Tuesday, September 25, 2007

kiSah raMadhAN


Kisah seorang guru ini saya petik dari sebuah blogsite PASTI. Kisah yang cukup mengharukan ini berkenaan pengorbanan seorang guru tadika di sebuah tempat di Kelantan. Cukup menghibakan dan menitiskan airmata dan semoga menjadi iktibar bagi kita semua dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

DIARI GURU PASTI - Sebuah kisah benar

PRAKATA
TIDAK pernah terlintas dalam benaknya untuk menjadi seorang guru. Lebih-lebih lagi guru kepada kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun. PASTI ini ditubuhkannya dengan bantuan arwah suami tercinta. Tekanan dari segenap ceruk, baik dari kerajaan dan masyarakat dihadapinya dengan tabah. Benar juga kata nabi "Islam di akhir zaman akan ditekan oleh orang islam sendiri". Walaubagaimanapun, diatas kesedaran perlunya pendidikan agama disemai sejak kecil lagi, maka dikuatkan juga semangatnya. Pelbagai kesukaran, kepayahan dan keperitan menjadi teman setia sepanjang kariernya. Gaji yang rendah, prasarana yang kurang, kebajikan yang sederhana dan kadang-kadang terpaksa mengurus sendiri perjalanan & pentadbiran PASTI tanpa perhatian dari AJK yang dilantik. Cukup memeritkan. Mengurus, dan dalam masa yang sama mentarbiah 30 orang murid-murid berseorangan bukanlah perkara yang senang.

DIARI GURU PASTI(SUATU KETIKA DI BULAN SEPT. 1998)

06.00 am
Solat subuh dan kejutkan anak-anak.

07.00 am
Tiba disekolah. Mengemas, menyapu, membasuh pinggan, memasak. Semak yuran pelajar. Ramai tak bayar. Nampaknya sikit laa elaun bulan ini. Elaun bulan lepas cuma RM 150 saja..Dengan duit itulah anak-anak dibesarkan...Tapi Allah dah janjikan rezeki utk hambanya yang berjuang di jalan agama.Api dan air sekolah pulak....dah 02 bulan x bayar....Nak bayar hutang PASTI di kedai Mak Cik Limah macamana???Minta tolong dgn AJK??Sejak sebulan dua ni...batang hidung pun tak nampak.

08.00 am
Kelas bermula. Agak tak selesa. Semalam ribut & hujan lebat. Bocor sana bocor sini.Kat dinding belakang pulak penuh dengan anai-anai. Bila laa boleh baiki. Pagi ni Bahasa Melayu, selepas itu Bahasa Inggeris. Sedang asyik mengajar..Aiman terbuang air besar dalam kelas. Kecoh satu kelas. Terpaksa laa kelas 'break' seketika. Selesai kes Aiman, Aishah pula meraung-meraung macam kena histeria : dicubit oleh rakannya. Aduhhh...teruk betul.

10.00 am
Minum pagi. Makan biskut tawar dengan air kopi teh. Berselera betul budak-budak tu...Tiba-tiba kecoh lagi. Aishah membalas dendam terhadap rakannya tadi. Dicurahkannya air tea suam keatas kepala rakannya tadi. Riuh rendah jadinya. Sabarrrr jee laaa.

10.30 am
Dua orang lelaki datang melawat. Mengaku sebagai polis. Minta henti dan tutup sekolah ini. Tanya itu dan ini... Siap bagi amaran lagi. Awalnya gabra jugakk. Tapi, salah ke mengajar agama untuk budak-budak? Entah laa... dunia akhir zaman...yang mengajar agama di tekan, yang buat maksiat di lepaskan.

11.00 am
Subjek Matematik dan Al Quran. Semua subjek kena pandai. Maklum lah...guru contoh la katakan. :)

12.00 pm
Kelas Qiraati, jadi ustazah pulak. Ibu Fatimah datang awal...bagi komen pedas dan panas. Kenapa anaknya masih tak pandai membaca, walhal sudah berumur 06 tahun." Kalau tak pandai...tak payah mengajar" Terpaksa laa jawab dengan berhemah. Memang aku tak pandai...sekolah pun lulus STPM je..Aduhh...nanar juga seketika.

12.30 pm
Kelas berakhir. Bergegas ambil anak di sekolah yang berhampiran.

02.00 pm
Kelas Fardhu Ain di PASTI. Sekali fikir penat juga.

03.30 pm
Petik lobak & kacang di belakang rumah. Pergi menjaja keliling kampung. Dari rumah ke rumah. Malu tak payah cerita. Tapi demi sesuap rezeki.....diteruskan jua. Arwah suami pernah berpesan. "Janganlah berputus asa untuk hidup walaupun terpaksa menjual selipar buruk. Berjuang lah demi agama dan anak-anak kerana mereka merupakan harta kita". Air mata ini tanpa diminta menitis lagi.. Membasahi pipi kesekian kali.

05.00 pm
Jualan tak habis hari ini. Sedekahkan kepada jiran. Basikal pancit, terpaksa berjalan kaki dekat 3 kilometer ke rumah. Penatnya..hanya tuhan yang tahu. Jiran-jiran setiap hari dok kata. "Dah laa mengajar nyerr...tak kaya pun kamu dengan kerja tu" Betul juga...kalau ikutkan hati...dah lama berhenti. Tapi...diri ini telah ditarbiah. Kerja ini akan diteruskan hingga ke akhir hayat ini. Kerana pahala seorang guru akan berterusan selamanya. Lebih hebat dari saham Pak Man Telo. :)

05.30 pm
Malam ini ada pasar minggu berhampiran rumah. Kena jual kuih pula.. Tak buat sendiri, cuma berkerja dengan makcik sebelah rumah. Dia bayar RM 15.00. Syukur, boleh buat belanja dapur dan anak-anak.

09.00 pm
Ada mesyuarat cawangan kat Surau. Hari sabtu ni...diorang nak jemput penceramah datang sini. Ceramah perdana. Pilihanraya pun dah dekat.

10.30 pm
Baru sampai rumah. Nasib baik anak-anak pandai urus diri. Semua dah lena. Ringan sikit tulang. Baru nak lelapkan mata... Kak Besah datang 'menyerang' lagi..Kononnya cuba 'tackle' suami dia..walhal suaminya pun tak aku kenali. Baru-baru ini dia buat hal depan orang ramai...kat kedai kopi. Tuduh aku itu dan ini...Ya Allah...Kuatkan hati hamba Mu ini.

p/s : Diari diatas adalah merupakan kisah benar seorang guru PASTI dan ianya telah diolah dengan sebaiknya. Cerita, nama & watak telah ditukar bagi menjaga sensitiviti individu tertentu. Guru berkenaan telah pun kembali ke rahmatullah baru-baru ini. PASTI nya kini di tadbir oleh 2 orang guru baru yang mengambil alih tugas mentarbiah 50 orang pelajar. Semoga kisahnya, menjadi iktibar buat semua..

6 comments:

LaN KidA said...

Ini pula sebuah cerita dari seorang anak kecil yang belajar di PASTI :-

Diri ini seperti insan lain, sempurna pada mata kasar, namun pergolakan batin di simpan kemas dalam sanubari. Lahir dalam keluarga yang miskin, tanpa sebarang kemewahan duniawi. Ayah dan ibu masing-masing mencari cinta yang lain, sedang diri ini terkontang-kanting sejak bayi. Di manakah kasih sayang yang sering di agungkan. Pada siapa harus di adukan, pada ibu yang pergi? Pada ayah yang menyepi?.

Harapkan secebis sinar, menumpang kasih nenek tua yang miskin, rabun, lumpuh tetapi kaya dengan budi. Makan dan minum hanyalah pada jiran yang simpati. Pada mereka, diri ini mengenal asas agama di PASTI. Di sini, ada kasih sayang yang tak tenilai, ada cinta yang tak pernah dirasakan. Di sini, ada bahagia bersama teman-teman yang sukar dicari!.

Ramadhan ini, air mata membasahi pipi lagi, saat melihat teman riang berbuka bersama keluarga. Syawal nanti...kembali lah ayah & ibu, bahagia itu ku tunggu !!!

SEBUAH CERITA DUKA

Tiada siapa yang tahu, esak dan tangis hati,
Meratapi nasib diri, hibanya hingga ke saat ini,

Tiada siapa yang memahami, berkecai seluruh harapan,
Tiada siapa yang mengerti, luka pada jiwa kian parah,
Sehingga tiada penawar & ubat-ubatan,
bisa menyembuhkan hati yang berdarah,

Tiada siapa pernah menyedari, kosongnya diri,
Menanggung derita, menahan kecewa,

Tiada siapa pernah peduli, kesengsaraan meratap duka,
Tiada siapa ambil kesah, ranapnya semangat diri,
Meruntun hidup tersisa, sehingga tidak bisa walau untuk meminta,
Tiada siapa penah menyelami, kudrat kian lesu,

Tidak tertanggung dugaan ini, merentap seluruh erti kehidupan,
Tiada siapa penah menduga, diri ini tiada ruang untuk bahagia,
Yang ada hanya seluruh kisah duka, sehingga hujung nyawa.

p/s : Kisah benar, derita seorang pelajar PASTI. Nama, biodata terpaksa di rahsiakan dan ada dalam simpanan penulis. Pada mereka yang ingin membantu, di alu-alukan. Salam Ramadhan

Bilal@azmi said...

Salam..
kalau nak bantu bagaimana caranya..

ummi said...

Emmm...hati rasa runtun bila membaca...kagum dengan ketabahan melalui dugaan hebat demi mentarbiyahkan anak-anak kecil ini untuk menjadi seorang Islam yang benar-benar dirahmati.. Memang x ramai boleh didapati seorang insan mulia seperti ini sekarang kan..

p/s - Memang kena selalu memandang ke bawah bila membandingkan kesusahan diri..

* Sebaik-baik bulan untuk bersedekah adalah di bulan Ramadhan, dan sebaik2 sedekah adalah berzakat kerana hasil zakat itulah akan diagihkan kepada orang2 susah, anak2 yatim, ibu tunggal, golongan tua dsbnya (*..sekadar memetik penghayatan tazkirah semalam.. :D)

Anonymous said...

Aa Lan...gimana caranya kalu ingin dibantuin..??

Kitang said...

Salam...bergenang airmata dikelopak tika baca artikel ni...Bersyukur dengan apa yang kita ada...Hulurkan bantuan/ihsan/kasih sayang pada insan yang amat memerlukan...

Kudeng said...

Assalamualaikum

Anak ana yang no. 5 tu sekarang ni bersekolah di Tadika PASTI An Nur, Sri Kundang. Tadika tersebut adalah dibawah kelolaan PAS Cawangan Kundang. Alhamdulillah, ana ada hubungan yang baik dengan pengetua PASTI merangkap Ketua Cawangan Pas merangkap Imam 2 Masjid Kundang.

Memanglah keadaan tadika agak daif jika dibandingkan dengan tadika2 lain. Bangunan lama dan kemudahan uzur. Tapi insyallah, biasanya tempat yang mujahadah seperti ini lah akan dapat memupuk peribadi rohaniah yang tinggi.

Anyway, sebarang bantuan memang dialu2 kan. Bantuan boleh dihulur kan terus kepada Ustaz Hishamuddin, Pengetua PASTI An Nur. Insyallah ana boleh tolong uruskan.

Jazakallah khair.

Khaddam Fiddin