Thursday, September 06, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Petang semalam saya terima panggilan dari Fadil diB yang memberitahu bahawa hari ini 6hb September, beliau akan meninggalkan Malaysia untuk memulakan tugas di Pnom Penh, Cambodia. Penerbangan beliau ialah pada jam 1100 pagi dan beliau terpaksa pergi berseorangan dahulu. Isteri dan anak-anaknya terpaksa di tinggalkan kerana isterinya masih belum mendapat kelulusan untuk bercuti tanpa gaji. Fadil menyatakan mungkin selepas Aidilfitri nanti beliau akan kembali ke Malaysia untuk membawa keluarganya berpindah kesana nanti. Saya mengucapkan selamat menempuh penghidupan baru kepada Fadil di Pnom Penh. Beliau berjanji kepada saya untuk menghantar berita sebaik beliau dan keluarga telah settle down di sana nanti.

Petang semalam sewaktu bermain golf di Rawang, saya telah terserempak dengan Rashidi diB atau lebih dikenali sebagai Mat Taib. Beliau turut bermain golf bersama-sama kawan-kawannya. Mat Taib kini bertugas di Kemaman dan menetap di Kuantan. Kata Mat Taib beliau akan berada di KL sehingga Sabtu ini untuk Gathering teman-teman beliau semasa bekerja di Sarawak dahulu. Mat Taib kata memang setiap tahun mereka akan mengambil cuti lebih kurang seminggu untuk tujuan gathering ini dengan pelbagai acara yang mereka adakan. Wah! meriah betul Mat Taib n The Geng, sampai seminggu gathering di KL ni.

No comments: