Thursday, September 06, 2007

paNaS-PaNaS: sEnSaSi : mAkaN naSi miNyaK buDiMaN

Sebetulnya semasa saya membuat artikel "Bujang", memang saya ada instinct bahawa ada BUDIMAN yang hendak menjamu nasi minyak kepada kengkawan. Sememangnya tekak saya ada terasa-rasa macam nak makan nasi minyak orang kahwin. Dan akhirnya pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Putrajaya, saya terima satu sms dari seorang BUDIMAN yang meminta alamat lengkap rumah saya. Saya tanyakan balik mengapa kerana alamat saya memangnya terdapat pada profile saya di dalam blog. Beliau jawab katanya nak hantar invitation card. Saya tanyakan lagi invitation apa? Dia jawab " Apa lagi, invitation berlaga pusat la" Saya jawab balik " Bila? Ni dah dekat nak posa dah. Nanti jenuh ganti posa 2 bulan." Dia jawab balik kat saya " Cadangnya cuti aidilfitri nanti." Saya kata lagi kat dia " Kalau macam tu saya war-warkan kat blog lah, senang sikit tak jenuh sangat nak hantar invitation card kat kengkawan BUDIMAN" Dia kata " Cantik jugak tu" Saya kata lagi " Kalau awak buat kenduri kecik2 pun takpe, bebudak BUDIMAN ni kalau datang pun bukan pasal makan sangat, tapi seronok nak tengok awk bersanding jer dan jumpa rodong" Dia kata kat saya "Ok, nanti siap je kad jemputan, akan dia poskan dengan segera".

Perjalanan saya ke Putrajaya dalam keadaan lesu kerana jam dan kepenatan (sebab sibuk bebenor dan banyak hal perlu difikirkan lately ni) bertukar menjadi suatu journey yang penuh dengan excitement. Saya renung balik patutlah saya tergerak nak buat artikel "Bujang" dan patutlah pagi tadi sebelum SK pergi kerja saya dan Aimin serta SK bercerita pasal P.Ramlee kahwin dalam Madu Tiga. Hahaha...rupa-rupanya ada rodong BUDIMAN nak kahwin. Siapakah rodong BUDIMAN itu? Hahaha... biar lah ianya menjadi teka-teki anda semua dahulu sehingga saya terima kad jemputan beliau nanti. Kepada yang dah tahu siapa tu, diam-diamkan lah dulu, biar yang tak tahu ni teka. Esok mungkin saya bagi hint sikit, siapakah beliau. Tapi memang terujalah dan di fikiran saya, takde alasan untuk BUDIMAN untuk tidak hadir nanti kerana masa tu cuti raya. Saya bayangkan kita semua berkonvoi ramai2 ke majlis perkahwinan itu nanti untuk Wedding BUDIMAN of The Year. Sementara ini..teka..teka..siapa...jangan tak teka....hehehe

12 comments:

ummi said...

Salam Kida,
Amboii amik peluang wat teka teki lak! Alah siapalah bujangan tu ek..kawin baru ke, baru nak kawin, kembali berkahwin ke?..Hehe..Hint lah sikit...orang mana, keje mana?
Xpalah, ummi xkenal nak teka pun. Tunggu jelah announcement Kida..hehe..

lan kida said...

Hahaha...Ummi...nama dia biasa jugak awak sebut2... walau jauh tapi dekat dia tu sebenarnya... dan BUDIMAN kalau sebut nama dia terus kenalnya la..takdenya nak tanya2 dia tu siapa...course apa..

Teka jangan tak teka...hehe

anak wan said...

Berbulu gembira dengar ada kekawan nak kahwin...klu ada peluang nak jugak...hiks

Insya Allah, klu ada jodoh utk menghadirinya, akan luangkan masa.

Tahniah kepada bakal Pengantin Baru, moga bahagia hingga ke akhir hayat

ummi said...

Kida,
Kalu ummi teka betul, nak kasi hadiah apa? Sape ek? Ummi biasa sebut, FG ker? Ke Bulu? (nama ni x baisa sebut pun)..Hehe..(Ntah lah, orang bujang dah lama ke, orang yang terkembali bujang??)
Teka je..jangan x teka. Tapi Kida, kalau betul, baik cakap.(*xpun sms jer kat ummi..hehe..)

pyan said...

hmm citer p. ramlee...kau ke kida nak kawin..hehehhe..gurau je..jgn marah ck.
alhamdulillah n tahniah kpd bakal pengantin. semoga bahagia sok mo sblm n selepas kawin. pesanan penaja : jgn lupa basuh kaki seblm tido...:)

walid said...

salam seme.
org petama n kedua (kida) da tau sapa kan?..
org ke3yg tau ye lah...walid.
hehehe.....jadi jgn tunggu esok ...sms skrg ke 33999 untuk mengetahui jawapan teka teki kida.
(setiap sms dikenakan caj RM0.50) trus masuk walid's account.

p/s sapa la dia tu yeeeee....jangan mara aaaaaa.....

SaYanG kidA said...

loh pyan...nape lak nak marah... mmg lelaki leh nikah 4 pun :p

pyan, dari basuh kaki lebih afdal amik wuduk kan :)

pyan, ko ni selalu ngigau ke mlm2 siap2 basuh kaki.. takut tertendang bini ker? muahahaha

walid, amboi amik kesempatan betullah mamat ni.. nak wat duuuiiittttit jer! lain kali kalau walid nak wat duit ajak sk sekali. ahaks! ;)

to all - ye! ye! SK dah tau sape yg nak naik pelamin tu *sengih smpai tinge*

Jun :) said...

kida, ade hadiah k? nk bgtau..hahahhaha.....

Anonymous said...

Salam semua..
Alhamdllhhhh.. Rezeki masing2 dah tertulis.. Yg blm berkahwin akan berkahwin or yg dah berkahwin akan berkahwin lagi seadanya, or yg pernah berkahwin, kembali bujang dan akan berkahwin, mesti diraikan.. Membina masjid namanya tuhhh.... Sekalung Tahniah kpd tuan punya diri, @#^&*<>?? dan pasangannya.. I'Allah kita ramai2 pergi ke &%$#@)?? untuk meraikan.. Pergi, jgn tak pergi yakkkkk... C all of U there I'Allahhhh.... Yeeeeehaaaaa.... Teka werrrr, jgn tak tekaaaa.... Hadiah kacang bagus cap tangan Kidaaaaaa..... :-D
Salaaammmmmmm......

LAN KENTEI

walid said...

SALAM SEME.
skrg ni walid kat CC tolong YM wat assigment dia. anyway..sila SMS tau jgn lupa. kali ni leh sms ke 33990 (SK nyer akaun lak) rezki kita kongsi bersama sk..ahaksss..

Kudeng said...

Assalamualaikum

Ana rasa ana lah orang pertama yang tau, considering the fact that i received the sms from him asking for my house address, and announcement from Kida that only 2 persons know about it.

Sila call 1-600-KUDENG untuk mengetahui jawapang. Setiap panggilan dikenakan caj premium RM3.50 seminit. Kanak2 bawah 18 tahun, sila dapatkang kebenarang ibubapa. Sebarang bantahang tidak akang dilayang.

Terimakasih

LaN KidA said...

Pooh..ramai sunggoh nok buak duit ni..kawe dapat 10 pereseng pung takpo la...lepas la nok buat duit minyok nok gi nanti.