Tuesday, September 18, 2007

bALiK rAyA maNA?


Baru masuk 6 hari kita semua berpuasa tetapi sudah terdengar nada dering lagu-lagu raya di handphone di sekeliling kita. Raya tahun ini yang dijangka pada 13hb Oktober 2007 bersamaan hari Sabtu masih jauh lagi. Namun begitu sesetengah antara kita rasanya sudahpun merasakan bahang adilfitri dengan mengatur pelbagai persiapan menjelang hari lebaran itu nanti. Mungkin ada yang telahpun bersiap sedia membeli pakaian untuk anak-anak dan sebagainya. Bagi perempuan pula kalau nak tempah baju kurung semestinya sebelum puasa lagi sudah menghantar tempahan.

Bagi suami isteri seperti biasa banyak yang bergilir dalam menentukan kampung halaman yang bakal dituju nanti. Bagi saya tahun ini giliran saya pula setelah tahun lepas berhari raya di Kedah dan Perlis di kampung SK. Tahun ini saya sekeluarga berhariraya di Temerloh pula. Bagi yang suami isteri kampungnya sedaerah mungkin tidaklah begitu terasa sangat sebab berdekatan. Contoh macam Ummi dan Abg Nu, Jepun dan Shema, Kitang dan Lily, Mat Dwan dan lain-lain. Kalau yang jauh-jauh seperti seorang di Utara dan seorang di Selatan terpaksalah bergilir menyambut hariraya.

Raya tahun ini nampaknya saya di Temerloh di rumah ayah saya di Paya Pulai. Pada raya ke 2 pula biasanya saya bersama-sama semua adik2 dan ayah saya akan ke Kg Temai, Pekan, kampung ayah saya, menziarah pusara dan saudara mara di sana. Raya ke 3 barulah kembali ke Temerloh dan berpeluang mengunjungi rakan-rakan dan saudara mara.

Jadi, ke manakah halatuju kawan-kawan semua untuk berhari raya tahun ini? Mungkin kalau ramai yang balik ke Pahang, tentu seronok kalau dapat bertemu BUDIMAN2 semua di hari raya nanti. Mungkin boleh buat gathering aidilfitri nanti.... dan jangan lupa kita ada kawan BUDIMAN yang akan menjadi Raja Sehari pada hari raya ke 3 nanti, insyaallah. Tungguuuuuu....

21 comments:

walid said...

salam BUDIMAN,
cam biasa la..pagi2 leh komen..boss x masuk lagi.
tahun adalah giliran walid ke kg halaman walid.kali ni ke PEKAN. tiap2 tahun umah akak kat kuantan. so tukar angin skit.So kira2 numpang la nie.
anyway..sesape yg berada dikuantan or pekan..leh la hubungi walid utk berhari raya. kpd........salam manis diucapkan.

ummi said...

Aiikk, kalau tengok ke gaya cite ni, Kida lah paling teruja nak raya ni, maklum laa..turn kat Temerloh ek hehe..(*usik jee..).
Tapi Sk pun mst suka kan raya kat Temerloh..menantu mithali gitu! :)

Ummi pun nak pergi mana lagi.. Temerloh le..Tapi still ikut turn gak walaupun parent Abang Nu dah xda..just kumpul adik beradik le(*x penah miss!). Tahun ni raya rumah Abang Nu dulu...pastu raya kedua baru balik rumah parent ummi di Kg. Awah. Semenjak ummi kecik2 lagi sampailah sekarang, biasa pagi raya ke2, adik-beradik n sepupu abah Ummi yg ada di Pahang ni(9 orang) bergilir2(*cabut undi) gathering kat rumah yang dapat undi. Buat tahlil, doa selamat and makan2 le (*kadang2 wat gak games tuk budak2 n bagi hadiah - suka2 je). Bila dah berkumpul anak-menantu and cucu masing2, mau le 100++ ramainya, riuh rendah sekali. Kadang2 mak/bapa saudara dari Perak pun datang. Penuh 1 rumah, xyah ajak orang lain dah..hehe.. Tahun ni giliran mak saudara di Felda Bukit Tajau..Kebetulan pusara arwah Tok dan Opah (sebelah abah) di Bukit Tajau, so biasanya perform tahlil kat pusara laa..
Sebelum balik, sume kena cabut undi lak, tengok turn sape..hehe..(*anak menantu pun boleh take turn). Aikk, pjg lak cite..sorriii la ek, excited gak! :)

Bilal@Azmi said...

salam Ramadhan BUDIMAN
Tahun ni giliran rumah orang tua ana di Pontian Johor. Raya kedua pagi akan bertolak ke Padang Piol Jerantut. Raya ketiga tu rasanya nak gi ziarah rodong-rodong di termerloh dan jerantut mana yang ada. Weii yang nak makan nasi minyak tu kat mana.. bagi lah hints sikit kot-kot nak nak plan boleh gak singgah Ana ada di pdg piol smpai raya ke 4 agaknya.
Sesiapa yang ada di Ktn raya ke 5.. call lah boleh mampir

SaYanG kidA said...

Ummi, SK tak kisah raya kat mana? sama ajer..yg penting kita sentiasa ingat ibubapa dan doakan utk mereka selalu...tapi kalau beraya ke temerloh selalunya mlm raya, kida sk dan anak2 memang gi jumpa parents sk sebelum bertolak ke temerloh...dan kalau beraya di kg SK pulak mesti balik jugak ke temerloh...bagi sk hepi jer raya kat mana janji beraya ngan kida dan anak2 ahaks!

walid, kata nak bg kat sk bunga api..*jenguk lam briefcase walid* fuuuyooo bnyk nyer nak sedozen leh?

ye ye nanti leh main bunga api!

walid said...

salam seme.....mmg gumbira raya nie.Tp walid sekadar numpang adik bradik jer la...maklum la...(sob..sob..)org tua dua2 da xder.
FYI. mayb Pekan x jadik..sbb abg lik kg bini dia...so walid raya kat Kuantan je (umah kakak)*pyh gak nak beraya kan*

p/s SK..SK...*tepis tepis tgn sk*
apa klas bunga api...mercun merdeka mau tak?Kasi gegarrrr cam Putrajaya. RM17.50/seketul..jadik?

Mizi said...

Assalamu'alaikum,

horey, thn ni giliran saya pula beraya di Mesia (JB dan BP) sbb last year dah kena duty beraya di Songkhla. Aduh, jauhnya, 900km drive dari Songkhla ke JB, harap-harap tak heavy traffic.

Sedang fikir camne nak cuba seludup masuk bunga api dan mercun dari siam.

SaYanG kidA said...

*toleh kiri kanan* psssttt..pssttt mizi..kalau berjaya jgn lupa singgah Kl bagi kat SK sket yea..

psssttt.. walid nak tak mercun cam kat putrajaya? :P

junjs1102 said...

amboi walid..dot dot dot tu sape..hehe..
wooiiitt, nak gak mercun tu.....Sk, kalu dpt..bg jun sket..aritu x g putrajaya, wat kat umah sendiri ok gak tu ..
this year...raya kuantan...so, walid..leh la dtg umah...hehehe..bwk skali mercun tu tukar ngan kue raya, set?

LaN KidA said...

Salam semua,

Walid, nampaknya tahun ni tak payah la kita nak booking Putra Palace atau Putra Brasmana... kita ni sama destinasi la raya tiap-tiap tahun nampaknya... tahun ni Pahang..tahun depan Utara...ada kawan...hehe

Ramai BUDIMAN ada kat Pahang raya tahun ni... boleh la berkumpul-kumpul. Raya ke 3, insyaallah ada Temerloh, jadi jemputlah semua nanti ke Paya Pulai beramai-ramai. Raya pertama pun rasanya ada sekitar Temerloh lagi..boleh calling-calling nanti...( Camni nak kena budget duit singgit-singgit banyak ni...takpe towkey CIMB dan Maybank boleh tolong kot)

Jun, balik Mentakab bila pulak? Ummi dah free kot raya ke 3...bolehlah kita serang Kg Awah makan laksa ke, laksam ke, nasi dagang ke...hehehe (sedap je cakap)... Bilal, memang sesuai la raya ke 3 kat jerantut, boleh konvoi dengan Niazor, Antu, Kudin Mekanik ke Temerloh dan Kg Awah. Taman Temerloh Jaya pun kita boleh buat serangan jugak(Kitang n Lily)...kekeke

Hai puasa baru masuk hari ke 7 beb, raya dah tak sabor dah...rasa2 macam nak pasang lagu raya je dah kat blog ni...kalau boleh bubuh lampu liplap..dah bubuh dah... Rilek Kida Rilek...hehehe

walid said...

salam seme.
mmm...SK..SK ...(*bisik2*)...ok gak tu..mercun putrajaya..hee
Jun..dot..dot..tu tersalah type je...xder maknanyer.tp nak tukar mercun ngan cookies strawberry ...kira set jer la.
Kida...so tahun depan(*waduh suda kira raya tahun depan la puloq)..raya utara lik la yek...
ANyway....lagu raya kat ofis ni da berkumandang kat henset..lampu liplap jer xder lagi.Koi rasa kida leh ON da suis lampu tu...

p/s..baru 7 ari posa...raya punyer citer..tU DIAAaa....hehehehe

Abg Nu said...

THE ANOUNCEMENT HAS BEEN MADE...
tahun ni raya kat Lebak...Yahooooo!
Assalamualaikum semua warga BUDIMAN
Jangan lak terkejut..saja nak bagi gempaq sikit pagi ni.
Saya tertarik dengan cerita beraya dimana (terutama hari raya pertama) samaada dikampung belah suami atau kampung belah isteri.
Kadang2 perkara kecik begini boleh mengeruhkan suasana rumahtangga.
Bagi kami, telah dipersetujui (tanpa surat sumpah) sejak mula kami kahwin lagi & kebetulan pula raya pertama kami alami ialah raya puasa. So, hari raya pertama beraya di Kg. Lebak. Lepas tu baru balik ke Kg. Awah.
Bagi hari raya Haji pula, raya pertama beraya di Kg Awah then baru ke Lebak.
For the next raya puasa, raya pertama kat Kg Awah. Lepas tu baru ke Lebak dan bagi raya haji pula raya pertama kat Lebak dulu. Begitulah seterusnya hingga sekarang.
Anak2 pun dah faham kat mana beraya dulu pada setiap tahun.
Inilah resepi yang kami guna pada setiap kali nak balik raya.

Mungkin ini boleh jadikan tips keharmonian rumahtangga untuk generasi akan datang.

Sekali lagi kepada kengkawan BUDIMAN Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga segala amalan kita diterima olehNya.

Wassalam

ummi said...

Eh cik abang kita pun komen gak..! (*semangatlah tu..). Tapi kan tips gilir2 sama tahun untuk tempat dekat je bang, kalu sorang utara sorang selatan xleh sama tahun ie. raya pertama kat rmh suami, raya kedua rmh isteri, paghaah aih!! Duk kat highway je dah sehari..

p/s Hehe..tips abang Nu ni untuk mana2 yang berkaitan dan bersesuaian je la yaa..:)

Kudeng said...

Assalamualaikum

Posa baru masuk seminggu dah cerita raya dah? Ish ish ish...patutnya kita sama2 fikir camana nak tingkatkan amal, camana nak dapatkan Lailatul Qadar, posa dan amal kita berkualiti ke tak...mana lah tau, mungkin ni posa kita yang terakhir. Mintak maaf...ana terbagi tazkirah skit.. jgn maraaaaa...

Ana tak tau lagi nak balik terengganu ke tak raya nanti. Biasanya malam raya baru decide after mesyuarat dgn wife dan anak2. "Tak rugi orang yang bermesyuarah, tak menyesal orang yang beristikharah"...

Mak ana kat sini, bapak ana pun raya kat batu caves tahun ni. So tatau lagi ana beraya kat mana. Tahun ni lak insyallah giliran ana bertugas Solat Sunat Eidul Fitri. So kalau balik kampung pong, maybe after zohor raya pertama tu kot.

ummi said...

Alaa Kudeng, cite raya beselah
..hehe..xkan xleh.. Kalu cite amal ibadat xkan nak cite kat sini kot..Itukan kena sendiri ingat, sendiri fikir kan, sendiri buat..Allah Maha Mengetahui! :D Boleh kan..?? (*gigit jari..)

Kudeng said...

Ummi

Ingat-mengingati itu adalah bermanfaat bagi orang mukmin...

:-)

LaN KidA said...

Salam Kudeng,

Memang kawang dok tunggu mu bagi tazkirah sket kat budok2 ni... tulah ntoh sapo2 la yang buat cerito rayo ni... eh bukan kawang ko yang start cerito rayo ni...ceh! nok keno tazkirah ke kawang la dulu.. iskh..iskh

Abg Nu,
Terimaksih kerana sudi bagi tips. Boleh dijadikan panduan untuk bakal Pengantin Baru BUDIMAN tu dan pengantin2 tua.

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawikh, Selamat Beramal dan Selamat Hari Raya...(nok jugak ucap Raya...hehehe)

Mizi said...

SK,

rasanya macam boleh lepas. Dulu Mizi pernah seludup 40kg beres siam, baca 'sukmum bukmum', pegawai kastam langsung tak nampak kereta mizi lintas kat kompleks pemeriksaan. SK nak mercun yg mcm mana?

Seludup mayat pun ada tau. Malu kalau org kampung tau mati kat Hatyai, so waris ni pun seludup mayat tu balik ke Mesia, then lapor mati dalam kreta ketika perjalanan.

SK said...

Mizi, bagi mercun Thunderclap 10, Mercun Ketupat 16, Mercun Botol 23, Mercun Bola 54, Mercun Lebah 102, Mercun Papan 602, Mercun Nenas 523.. tau tak mercun nenas tu? ala mcm tart nenas... sebab mercun tart nenas ni nak bagi Walid suroh tukar dengan kuih tart nenas Jun..set ye Walid?

bilal@azmi said...

Salam Mizi..
Mu baik-baik baca ayat sukmum bukmum tu.. takut salah niat bukan kereta mu je kastam tak nampak.. dengan mu- mu sekali hilang sembunyi dek bunian siam.. he-he salah ayat tu rasanya.. Kena belajar ngan Kudeng. Amboi SK.. bala.. bapok banyaknya mercun kirim kat mizi.ini pasti kaki meriam buluh masa kecik.. tu yang tak besar-besar sampai la ni.. (sambil tutup mata dan telinga takut kena jerkah ngan sk) Gurau je.. maaf kalau tersinggung.Usik mengusik bulan puasa..!

fadzil said...

Salam Budiman,
Kali ini gua raya kat Cambodia seorang diri...his..his. keluarga akan beraya di sg.petani. Nak kata raya tahun ni meriah ... susah nak cakap...sodeh den ...

walid said...

salam..
sk.mercun nenas x nak.mercun strawbey la.baru jun nak barter trade.x gitu mrs LK???
abg nu nyer tips sama ngan walid praktik kan...cuma kekdg tu...tgk keadaan n suasana...ada masa nya perlu memahami keadaan....
kudeng.....chantikkkkkkk....kasi up lagi dlm komen yg lain.
kpd fadzil...xper..sabor je....nanti masa nya kan tiba bersma famili. buat masa ni...cambodia kan ramai changrung...(tul ke?)
p/s.....teringat dulu ulang alik Perlis..kuantan.adussssss