Wednesday, September 26, 2007

paNaS-PaNaS: sEnSaSi : mAkaN naSi miNyaK buDiMaN - siRi 3


Tepak sireh di tangan kiri
Dulang hantaran indah di gubah
Kad jemputan telah di susuli
Segala teka teki terjawab sudah

Akhirnya pada Jumaat yang lepas juga, saya telahpun menerima kad undangan yang dinanti-nantikan oleh BUDIMAN semua. Mungkin pengantin lelaki kita juga telah menghantar kad undangan ini kepada beberapa BUDIMAN yang lain, namun kepada yang tidak menerima kad tersebut bukan bermakna anda BUDIMAN tidak diundang ke majlis bersejarah ini. Pengantin lelaki telahpun memaklumkan kepada saya bahawa undangan beliau adalah untuk semua BUDIMAN samada menerima kad ini atau tidak dan oleh sebab itulah maka di minta saya untuk memanjangkan jemputan beliau di sini kepada anda semua.

Untuk itu pengantin lelaki BUDIMAN kita iaitu saudara Razani Ibrahim ( Bulu ) menjemput anda semua ke majlis ikatan kasih antara beliau dan saudari Tarmizan bte Abdullah yang akan dilaksanakan di rumah pengantin lelaki pada Sabtu, 20hb Oktober 2007 bersamaan 8 Syawal 1428 bertempat di Kg Kuala Lanar, 27200 Kuala Lipis, Pahang. Razani boleh dihubungi melalui telefon di 012-2095272.

Sebelum itu majlis dirumah pengantin perempuan ialah pada Isnin, 15hb Oktober 2007 bertempat di Lot 1633, Cabang Empat Gerong, Palekbang, 16040, Tumpat, Kelantan di mana akan berlangsung majlis akad nikah dan bersanding.

Saya pun sebenarnya tak tahu jalan nak pergi ke Kg Kuala Lanar, rumah Bulu ni, walaupun peta ada menunjukkan lokasi berkenaan di kad jemputan. Rumah Bulu di kampung tersebut boleh dihubungi melalui telefon 09-3124067. Jadi kalau kita semua berkonvoi ramai-ramai, maybe Niazor, Shema dan Jepun serta Mat Dwan boleh tunjukkan jalan. Majlis ni pada hari raya ke 8 tetapi pada hari Sabtu, maybe kalau geng KL boleh konvoi dari KL dan geng Kuantan dan Temerloh boleh pula konvoi dari sana. Kita tengok sapa yang nak pergi nanti maybe boleh drop kat komen bawah dan calling-calling. Geng DIA mesti kena pergi dah tentu dan BUDIMAN pun sekali sambil berkumpul ramai-ramai berhari raya. Tentu seronok tu.

10 comments:

Anonymous said...

Insyaallah.. kalau tak ada halangan ana nak turut serta. Mereka yg di Ktn boleh konvoi sama.

Anonymous said...

Kida...Ummi nak hadiah, hah betul kan ummi jawab teka teki tu..x kira nak gaakkk!! :D

Emm..insyaAllah rasa nak gak g jalan ke Kuala Lipis sana, bila lagi kan...Nnt discuss dgn Abg Nu..

Anonymous said...

salam seme....kpd BUDIMAN di Selangor/KL.....camner? konvoi kita???

Anonymous said...

Salam...InsyaAllah akan menghadirkan diri...konvoi ngan bikers...jalan/corner nak ke Lepih tu memang mengancam utk lap!...fuyooo!

Anonymous said...

Kepada BUDIMAN yang kurang mengenali atau mengingati BULU aka En Razani Bin Ibrahim kini adalah salah seorang pegawai bertugas di bahagian Kewangan, PROTON Bhd. Semasa di ITM beliau adalah diantara orang yang bergelar yang paling banyak nama seingat saya..., Megat Terawih, Iron Man, Mat Bulu, Pak De, Komeng dan beberapa nama lain lagi...

shema said...

Cakkk.. aiyahhh..lu nightrider, ketinggalan zaman sungguh.. jln ke Lepih tu mana ada lap korner baring lagi dah.. jln dah lurus..

LaN KidA said...

Hahaha...betul tu nightrider...jalan dah lurus la... lain la kalau ikut jerantut..banyak lap lagi rasanya...

Ummi, hadiah nantilah bagi duit raya nanti...tapi kena tahlil dulu la kat Paya Pulai...

Ni nak tanya, Kg Kuala Lanar ni kat area mana...lepas Lepeh ke atau sebelum Lepeh ke...hala ke Merapoh ke atau hala ke Jerantut ke?

Anonymous said...

Yea, yea..(*tepuk2 tgn) Kida nak bagi duit raya sebab jawab betul..yea yea..
Lah! kida, cam umpan budak2 jer,nak bagi duit suruh wat apa2 dulu..G tahlil kat mana, boleee...hehe.. InsyaAllah bole la lepas solat aidilfitri/lepas zohor ke, ummi g raya kat Paya Pulai kan..(nnt ummi calling2 kalu jadi ek).
Anim, ummi nak makan biskut yang anim wat sendiri tau...

Anonymous said...

Salam...kalu dari T'loh,elok ikut Jerantut Ferry,lalu Kuala Tembeling,Mela & terus ke Lepih...bolehlah koner mana yang patut!...jgn ikut Benta!!!

Anonymous said...

Keris telah berjumpa sarung nya...