Kita juga berharap kepada sesiapa yang masih lagi belum dapat mengesahkan penyertaan mereka agar dapat berbuat demikian secepat mungkin sebelum 28hb November ini kerana caterer makanan kita mengkehendaki membuat pengesahan tempahan makanan pada 29hb November iaitu 2 hari sebelum gathering untuk memudahkan mereka menyediakan makanan. Mungkin kepada yang masih belum membuat keputusan itu, saya nasihatkan kalau tidak boleh datang untuk keseluruhan acara gathering mungkin boleh datang pada sebelah malam untuk Jamuan Makan Malam atau kalau tidak boleh juga, mungkin boleh datang untuk Jamuan Makan Tengahari pada hari Ahad 2hb Disember nanti. Sekurang-kurangnya semangat untuk bertemu kawan-kawan lama tetap ada di hati kengkawan semua walaupun dalam kesibukan kerana urusan peribadi atau lain-lain. Lagipun Maran hanya terletak kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari KL atau dari Kuantan dan memang mudah dengan adanya Lebuhraya Pantai Timur ( boleh balik hari saja - macam KL nak pergi Kelang atau Bukit Beruntung je). Jadi pada saya tiada alasan sebenarnya kepada sesiapa yang tidak mahu datang ke gathering, kalau tak boleh Sabtu, datang Ahad, kalau tak boleh datang lama, datang sekejap sebelah malam dan sebagainya. Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak memang seribu dalih.
Apa-apa pun insyaallah gathering ini nanti akan mempertemukan kengkawan yang sekian lama terpisah dan saya sendiri dalam kesibukan kerja memang merasa sangat teruja terutama apabila ingin bertemu kawan-kawan lama. Rasa nak tahu khabar kawan-kawan, keluarganya, kesihatannya dan macam-macam lagi. Setelah 22 tahun dulu kita semua bersama bagaikan adik beradik, membesar bersama selama 3 tahun dalam suatu jangkamasa umur remaja yang cukup menyeronokkan penuh dengan kenangan, perasaan keterujaan untuk mengetahui khabar kawan-kawan yang lain menjadi priority lebih dari urusan lain pada masa ini. Insyaallah bertemu kita semua nanti di Maran.
No comments:
Post a Comment