Thursday, August 30, 2007

CeRitA daRi SK!

Salam semua... di sebabkan tak de new n3 kat blog budiman ni, SK nak letak n3 yang tak de kena mengena dengan aktiviti budiman tapi ada kena mengena dgn minat SK hehehehe...

Lately ni Kida teramatlah busynye sampai nak tengok blog pun tak sempat. Jadi dari terbiar aje 2, 3 hari tak de n3 SK nak beritahu pada yang singgah atau skodeng blog ni tentang novel melayu terbaru akan berada di pasaran.

Novel Keluaran Jemari Seni - Zahrah de Tigris oleh Khairyn Othman

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan penterjemah, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat

Untuk maklumat lanjut sila layari http://jemariseni.com/

-------------------------------------------------
Novel keluaran Kaki Novel - Airmata Cinta oleh Rabiatul Adawiyah

Kaki Novel akan mengadakan majlis pelancaran novel terbaru KN yang bertajuk "Air Mata Cinta" karya Rabiatul Adawiyah pada 9hb September 2007 bertempat di Restoran Burger King, Avenue K,Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis bermula jam 10 pagi. Pada sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut, sila hubungi Rizal (012-2345337) atau Syah (012-2444577) dan komfim kehadiran anda sebelum 5hb September nanti. Selain pelancaran novel AMC, acara sampingan yang bakal diadakan ialah cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.kakinovel.com/

No comments: