Monday, November 26, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 7

Aturcara gathering masih dalam perancangan dan perbincangan dengan beberapa rakan-rakan budiMaN. Sebarang maklumbalas dari kawan-kawan semua amatlah diharapkan. Walaupun gathering ini nanti akan di jalankan sepenuhnya secara kasual dan tidak formal namun penyusunan acara yang terancang akan memberikan keselesaan dan kesempurnaan kepada gathering itu nanti. Secara ringkasnya perancangan aturcara adalah seperti berikut :


1hb Disember 2007 (Sabtu)
1-00 pm : Pendaftaran peserta gathering
4-00 pm : Minum Petang
5-00 pm : Sukan
6-30 pm : Tamat Acara Sukan
7-00 pm : Solat Maghrib berjemaah di ikuti dengan Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat
8-15 pm : Solat Isyak berjemaah
8-45 pm : Jamuan Makan Malam ( Persembahan Pancaragam/Children Karaoke)
11-00 pm : Supper


2hb Disember 2007 (Ahad)
8-00 am : Sarapan
9-00 am : Rekreasi Air di Pusat Rekreasi Air Teladas
12-00 pm : Jamuan Makan Tengahari
2-00 pm : Bersurai


Acara Sukan :
Seperti pregathering dulu pada tahun 2006 di Cherating, kita telah mengadakan sukaneka kanak-kanak dan dewasa di tepi pantai yang telah di kelolakan oleh Amy Jarr@ Antu dpA. Untuk tahun ini ada cadangan supaya di adakan acara yang sama. Ada juga mencadangkan agar di buat pertandingan Futsal antara kursus dengan cara kita sendiri seperti tempoh permainan cuma 5 minit sahaja, penjaga gol terdiri dari wanita ( supaya wanita boleh ambil bahagian), pasukan di anggotai oleh budiMaN dan keluarga, boleh tukar pemain bila-bila masa dsb.

Sembahyang berjemaah, Yassin dan Tahlil :
Sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah di Surau Kompleks dan kita adakan bacaan Yassin dan Tahlil untuk disedekahkan kepada kengkawan UitM Kuantan yang telah meninggal dunia seperti Aruah Fitri dan Zainal. Saya rasa Kudeng dsS atau Bilal mungkin boleh lead untuk acara ini.

Jamuan Makan Malam (Persembahan Pancaragam/Children Karaoke) :
Harap-harap makan malam pukol 8-45 malam tidak terlalu lewat terutama untuk kanak-kanak. Jadi kita mulakan acara ini dengan terus Jamuan Makan Malam dan sebarang ucapan atau acara kita selitkan semasa hadirin sedang makan. Makanan secara buffet dan akan di buat di dalam Dewan Kompleks tersebut.

Rekreasi Air di Pusat Rekreasi Air Teladas :
Pusat Rekreasi Air Teladas terletak berhampiran Kompleks Sukan. Ianya adalah kawasan perkelahan air terjun Teladas yang terkenal di kawasan Maran. Menurut Wan Azhar terdapat aktiviti rekreasi air yang boleh di buat di sana seperti berkayak dsb.

Golf :
Acara golf pula akan diadakan pada sebelah pagi Sabtu di Kelab Golf Maran berhampiran chalet yang akan diduduki oleh sebilangan budiMaN. Kepada sesiapa yang hendak menyertai boleh menghubungi saya sendiri atau Che Dat. T.Off dalam pukol 8-00 pagi. Dan kalau ada yang tak puas hati mungkin boleh buat round ke 2 pada petang Ahad selepas bersurai dari gathering pula nanti.

Goodies :
Saya juga berharap dapat menyediakan goodies atau cenderahati kepada budiMaN yang hadir nanti sebagai kenang-kenangan gathering 2007. Mungkin tidak perlu sesuatu yang mahal tetapi ianya boleh diberikan sebagai tandamata semasa peserta dan keluarga datang membuat pendaftaran nanti.

Begitulah serba ringkas aturcara yang masih dalam perancangan dan mengharapkan maklumbalas kengkawan semua untuk lebih teratur dan kemas lagi. Sekiranya aturcara sudah di finalise nanti maka ianya akan tertera di Buku Program Gathering budiMaN 2007 nanti sebagai aturcara rasmi. Jadi saya amat berharap kepada maklumbalas dan komen kengkawan berkaitan aturcara di atas.

5 comments:

lan kida said...

Salam semua,
Insyaallah pada hari Selasa esok akan di adakan satu mesyuarat gathering di Maran dengan Sidi, Wan Azhar, Raman Kerbau dan Antu. Kepada kengkawan yang ingin turut serta dalam mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlansung kira-kira jam 4-00 petang di harap dapat terus ke Maran nanti. Selesai dengan pelancaran Lido Boulevard di Johor, saya akan terus ke Maran dan saya jangka boleh sampai sebelum pukol 4-00 petang di sana.

Feedback dari kengkawan semua berkenaan aturcara gathering sangat2 diharapkan. Begitu juga volunteer untuk beberapa acara yang akan dijalankan nanti.

ummi said...

Salam..ummi setuju sgat dah dengan tentative program tu..xda apa nk tambah, nnt x ckup masa nak sembang-sembang lak...
Ada apa2 tugas, insyaAllah ummi sedia membantu..macam untuk sukaneka untuk kanak2 below 12 tu, my 2 daughters pn rasanya leh tolong..bg je arahan dan fahamkan diaorng, ok le..Cuma sukaneka ptg tu, takut ramai lg yang x check in nak jalan terus je ke? Or kira sapa yg ada je ek.

apamz said...

Assalamualaikum Semua,
Sorry sekian lama tak menjenguk ke blog, sejak majlis berbuka kat rumah aku aritu baru ni le sempat nk buka blog. Untuk pengetahuan semua lepas raya aritu Miza sakit lagi spt haritu, sikit lagi nak masuk spital tapi keadaan dia beransur pulih selepas 1 minggu tak de selera makan.Alhamdulillah..

Kida, chalet ada kosong lagi tak? Mula2nya memang nk bermalam di "chalet Luit" je, paham2 kela keadaan family aku tak membolehkan dok kat hostel, tapi anak aku pulak beriya benor nak stay kat chalet pulak, lagipun nak claim sbg hadiah final exam dia dpt no kurang dari 10. Tapi tadi walid ada call & aku pun ada beritau dia perkara yg sama.
Aku kalau boleh nak join jugk jadi urusetia pd 2 hari tu, tapi tak boleh nak janji... tengokla kat sana nanti mana2 yg sempat, aku akan tolong.

Lagi satu persembahan pancaragam dari mana?.... band CRX tak jemput ke? Nmpak gayanya korum cukup tu...Heh..heh...!!("sejati" skali!!)

Anonymous said...

tanya sikit...
Siapa dia mat terang bulan tu....?

Anonymous said...

KIDA,

KOI CADANGKAN ACARA KEPIT BUAH TIMUN SPT PRE-GHAT KAT CHERATING ARI TU DISELITKAN....

KOI RASA KOI LEH MENGALAHKAN LAN KENTEI KALI NIE... KOI DAH BUAT PERSIAPAN RAPI NIH....

SALAMM.....

MASTER OF KEPIT...