Saturday, September 01, 2007

uPsR, pMR dan RaMAdhaN


Isnin nanti maka bermulalah peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6. Peperiksaan ini akan berlangsung selama 3 hari sehingga hari Rabu ini. Kepada BUDIMAN yang mempunyai anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pastinya berdebar-debar kini. Untuk itu saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan kepada anak-anak BUDIMAN semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Walaupun saya tiada menaruh sebarang harapan yang tinggi kepada anak saya sendiri, saya harap dengan menempuh peperiksaan sebegini akan lebih mendewasakan dirinya supaya bila ke sekolah menengah nanti akan lebih membuka minda untuk mencari ilmu dengan lebih memahami kegunaan ilmu itu suatu hari nanti.

Pada 1hb Oktober nanti pula bermula peperiksaan PMR yang mana anak-anak BUDIMAN juga ada yang akan menghadapinya nanti. Peperiksaan tersebut akan berjalan dalam bulan Ramadhan dan di jangka selesai sebelum Aidilfitri. Tentunya menghadapi peperiksaan dalam bulan puasa suatu tugas yang mencabar kepada anak-anak itu nanti tetapi dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, insyaallah semoga anak-anak BUDIMAN juga akan memperolehi keputusan yang cemerlang nanti.

Dalam dunia mendatang yang penuh cabaran dan persekitaran sekeliling dengan kejayaan keduniaan berdasarkan "It's not what you know but Who you Know", semoga ilmu yang diperolehi oleh anak-anak itu akan dapat mengubah diri dan kehidupan kearah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ramadhan juga kian hampir menjelma dan insyaallah pada 13hb Sept 2007 ini, kita semua akan menyambut kedatangan Ramadhan untuk mula berpuasa dan berterawikh seisi keluarga. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih memantapkan amalan kita dan membanyakkan lagi sedekah jariah kita. Insyaallah, BUDIMAN akan mengadakan majlis berbuka puasa serta membuat sedikit kebajikan nanti. Blog ini juga akan menyambut ulangtahun yang pertama dalam Ramadhan ini dan saya berharap semoga semua BUDIMAN akan dapat berkumpul sambil berbuka puasa, berterawikh dan beramal kebajikan pada hari tersebut, insyaallah.

2 comments:

ummi said...

Salam sume..
Ummi pun nak amik kesempatan ucapkan Selamat Berjaya kepada anak-anak BUDIMAN yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PMR..tp my doter Najwa also will be sitting for her SPM soonest.. hehe..
Kita sebagai ibubapa tentunya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kan..Xpalah kalau mereka kurang berjaya, tetapi boleh menjadi insan cemerlang dalam mengharungi kehidupan penuh dugaan di dunia globalisasi nih..
Emm sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba, sama-samalah kita mempertingkatkan amalan dan sahsiah diri. (*sekejapnya masa berlalu ek..)

walid said...

salam seme BUDIMAN
agak menyepi gak walid kat cni.tp slalu skodeng tau.
anyway..walid sekeluarga mengucapkan selamat menduduki UPSR dan PMR kpd anak-anak keluarga BUDIMAN semuga beroleh kejayaaan cemerlang kelak.Disamping itu juga,ingin mengucapkan kpd semua BUDIMAN untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak semuga ramadhan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH s.w.t. amin.

p/s teringat zaman posa kat ITM dulu-dulu.