Tuesday, September 04, 2007

beRbUkA pUaSA buDiMaN


Cuma tinggal lebih kurang 9 hari saja lagi dan kita semua akan menyambut Ramadhan kembali. Kita juga cuma tinggal 24 hari untuk menyambut genap setahun penubuhan BUDIMAN dan kembali bersatunya kita semua bekas pelajar-pelajar UitM Cawangan Kuantan, Pahang menerusi blog ini. Pelbagai aktiviti yang telah kita muafakat dan laksanakan sekembalinya penyatuan kita ini. Kita telah mengadakan pregathering, Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor(eM2bJ) , Kutipan Tabung Membantu Pelajar ke Sekolah Asrama Penuh dan akhir sekali mengadakan Ekspedisi Meraikan Anak Yatim(eMay). Dengan aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memberi peluang kepada kita untuk membuat sedikit amal kebajikan tetapi ianya juga telah berjaya merapatkan tali silatulrahim antara kita dan keluarga kita di sini.

Untuk itu saya ingin menganjurkan satu lagi majlis amal kebajikan BUDIMAN iaitu Berbuka Puasa BUDIMAN (BpB). Ianya boleh di lakukan samada dengan mengadakan majlis berbuka puasa BUDIMAN bersama-sama anak-anak yatim atau dengan orang-orang tua atau dengan mengadakan majlis berbuka puasa di surau atau masjid yang terletak di suatu kawasan pendalaman. Untuk itu saya ingin meminta pertolongan kawan-kawan semua mencadangkan tempat-tempat yang sesuai bagi kita mengadakan majlis tersebut. Tidak kiralah kalau ada rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua atau surau dan masjid yang kengkawan rasakan bersesuaian. Cuma tempatnya biarlah tidak terlalu jauh. Pada pandangan saya tempat yang paling bersesuaian ialah sekitar Negeri Pahang kerana memudahkan bagi BUDIMAN yang berada di Kuantan, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat untuk pergi.

Kalau kita adakan di rumah anak yatim atau rumah orang tua, mungkin kita terpaksa cateringkan makanan. Kalau kita adakan di surau atau masjid di kawasan pendalaman, mungkin kita boleh bagi peruntukan kepada AJK Masjid atau Surau untuk mereka menguruskan gotong royong bagi mengadakan majlis berbuka puasa tersebut. Selain itu kita juga boleh memberikan sedikit sumbangan kepada orang-orang miskin/ibu-ibu tunggal dan sebagainya yang berada di kampung tersebut.

Oleh itu di harapkan kengkawan semua dapat memberikan cadangan, tempat, tarikh yang sesuai dan sebagainya semoga apa yang kita rancangkan ini insyaallah beroleh kejayaan.

2 comments:

pyan said...

idea yg sgt baik

SaYanG kidA said...

fuyoo tgk gambor lily diri tegak sambil cekak pinggang tu takutnya :p