Thursday, November 15, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007


Mesyuarat Gathering BudiMaN 2007 telah di adakan semalam bertempat di Kompleks Belia Maran lebih kurang jam 12-30 tengahari. Ianya telah di hadiri oleh Che Dat, Antu, Wan Azhar, Raman Kerbau dan saya sendiri. Setelah berbincang dengan panjang lebar selama hampir 2 1/2 jam dan kemudiannya meneliti kawasan kompleks Belia tersebut maka kami mengambil rumusan seperti berikut :

Gathering BudiMaN 2007 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 1 dan 2 Disember 2007
Venue : Kompleks Belia Daerah Maran
Check In : 1 tengahari

1. Penginapan kompleks tersebut mempunyai 90 buah katil dalam bentuk dorm asrama terbahagi kepada Asrama Lelaki dan Perempuan. Setiap keluarga nanti tidak dapatlah bermalam dalam satu bilik kerana lelaki dan wanita di letakkan berasingan dalam dorm yang mempunyai 8 katil setiap satu. Semua keluarga terpaksalah berkongsi bilik dorm dengan keluarga yang lain. Kanak-kanak di bawah 12 tahun boleh samada bermalam di Asrama Lelaki atau Perempuan. Bayaran RM8 sekepala di kenakan untuk bayaran penginapan. Jika sekiranya penginapan tidak mencukupi, terdapat chalet milik Pejabat Daerah Maran yang boleh juga di sewakan. Terdapat 14 buah chalet studio type dengan harga RM70 semalam terletak di Kelab Golf Maran kira-kira 5 minit perjalanan dari kompleks tersebut.

2. Makanan akan disediakan seperti berikut :

Sabtu - 1hb Disember 2007
Minum Petang - 4-00 petang ( Menu : Teh Tarik, Milo, Kuih-Muih dan Asam Laksa)
Makan Malam - 8-00 malam ( Menu : Nasi Putih, Ikan Patin Sangkar Tempoyak, Ayam Goreng, Sayur Campur, Kerabu Pucuk Paku, Buah2an dan Minuman)
Supper - 10-30 malam ( Menu : Teh, Kopi dan kuih-muih)

Ahad - 2hb Disember 2007
Sarapan Pagi - 8-00 pagi (Menu : Teh, Kopi, Nasi Lemak, Mee Goreng dan kuih-muih)
Makan Tengahari - 12-00 tgh (Menu : Nasi Minyak, Kurma Daging, Ayam Masak Merah, Acar, Buah2an dan Minuman)

Caterer Berdaftar Kompleks Belia Maran ( adik kepada Amran Ayub diB Jan 85) telah mengenakan caj sebanyak RM25 sekepala tidak mengira dewasa atau kanak-kanak.

3. Perlantikan Wakil Kursus untuk Jemputan dan Penerimaan Bayaran Pengesahan Penyertaan. Setelah menghubungi beberapa BUDIMAN untuk meminta pertolongan menjadi wakil kursus maka senarainya adalah seperti berikut :

Wakil dBS - Shema dan Jepun ( 019-3161751)
Wakil diA - Syed Hamid ( 017-2525800)
Wakil diB - Charlie Koy (019-9861331)
Wakil dcS - Kadir (019-2110099)
Wakil dsS - Ummi (019-9799182)
Wakil dpA - Bilal (013-9864049)
Wakil Senior - Dona (012- 9021086)
Wakil diB Jan 86 - Rod

Kepada bekas-bekas pelajar ITM Kuantan yang lain (selain dari di atas) tidak mengira batch mana sekalipun yang turut ingin menyertai gathering ini juga bolehlah menghubungi saya sendiri untuk mengesahkan penyertaan anda.

Wakil kursus akan menguruskan pengesahan penyertaan termasuk menerima pembayaran penyertaan. Di harap kengkawan yang ingin menyertai gathering ini supaya dapat menghubungi wakil kursus masing-masing dengan menyertakan bayaran dan jumlah ahli keluarga yang akan hadir. Wakil kursus setelah menerima senarai pengesahan penyertaan dan bayaran akan menyerahkan bayaran tersebut kepada Bendahari Gathering iaitu saudara Wan Azhar diA. Tarikh akhir penyertaan dan pembayaran adalah pada 28hb November 2007 iaitu kira-kira 14 hari dari sekarang. Wan Azhar sebagai Bendahari utama Gathering boleh di hubungi melalui no telefon 019-9165765.

4. Aturcara Gathering juga telah dibincangkan. Walaubagaimanapun ianya cuma di peringkat perancangan dan sebarang cadangan daripada kengkawan semua amatlah di alu-alukan. Secara ringkas perancangan aturcara adalah seperti berikut :

Sabtu 1hb Disember 2007
1-00pm : Check In peserta gathering BudiMaN
4-00pm : Minum Petang
5-00pm hingga 6-30pm : Sukaneka
8-00pm : Jamuan Makan Malam - Pengenalan keluarga baru, Persembahan Pancaragam dan Karaoke Kanak-Kanak.
10-30pm : Supper

Ahad 2hb Disember 2007
8-00am : Sarapan
9-00am : Aktiviti Keluarga di Pusat Rekreasi Air Teladas
12-00tgh : Jamuan Makan Tengahari
2-00pm : Bersurai

Sebarang cadangan lain untuk aktiviti sepanjang gathering amatlah dialu-alukan daripada kengkawan semua. Kompleks Belia Maran mempunyai pelbagai kemudahan sukan dan dewan. Antara kemudahan sukan seperti Futsal, Badminton, Bolajaring dan lain-lain lagi. Acara golf pula mungkin akan diadakan pada sebelah pagi Sabtu 1hb Disember 2007 di Kelab Golf Maran dan kepada sesiapa yang ingin menyertai bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.

5. Lain-Lain Hal
Bagi keluarga yang besar yang ingin menyertai Gathering nanti bolehlah juga membawa toto atau sleeping bag untuk tempat tidur anak-anak jika katil tidak mencukupi. Pakaian pula mungkin perlu bawa pakaian mandi untuk aktiviti di Pusat Rekreasi Air Teladas.

Komplek Belia Daerah Maran terletak di dalam pekan Maran, Pahang. Ianya boleh di access melalui LebuhRaya Pantai Timur dan exit di Maran. Selepas Tol Exit Maran akan berjumpa traffic light dan ambil ke kanan menuju ke Pekan Maran. Selepas itu akan menempuh 2 traffic light lagi dan anda akan dapat melihat Kompleks Belia tersebut di sebelah kanan anda. Anda bolehlah membuat pusingan U di tempat yang ditetapkan dan berpatah balik menuju ke kompleks tersebut.

6. Bayaran Penyertaan
Setelah berbincang dan mengambil kira kos pengedalian dan penginapan ( RM8 perhead) serta makanan (RM25 perhead) yang akan disediakan maka perbincangan telah memutuskan bayaran penyertaan di tetapkan seperti berikut iaitu jumlah lumpsum untuk sebuah keluarga (suami/isteri serta anak-anak) :

- Keluarga yang mempunyai anak berumur kurang dari 12 tahun : RM135 perfamily
- Keluarga yang mempunyai anak berumur 12 tahun keatas tidak lebih dari 2 orang : RM 150 perfamily
- Keluarga yang mempunyai anak berumur 12 tahun keatas lebih dari 3 orang : RM 180 perfamily
- Penyertaan solo : RM50

Bayaran tersebut meliputi pakej untuk penginapan, makanan serta aktiviti yang dijalankan nanti selama 2 hari 1 malam.

Rumusan
Begitulah serba sedikit hasil perbincangan yang telah di adakan di Komplek Belia Maran semalam antara Che Dat, Antu, Wan Azhar, Raman Kerbau dan saya sendiri. Sebarang pertanyaan berkaitan gathering bolehlah dibuat dengan menghubungi saya sendiri atau Che Dat (013-6843639) atau Wan Azhar ( no phone di atas).

Sebarang sumbangan untuk goodies, hadiah-hadiah atau hamper amatlah dialu-alukan dari kengkawan semua. Mungkin ada antara tokoh-tokoh korporat BudiMaN dapat menghulurkan sumbangan yang akan menambahkan meriahnya lagi gathering itu nanti. Perkembangan gathering insyaallah akan sentiasa di update melalui blog ini nanti. Kepada kengkawan BudiMaN juga di minta untuk mewar-warkan gathering ini kepada kengkawan BudiMaN yang lain yang mungkin tidak mengetahui dan mengikuti blog ini.

9 comments:

ummi said...

Salam...
Wah so exciting event dengan harga yang berpatutan ni!!!

Perbincangan dah dibuat, rancangan dah diputus,..emmm, ada tanggung jawab kena wat.. InsyaAllah, my family will participate and demi silaturrahim sesama BUDIMAN akan ummi usahakan portion ummi tuh! (*jangan le hubby kena g Tioman lak). Program pun best..oihh, siap mandi-manda lagi..tapi details sukaneka je tak tulis sini. Ada AJK Sukannya ke? Bagus gak, so budak2 takle boring.

Kida, kalu nak tido chalet camne, bilik tuk family ok? Ke kena tanya Che Dat or booking sendiri? Noknya merasa overnight kat Maran Hill Resort tuh (*kalah D'Ark kat Pulau Santap, Janda Baik agaknya)..Sambil tu leh tengok golfer menghayun..hehe (*selalu lalu-lalang pekan Maran ni singgah solat kat Masjid je, kalu xda hal camni, xda can saja-saja tido situ kan..)

Anonymous said...

assalamu'alaikum,

nak tanya, berapa jauh dari Maran ke KL?

Bilal@Azmi said...

Salam..
Ana ada cadangkan sesuatu kat CD mgkn dia terlupa kot untuk diusulkan masa pertemuan baru ni.. kalau tak keberatan.. tambah RM20.00 untuk 2 helai T.Shirt Budiman. Rasanya dah tiba kita semua ada T.shirt. Tak perlu mahal dan rasanya ada rakan-rakan yang boleh bantu dapat harga special dari kenalan supplier masing-masing. Ana suggest Kita serah kan tugas ini pada Man Troq, Apek dan Arash. We leave it everyhting in terms of design dan sebagainya. Buat lebih sikit kot nak pos ke NZ ke atau Cambodia ke.. dsb.

Harap di pertimbangkan.- Bilal

Pabiyen Sitok said...

maran ke KL? jarak tak ingat, masa tu- hari tu balik Kuantan ikut hi-way 2 1/2 jam. kalau nak ke maran ikut exit maran kot, peh tu kena lalu low-way lak. tau je le jalan low way, one way street, bertemu lak ngan lori balak, alamat 30km/j

ni nak kena tanya boss kat rumah. leh g ke dak. rasanya lom ada sedara terdekat nak kahwin. sedara terjauh ada le

SaYanG kidA said...

huhuhuuuu.. sume komen kat sini wat SK teruja nak join jer :(

lan kida said...

Salam semua,
Bilal, takde pulak Sidi beritahu pasal TShirt tu tapi kalau ada kengkawan nak usahakan apa salahnya. Maybe boleh buat jualan pada hari Gathering nanti.

Wani, jarak dari Tol Gombak ke Exit Maran mengikut LebuhRaya Pantai Timur lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Dari Exit Tol Maran ke Kompleks Belia Maran lebih kurang 10 minit perjalanan, so lebih kurang 1 jam setengah la kalau dari KL.

Ummi, perancangan Aturcara tu sebenarnya tak fix lagi dan kita sebenarnya belum lantik AJK khas Gathering kecuali perlantikan Wan Azhar sebagai Bendahari setelah menghubungi Kitang dan beliau maklumkan beliau masih tidak sihat dan tidak dapat bertugas sebagai Bendahari untuk Gathering ini.

Jadi cadangan AturCara tu sebenarnya masih terbuka untuk perbincangan dengan kengkawan dan kalau ada idea yang elok amatlah di alu-alukan. Kita juga sebenarnya amat mengharapkan volunteer nanti untuk menguruskan beberapa perkara sebagai AJK Gathering semasa berlangsungnya AturCara nanti.

Target sekarang adalah untuk memastikan pengesahan peserta secepat yang mungkin supaya AturCara dan Penginapan dapat di uruskan untuk langkah seterusnya.

Bagi keluarga yang ingin menginap di Chalet haruslah memberitahu kepada Wakil Kursus seawal mungkin untuk tempahan yang akan di buat 7 hari dari tarikh Gathering dan bayaran pula mengikut formula Package Bayaran sedia ada cuma di tolak bayaran penginapan Asrama sebanyak RM8 sekepala dan di tambah bayaran RM70 untuk chalet. Contohnya kalau family sepasang suami/isteri dan 2 anak berumur 12 tahun ke atas maka = RM150 - RM32 ( RM8 x 4 ) + RM70 = RM188. Apa-apa pun wakil kursus di minta hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Kepada wakil-wakil kursus, sila update pengesahan penyertaan dari masa ke semasa melalui ruangan komen ini atau e-mail terus kepada saya supaya sama-sama dapat kita lihat jumlah yang akan hadir secara terus di sini. Kita nak tengok juga Course mana yang paling aktif dan Wakil kursus mana yang paling kuat sekali boleh pengaruh coursemate dia orang untuk pergi. So sila update dari masa ke semasa di sini.

Kudeng said...

Assalamualaikum

Insyallah ana join this reunion. Rate pun nampak alhamdulillah ok. Tempat pong dok jauh dari KL. Tapi ana mungkin cek-in lambat skit coz nok ambik anak-anak dulu kat madrasah dia orang.

Itinerary pun nampak ok rasanye. Tapi kalau nak nampak lagi cantik, apa kata kalau kita buat solat berjemaah dan majlis doa selamat ataupun solat hajat sekali.

Pada pandangan ana yang da'if ni mungkin lagi comel kot...(comel lote org Trg cakap)...hehehe

Wallahu Ta'ala A'lam

LaN KidA said...

Salam
Kudeng,Insyaallah kita masukkan Solat Berjemaah dan Tahlil serta doa selamat maybe untuk sembahyang maghrib nanti. Surau kat situ pun besar dekat bilik Asrama.

Charlie Koy diB ada telefon saya bertanyakan no telefon kengkawan diB yang lain. Saya katakan cuma ada no phone Zul Sani sahaja. Jadi kalau kengkawan diB ada no phone mereka terutamanya Charlie kata no phone budak2 pompuan diB minta tolong berikan kepada beliau.

Begitu juga kepada kengkawan yang lain jika ada maklumat atau no phone untuk menghubungi classmate yang lain, sila berikan kepada wakil kursus untuk tindakan dia orang. Boleh juga siarkan terus di sini agar kengkawan yang lain pun boleh tahu.

Dalam artikel terdahulu ada di siarkan directory phone no beberapa kengkawan. Maybe boleh rujuk kat situ juga. Sila scroll untuk tengok directory lama tu.

Walid, Sabri Cigak ada di Kuala Terengganu dan no phone dia ialah : 012-2386262

Setakat ni yang dah confirm hadir lebih kurang 12 family iaitu Kudeng, Apek, Che Dat, Joe Malady, Charlie, Antu, Raman, Wan Azhar, Fadil, Bilal, Ummi dan saya... maybe akan banyak lagi confirm minggu depan insyaallah...

Chalet setakat ni telah di booking oleh 2 family... jadi harap kepada kengkawan yang nak booking chalet agar berbuat demikian seberapa segera kerana chalet yang terhad.

Pabiyen Sitok said...

group CS yg confirm saya(Salwani Ali)sekeluarga anak 3 orang, Khairul Aimi dan keluarga anak 7 orang, Zainab dan Lan(Dip Estet Management)anak 3 orang.

Yg kurang confirm Yati Dollah & Omar(senior DIB), Mariam Zaini

DPA: Khamsiah

Sedang dipujuk: Zukhairina sekeluarga, anak 5 orang