Friday, November 02, 2007

gAthERiNg bUdiMaN


Dari beberapa perjumpaan yang telah di adakan sebelum ini antara kengkawan BUDIMAN, banyak yang mengsyorkan agar suatu gathering keluarga BUDIMAN diadakan sekitar penghujung tahun ini. Semasa majlis berbuka puasa di rumah Apamz tempohari, Wan Azhar diA ada memberitahu bahawa jika ingin di adakan gathering, beliau mencadangkan ianya di buat di Komplek Sukan Belia Maran yang mempunyai kemudahan penginapan, kemudahan sukan, kolam renang dan sebagainya. Tambahan pula komplek tersebut di bawah penyeliaan Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Maran yang di ketuai oleh Che Dat, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Maran.

Jika ianya di adakan disitu maka kemudahan untuk gathering dan berkumpul bersama keluarga serta untuk mengadakan sedikit aktiviti lebih mudah kerana ianya mempunyai prasarana yang cukup. Tambahan pula penginapan boleh memuatkan sehingga 70 orang. Dan jika penginapan tidak mencukupi, maka terdapat chalet berdekatan yang boleh di sewakan. Catering makanan juga senang di adakan samada dengan mendapatkan dari Wan Azhar atau dari Raman Kerbau yang tinggal berdekatan.

Tarikh yang saya rasa sesuai pula ialah pada awal Disember atau pertengahan. Walaubagaimanapun masalah utama bila mengadakan gathering ini ialah untuk mendapatkan pengesahan dari kengkawan BUDIMAN kerana kebanyakannya hanya boleh berbuat demikian 1-2 hari sebelum tarikh gathering. Saya rasa kalau kengkawan BUDIMAN menyatakan komitment secara jelas lebih awal dan berpegang kepada komitment tersebut, ianya tidaklah menjadi susah. Kalau komitment sudah diberikan awal-awal untuk pergi, maka segala event lain tidak akan mendatangkan masalah kecualilah jika ada hal-hal kecemasan seperti sakit ahli keluarga atau kematian. Jika tidak berani menyatakan komitment awal maka memang susahlah untuk kita membuat apa-apa perancangan atau melakukan sesuatu kerana komitment hanya sentiasa boleh diberikan last minute sahaja.

Walaubagaimanapun saya buka ruangan komen dibawah untuk apa-apa cadangan terutama berkaitan tarikh dan tempat yang sesuai. Dan saya juga minta kengkawan BUDIMAN untuk sama-sama bertungkus lumus menjayakan program yang dirancangkan ini dan janganlah hanya membiarkan segelintir kengkawan yang pening kepala. Hulurkan bantuan anda dan hubungilah AJK yang akan dilantik nanti untuk menawarkan khidmat anda secara sukarela bagi membantu menjayakan program kita ini. Jadikanlah diri anda sebagai kawan yang benar-benar kawan.

8 comments:

Anonymous said...

Salam.
Ana suggest 1 Dec 2008. Oleh kerana buat kat Maran, seelok-eloknya kita lantik rodong kat temerloh dan maran jadi Key coordinator. Ana mencalunkan Wan Azhar jadi Ketua Projek, Rahman dan Zamberan jadi pembantu. Kami di Kuantan seperti Wan Rozain, Ummi pasti bersedia mengulurkan tangan membantu mana yang perlu. Jangan tunggu lama-lama sebabnya mengikut pengalaman yang lepas jika ditanya pandangan dan idea..ramai yang pilih membisu atas serubu alasan. So kalau nak materialize juga pogram ni.. kita kurangkan cakap dan kita banyakkan tindakan.. Ayuh kita buka ruang ni selama seminggu untuk agendaya agar menjadi lebih menarik.
Wsslm.

Anonymous said...

Sorry.. melalut lak gi 2008. Cepat nah nak meninggalkan 2007. It should be 1 dec 2007 bersamaan sabtu.

Anonymous said...

Salam Bilal,
Insyaallah jika ada kelapangan akan saya cuba luangkan satu hari weekday minggu depan untuk ke Maran bagi membincangkan perkara ini dengan Sidi dan Wan Azhar serta Raman Kerbau. Di samping itu saya nak tengok juga tempat nak buat gathering nanti di Komplek Belia Maran.

LaN KidA said...

Salam semua,
Rasa macam gathering ni tak begitu mendapat sambutan aje sebab dah 4 hari artikel ni kat sini hanya Bilal saja yang bagi komen. Kita bagi cukup seminggu iaitu 7 hari tengok respon kengkawan camne... kalau tak kita gathering kat teh tarik mamak je laa... orait jugak tu.

Anonymous said...

Salam Lan...
Lan jangan cepat merajuk..hehe.. sorilah, as for myself, i'm quite bz lately...sure,sure...InsyaAllah ummi and family will be there. Kat Maran, ok sangat2...Date? I'll bear in my mind! :))...
InsyaAllah Lan & Bilal, Ummi akan cuba tolong mana yang perlu, Don't worry, u'll be happy with me, hehe...Ummi try cari kawan2 DSS (course lain pun) to take part k. I'll info our plan to others starting from today k.
Tapi details bila nak round table? (*open tele-conference kat sini?:D)

Anonymous said...

Koi akan joint insyaAllah

Apex

Anonymous said...

Salam semua,
Tq Apek. ASP Ismail Rodzi diA batch Jan 86 pun ada sms kepada saya beritahu dia akan join jika ianya di adakan pertengahan Disember.

Apa-apapun saya kena finalise the date and venue minggu depan dan announcement akan dibuat secepat mungkin beserta dengan bayaran penyertaan.

Anonymous said...

hah baru boleh masuk sini.. napelah susah bebenor...
To all,
sorry to say that most probably I will not join for the gathering this year if so happen you all make it on 1 Dec 2007...