Sunday, September 09, 2007

peRkeMBanGaN keLuARgA aPaMZ

Artikel ini dikirimkan oleh Ummi semalam tetapi baru hari ini dapat saya siarkan berkenaan perkembangan keluarga Apamz.

Salam Kida n BUDIMAN sume..

Saja je nak maklum perkembangan terkini Miza isteri Apamz. Lepas maghrib tadi Ummi dan Abang Nu serta anak2 baru berkesempatan menjenguk semula keadaan Miza setelah menerima sms Kida tempoh hari. Kami ke Pasar Malam Bandar Indera Mahkota tadi, memang orang tengah ramai sangat. Terus mencelah di tengah orangramai tu untuk mencari gerai Apamz. Sampai di gerai, hanya kelihatan 2 orang anak buah Miza yang membantu Apamz sedang sibuk menyediakan pesanan ice-blended untuk pelanggan, boleh tahan jugak ramainya. Kami terus ke arah van di belakang stall Apamz. Kelihatan Apamz sedang menyuap makan anak bungsunya Amri yang memang tidak duduk diam. Terkejut dan gembira Apamz dengan kunjungan kami yang tak disangkanya. Miza yang sedang berbaring terus memberikan isyarat untuk duduk. Apamz pun mengangkat dan membetulkan kedudukan Miza.

Memang kasihan sungguh melihat keadaan Miza. Nampak tak bermaya langsung..Melihat ke dalam ruang van tersebut sudah cukup menyesakkan, tambahan pula kipas yang selalu digunakan menggunakan generator lampu beliau telah rosak agak lama sudah. Memang panas dan menyesakkan dengan bau asap (yang kita ketahui memang boleh membawa kesan buruk apabila dihidu) dan bunyi generator peniaga2 sekeliling. Bayangkanlah dalam keadaan hingar-bingar dan panas begitu yang terpaksa ditempuh Miza ketika menunggu Apamz habis berniaga. Ntah lah sehingga bila Miza dan Apamz harus melalui keadaan sebegini. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui...Hanya kesabaran seorang insan mulia yang dapat Ummi lihat pada diri Apamz. Sebenarnya Ummi ada mengambil foto Miza tadi, tetapi belum boleh disertakan bersama kerana Abang Nu tertinggal wire handphone (bluetooth) kat pejabat lak. InsyaAllah, Ummi sertakan kemudian.

Dari pemerhatian Ummi, kipas memang perlu disediakan untuk Miza sekiranya dia berterusan bersama ketika Apamz berniaga. Sebelum ini, kerusi rotan yang agak selesa disediakan untuk Miza berbaring, tetapi menurut Apamz kerusi tersebut pulak telah patah. Mungkin bagus kalau dapat digantikan dengan "kerusi malas" (kerusi besi berjaring tali getah tu..)

Menurut Apamz, beliau juga menjadi Pemandu Sambilan van sekolah untuk budak2 yang sama bersekolah dengan anak keduanya pada sebelah pagi. Jadi, sewaktu menjalankan kerja Pemandu ini, Miza ditinggalkan sendirian di rumah..Bayangkanlah!! Bagi Apamz, sekiranya anak sulungnya dapat balik ke rumah pada hujung minggu adalah saat yang dia nantikan sangat2 agar dapat membantunya.

Hanya setakat ini saja dapat Ummi berkongsi cerita Apamz sekeluarga. Diharapkan BUDIMAN dapat berbuat sesuatu untuk meringankan beban Apamz ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar Apamz diberikan kekuatan dan kecekalan dalam menempuh dugaan yang telah tersurat untuknya. Sudi apalah kiranya jika kita semua dapat berganding bahu dalam memberi sokongan moral atau bantuan sewajarnya kepada Apamz sekeluarga. Walaupun kecil sumbangan yang dihulurkan, tetapi ia akan membawa seribu makna buat mereka sekeluarga. Janganlah lupakan dia dalam kita bergelak ketawa di samping keluarga dan teman tersayang..Mungkin kita belum diuji sehebat ini, tapi kita redakanlah kesusahan Apamz setakat yang termampu walau dengan apa cara sekalipun.

p/s Kebetulan Ramadhan menjelang tiba, kesempatan terbuka luas untuk kita beramal bakti. (*sekadar mengingatkan diri Ummi sendiri).

8 comments:

Anonymous said...

Sedih dan sebak saya baca kisah ahli ni. Apamz ada no. akaun tak? Mungkin sumbangan saya tak seberapa, yang penting keikhlasan dan keinsafan yang terbit dari hati kecil saya.

Anonymous said...

Sorry ye, sebenarnya saya bukan ahli. Ahli ke tak ahli ke kita perlu saling membantu. Betul kan???

Dari saya - Org yg buat komen kat atas tu.

lan kida said...

Untuk anonymous dan kengkawan :

No Phone Apamz : 013-9987697
No Akaun Apamz : Account BIMB: 06-019-02-0651908

Kalau dapat lepas sumbang tu tolong sms atau call Apamz.

Thanks

lan kida said...

Kepada kawan-kawan terutama yang berada di Kuantan tu, kalau boleh tolonglah jengok2kan Apamz tu macam yang Ummi buat tu. Apamz ni masalahnya kalau kita bagi sumbangan pun beliau tak boleh nak tinggalkan Miza untuk betulkan kipas van atau nak pergi cari kerusi macam Ummi cakap tu. Sebab itulah dia tunggu2 je anak sulung dia balik supaya dia boleh bergerak senang sikit. Jadi kepada yang ingin membantu tu kalau dapat pergi sendiri, kalau boleh suruh isteri temankan Miza kejap kat rumah dan bawak Apamz dan van dia untuk baiki kipas dan belikan kerusi ganti kerusi rotan tu.

Tapi Apamz ni memang penyegan sikit. Kalau sesiapa yang tak biasa dengan Apamz ni, jangan tunduk plak dengan sifat penyegan Apamz ni, bawak je, cakap kat Apamz aku dah nazar atau niat berhajat nak bantu supaya dia tak boleh kata apa. Tidak Apamz ni memang susah atau segan nak terima bantuan orang walaupun sebenarnya dia dalam kesusahan sesangat.

Tapi kalau yang tak boleh pergi jumpa Apamz sendiri dan hanya boleh bagi sumbangan dari jauh, tak mengapa, sekurang-kurangnya boleh juga kita membantu dari jauh dari hanya membaca artikel ni tapi tak buat apa-apa langsung setakat kasihan dalam hati sahaja dan lebih teruk mengutuk lagi pun ada.

Anonymous said...

Puas saya baca, tapi tak jumpa. Akaun ni atas nama siapa? Bank lain ada tak... BSN ke, CIMB Bank ke...

LaN KidA said...

akaun yang saya berikan kat atas tu atas nama (Apamz)Norhisham bin Mohd Ramli. Apamz cuma ada akaun Bank Islam ini saja yang beliau berikan kepada Ummi tempohari.

Anonymous said...

SubhanaAllahhhhh... Kpd kengkwn yg ader d Kuantan, plssss... jenguk2 la sahabat kita Apamz & keluarganya ASAP..Kpd yang agak jauhhhh, sumbangan online anda amat diperlukan di sini.. Yaaa, kita ada merancangkan untuk berbuka puasa dan sebagainya dgn anak2 yatim dan aktiviti2 lain di bulan puasa, akan tetapi, adalah lebih afdal & baik kita membantu ahli keluarga yg lebih rapat dgn kita terlebih dahulu, yg dlm kes ini, Apamz & keluarganya, yg merupakan ahli keluarga kita di BUDIMAN, supaya keperitan & kepayahan beliau & keluarganya dapat diringankan sedikit jika pun tidak dapat dihilangkan sepenuhnya.. InsyaAllahhh, sama2 kita menghulurkannnnn....

LAN KENTEI & keluarga..

lan kida said...

Salam semua,

Tadi Apamz ada sms saya untuk mengucapkan terima kasih kepada anonymous yang kat atas sekali tu atas sumbangan beliau. Anonymous tu ialah exUitM Terengganu DSS batch 85-87.

Terima kasih Anonymous. Tak nak kenalkan diri ker... Sebenarnya dalam aktiviti BUDIMAN tidak menghadkan kepada sesiapa. Kita juga ada AR, Abg Nu dan kaum keluarga BUDIMAN yang bukan daripada exUitM Pahang tetapi amat aktif dalam segala aktiviti yang kita jalankan. Yang pentingnya segala niat murni kita tercapai dengan kerjasama sesama kita semua.