Monday, September 24, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN : pOsA di miChiGaN







Sebenarnya e-mail dan gambar-gambar dari Amir dan Fezah di Michigan ni, saya terima pada hari Jumaat lepas. Namun kerana sibuk hendak balik kampung pada malam Jumaat tu dan line internet tiada pula kat rumah abah saya di Kg Paya Pulai tu ( sebab tiang telefon pun takde kat kampung tu), maka tak dapatlah saya nak buat posting sehinggalah malam ini baru berkesempatan untuk edit dan siarkan di dalam blog. Sorry Mir sebab posting lambat sikit. Apa-apapun terima kasih sesangat kerana hantar juga berita dari Michigan untuk tatapan kawan-kawan BUDIMAN di sini. Harap-harap Pyan dan Fadil serta Mizi boleh hantar berita macam ni juga dari destinasi masing-masing. Inilah sedikit cerita dari Amir dan Fezah di Michigan :

Assalamualaikum,

Hari Ahad lepas, Sept 16, kami ada buat majlis berbuka puasa di rumah kami. Kami jemput students kat sini sambil meraikan freshies & students baru yg lain (the grads). Sibuk sangat hari tu, tetamu ramai yg datang sampai lupa nak ambil gambar. Ini aje antara gambar2 yg sempat diambil masa hari buka puasa tu.

Hari tu, masa kami buat buka puasa kat rumah kami tu, Fezah buat 8 jenis kuih:- kuih buah melaka, puding lapis kaca (resipi dari chef Jun ), tepung bungkus, serimuka, talam ubi kayu, popia goreng & sos, cucur badak, sardin rolls plus murtabak with air bawang merah. Kami juga sediakan nasi putih, sambal belacan, sambal tumis udang, sayur goreng campur, kari daging & bbq chicken. Students yg lain ada juga bawak kuih lain sebagai buah tangan. Ada yg bawa bubur som-som, bubur pulut hitam (minah salleh/American yg buat, dia kawin Melayu), cupcakes, kek batik, karipap & sup harira from Morocco ( mat Morocco mix American yg masak).

So banyaklah jugak kuih-muih yg ada. Semua tetamu cakap dah macam bazaar Ramadhan pulak nampak atas meja tu. Sebab boleh tahan banyak jugak kuih-muih yg ada hari tu. Semua terkam kuih, tak nak makan nasi. Kami buat dlm 50 keping murtabak, dgn dibantu oleh adik2 student yg datang awal. Habis semua dok terkam murtabak tu. Dia orang makan dgn kari daging. Makan murtabak panas2 dari dapur dgn bbq chicken yg baru masak. Semua kata kenyang lepas makan murtabak & kuih muih tu. Dah tak boleh makan nasi dah. Boleh tahan meriah jugaklah rumah kami hari tu. Macam ni lah kami berpuasa tiap2 tahun.

First day puasa tu, Fezah buat kuih ketayap, goreng pisang & puding. Ada sorang member datang join kami on first day puasa tu. Amir beli baklava & sedikit manisan dari kedai Arab juga.

Mula-mula Fezah ingat nak buat cendul sikit utk sesapa yg teringin nak makan cendul. Tapi memandangkan masa pun byk dah spend buat kuih, tak sempat nak buat cendul plus kat sini dah start sejuk, dah nak masuk Fall season. So bila time buka semua nak minum air panas, so tak jadi buat cendul. Fezah buat air teh panas. Fezah masak air panas dgn 2 cerek non-stop dari mula sampai tetamu balik. So air teh panas tu sentiasa ada. Kami ada sediakan juga air mineral & sodas (air gas) utk sesapa yg nak. Amir & sorang lagi member bakar ayam bbq.

Lepas buka, kami gilir2 ambil wuduk utk solat maghrib. Lepas tu sambung makan lagi. Dlm pukul 9pm, kami pergi terawikh kat masjid dekat rumah. Masjid tu adalah dlm 5 minit je kalau naik kereta. Lepas balik masjid, sambung mingle dgn our guests.

Disebabkan esok hari Isnin, ada class & ada yg kerja, so tetamu kami balik awal sikit. Dlm pukul 12 tengah malam tu, semua dah balik. Selalunya kalau buat makan hari Sabtu, dia orang bolehlah lepak lama sikit except time byk assignments or exam week.

One day before kami buat buka puasa tu, kami pergi berbuka puasa kat rumah kawan, Melayu S'porean. Dia kahwin dgn Bosnian. Bukan bunian or bohsia tau. Dia ni masih dalam honeymoon lagi. Balik S'pore summer lepas utk majlis kahwin. Dia minta kami datang awal sikit tolong dia masak, dia dah berbadan dua. Masih puasa, tapi tak larat sgt nak buat kerja. So dia minta tolong Fezah masak sikit2. Dia teringin nak makan pengat keledek hari tu. Kawan lain ada bawa sweet buns, dlm tu ada raisins & dates. Hidangan berbuka hari tu adalah banana muffin/chocolate, pengat keledek, nasi putih, dalca, ayam masak merah & chocolate chips & tembikai. Air - air teh & sodas. Kami buka kejap, pergi masjid utk tarawikh , then datang balik utk makan/borak2. Kat rumah S'porean ni masak kena campur western food sikitlah sebab kawin campur. Tak boleh masak pedas-pedas or bau yg kuat sangat. Orang kat sini tak biasa.

Serba sedikit pasal sambutan Ramadhan di Metro Detroit/Dearborn area tahun ni:

Sahur habis: 5.45 am
Buka puasa: 7.35 pm (makin hari makin cepat)

Sekarang ni siang masih panjang kalau compare dengan tahun2 lepas. Selalunya kami berpuasa dalam musim sejuk, so puasa pun tak lama. Tahun2 yg lepas pukul 5.00 pm dah buka. Sahur pulak habis lambat, sebab 8 pagi masih gelap lagi (ni time winter). Pergi tarawikh pun kena pakai winter jacket. Waktu siang pendek aja, Malam panjang. tapi tahun ni agak berlainan dari tahun2 sebelum...cuaca masih panas lagi maklumlah summer baru aja habis..hari siang pun masih panjang dalam 13-14 jam....

Di sini especially area Dearborn (muslim population dalam 30,000 Arab American, the second largest, and the densest Arab population of any community outside the Middle East.) Waktu berbuka pun meriah macam kat malaysia..cuma tak ada kedai kat tepi jalan..semua makan dijual di dalam kedai ..kedai makanan & restaurant pun banyak buka dari malam sampai 4-5 pagi untuk bersahur...meriah juga macam kat malaysia.

Yang paling obvious kat sini masjid penuh time terawikh. Satu malam, imam baca satu surah. By the end of Ramadhan, dah khatam Quran. Iman solah tarawikh selalunya hafiz. Tarawikh dia tak macam kita cepat2..kat sini solat tarawakh dia lambat2. Buat lapan rakaat pun ambik masa lebih sejam. Solat isyak start jam 9:15 lepas tu sambung tarawikh habis pukul 10:30 pm.. Tak ada takbir atau baca doa setiap selepas 4 rakaat macam kita. Semua straight forward aja. Macam2 bangsa & mazhab ada. Itulah serba sedikit pasal ramadhan kat sini.

Lagi 2 minggu, ada majlis buka puasa dgn pegawai MSD (M'sian Student Dept.) yg datang dari Chicago. Tiap2 tahun macam ni. Kami, students berbuka puasa dgn pegawai MSD. Solat terawikh sekali. MSD officers ni dia pergi setiap univ. dlm jagaan dia. Contoh: MSD Washington pergi melawat univ. yg dlm area Washington. Normally, yg masak Fezahlah.Fezah dok sini kena brush up skill memasak. Dulu tak biasa masuk dapur. Family kat M'sia pun macam tak caya je bila Fezah cakap Fezah masak kat sini, siap jamu kawan2 makan.

Minggu ni hari Sabtu, ada jemputan berbuka kat rumah kawan, orang Sarawak. Amir suruh Fezah buat tepung pelita. Dah beli dah frozen banana leaves kat kedai Vietnam hari tu.

Ok lah kida, sorry lah kalau terpanjang ..edit lah mana patut... (Mir, aku tak edit apa, paste terus, biar nampak ori....hehehe)

Sekian dulu, wassalam,
Amir + Afezah
Detroit, Michigan

16 comments:

LaN KidA said...

Salam semua,
Tengok murtabak Amir buat tu, kalah murtabak kat Pasar Ramadhan di Malaysia ni...ada kelas la Mir dari segi rupa dia...

Kuih atas meja tu yang gua terkam dulu rasanya cucur badak tu...nampak ori beb... senang jugak nak dapat bahan2 kat sana ye Mir?

Masa sahur dengan berbuka takde beza sangatlah kat Mesia (duration of puasa). Ingat untung sikit,imsak lambat ke dan buka cepat. Terawikh pun at 9pm, macam kat Mesia jugak le ye Mir.

Ada moreh tak masjid kat sana Mir? And ada tak dia orang buat majlis buka puasa ke? Aktiviti amal ke sepanjang puasa ni?

Tempat macam Amir ada ramai orang Mesia maybe taklah lonely sangat time puasa ni. Maybe ada juga kot yang tak ramai orang Mesia dan kena plak bujang, nangis jugak time buka ni...kena mineral dengan burger King jer..syahdu beb.

Apa-apapun to AMir n Fezah and all the student kat Michigan yang access blog ni, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Terimaksih sekali lagi kerana sumbangan berita ni.

LaN KidA said...

Lupa Mir,
Sambal atas meja tu aku nampak macam sambal petai je... mana dapat petai kat Michigan?

Amir-Isa said...

Kida;
kat sini orang tak buat moreh macam kita.. lepas terawikh balek terus & sau lagi, orang tak solat pakai kain macam kita.

Aktiviti hangat bulan Ramadhan ni masjid banyak buat kutip derma (fund rising) maklumlah kat sini masjid operate based on donation dari community/masyarakat setempat. Masa ni banyaklah yang menderma terutama golongan yang kaya & professionals. Donation amount kadang2 sampai cecah puluh2 ribu satu malam. Masa ni kalau masjid nak bayar utility bills atau nak buat expansion project untuk sekolah ke whatsoever dorang pakai lah duit donation ni.

hehehe..memang sambal udang petai ...ada jual kat kedai vietnam, since jarang/payah jumpa petai sekali beli borong banyak2 sekali. Dapatlah melayu/member2 yang lain share merasa makan petai di michigan ni..

aku tunggu cerita pyan/fadil/mizi pulak lepa ni...

ummi said...

Salam Amir & Fezah,
Wahh..meriah jugak berbuka n bersahur di rantau orang ya..!! Byk juga faedahnya bila dalam keadaan2 camni, Fezah dan Amir dah jadi Pakar masak. Tahniah! Salute le kat Fezah (*Amir pun..) sampai leh wat 8 jenis kuih-muih sehari, tu belum masuk lauk-pauk ek. Yalah, biarpun penat, seronok dan banyak pahalanya menjamu orang berbuka ni kan..Nanti balik Mesia, mesti terkenang memories cam ni kan..Fezah jangan terhenti lak "bersilat/berperang kat dapur" bila balik Mesia ek..

P/s - Ada officemate ummi dulu duk oversea terror masak, siap tebar roti canai n wat kuih segala, tapi dah balik Mesia, xnak dah buat sume tu, siap beli je kat Pasar Ramadhan..tambah2 ada Maid kat rmh..terhenti terus sampai skrg..dpur pun jarang masuk..hehe..

SK said...

fezah,

kalau anim lah yg wat 8 jenis kuih tambah dgn msk nasi mau 2 3 hari tak bangun wakakaka... sbb wat satu jenis pun dah berejam dok kat dapur... kwang3x

junjs1102 said...

banyaknyer makanan...meriah dr sini lagi tu...
fezah, balik sini..buka restoren ek..!

bilal@azmi said...

Salam..
Giliran rakan-rakan luar negara yang lain berkongsi cerita..
Fadil or fadil.. Cambodia lu buka puasa dan sahur macam mana.. share la.. kot-kot nak kita orang kirim roti jala ke.. lompat tikam. ke murtabak pekan ke..

fezah said...

Assalamualaikum,

Murtabak tu senang aje buat.Anim pun boleh buat sendiri. Tebar atas dulang, jgn sampai koyak. Dulu kami pergi Ottawa, ada orang Indon ajar buat roti canai, dia pernah kerja dgn mamak roti canai kat M'sia. (Restaurant Cahaya Malaysia kat Ottawa, Canada).

Duduk sini nak makan apa2 kenalah buat sendiri. Tak ada kedai/bazaar Ramadhan. Alhamdulillah zaman sekarang ni ada internet, senang sikit. Google aje resepi apa nak, insyaallah jumpa.

Nasib baik kat sini orang melayu tak sikit sgt, okaylah bilangannya. So kalau raya/puasa ni meriahlah juga. Kena tempat yg tak ada melayu tu kesian jugalah.

Mungkin kalau balik M'sia Fezah tak rajin sgt kot nak masak2 ni. Entahlah...kalau tak masak karang anak fezah tak kenal pulak makanan M'sia. Haru tu.

Fezah cuba masak bila ada masa. Maklum class tak tentu. Ada petang, ada malam. Masak bila sempat.

Fezah tunggu posting dari Pyan. Mana Pyan ni......

Fyi, isteri Fadhil, Azah pandai masak. Kami pergi rumah Fadhil kat New York, makan sedap2. Yummy.....

Kalau nak pergi Cambodia, jgn lupa singgah rumah Fadhil,jgn datang sekaranglah. Datang bila wife dia dah ada nanti. Dapat makan sedap2!!

Anonymous said...

Anak sapa la yg tudung merah tu...

Anonymous said...

Yoo, betui laa ...anak sapa tudung merah tu??? Berkenan betoi koi .... ahakksss

Anonymous said...

PUDING RAJA RECIPE

Well, for the chefs out there, here’s a typical recipe for that special Pahang Malay traditional dish known as Puding Raja: -

INGREDIENTS

5 – 10 pieces of (not too ripe) bananas (pisang lemak manis preferable) (**P.S.–- number of pieces according to degree of hunger pangs and longing!)
5 or more pieces of prunes
5 or more pieces of red cherries


SAUCE (Gravy) INGREDIENTS

1 liter of milk
2 tablespoons of condensed milk
1 teaspoon cornflour
1 egg (beaten softly)
125 ml water

COOKING METHOD

1. Fry the bananas in cooking oil (just a short while in low heat) until they turn a little dark yellowish (not fried). Then take them out and put aside on a plate. If available, spread the "jala mas" on top of the bananas.

2. The sauce or gravy ingredients are blended and mixed together and then boiled in a pot. Stir them well while cooking until the sauce becomes a little thick.

SERVING

1. Let the sauce or gravy cool before pouring them on the bananas and other fruits. Ready to serve.

2. Eat as much as you like and add some more!!!

lan kida said...

Salam,
Ni sapa plak anonymous 3 ekor ni... yang 2 ekor berkenan kat tudung merah plak...hai berkenan nak buat menantu ke nak pakai sendiri?

Yang anonymous resepi puding raja ni macam kenal jugak...cam biasa jer...ahaks dia tu pun semacam jer...

Hai, gambar2 makanan Amir dgn Fezah ni petang2 baru boleh tengok...gecor semacam beb.

walid said...

salam ...meriah amir n fezah kat sana yek....
nayway kida.puding raja nya resipi tu sapa antor???

Mat Dwan said...

Salam dan Selamat Berbuka Puasa buat Amir dan Fezah sekeluarga dan juga kepada mana2 rakan BUDIMAN yang tidak berkesempetan berpuasa dan berhari raya diMEsia... tabahkan hati dan kuatkan iman serta tingkatkan amalan harian di bulan Ramadhan.

Wassalam

kitang said...

Salam...Selamat menjalani ibadat puasa buat rodong2 di perantuan...

Mizi said...

Amir,

hmmm....aku berkenaan bebenor kat murtabak tu, tebal, tentu byk daging. Ustaz aku masa kat Itali dulu cakap kalau tak larat puasa dalam musim summer, boleh la berbuka. Nanti ganti puasa tu bila musim winter.

Puasa di Songkhla lebih kurang sama mcm di Kelantan, banyak jual kuih-kuih manis. Raya thn ni giliran aku balik Mesia, naik kereta je.

Selamat Berpuasa.