

-charlie-

LaN KidA said...

Salam seme,
Wani, semasa pendaftaran nanti kita minta semua peserta untuk catatkan butir-butir diri dalam sebuah Buku Catatan Khas yang akan disediakan. So dari maklumat itu nanti kita akan compile untuk buat satu directory yang lengkap dan link kat blog ini insyaallah.

Dona, kalau tak dapat datang ramai2, sape-sape yang boleh tu mari je la.

Charlie, nampak gayanya diB boleh sapu Piala Pusingan Futsal tahun ni sebab paling ramai peserta diB yang datang.

PYAN said...

1.hidup DIB..hehehehe. acik (anuar rashid )adalah seorg penjaga gol yg hebat. thn ini futsal ..thn mendtg golf juga akan disapu oleh DIB...:)
2.semoga segala perancangan dan perjalanan program nanti dimudahkan dan diberkati oleh ALLAH S.W.T. 22 tahun telah berlalu dan semoga ikatan siratul rahim bertambah erat.
3. sekali lagi syabas kpd semua urussetia dan rakan2 yg bertungkus lumus utk menjayakan program ini.sampaikan salam kepada semua yg hadir.

VIVA DIB

Anonymous said...

Tahniah kepada semua yang menjayakan gathering tersebut...Lan Kida dan rakan-rakan. Sorry tak dapat bersama.

"HIDUP DIB"

Fadzil
Cambodia