Tuesday, August 21, 2007

beSdAy RoZaiN



Semalam 20hb Ogos 2007 ialah Hari Ulangtahun yang ke 40 Wan Rozain atau Niazor atau Awas. Beliau kini berada di Putrajaya menghadiri mesyuarat sambil membawa family makan angin kat KL sehingga 21hb atau hari ini. (Artikel pasal besday Rozain ni ada kat blog Rozain-Dairi Kehidupan) Sememangnya Rozain ni seorang teman yang istimewa yang sentiasa boleh bergaul dengan sesiapa saja, suka menolong teman dan sedia mendengar apa saja yang diluahkan oleh teman-teman kepadanya. Beliau juga kuat bekerja, berusaha dan berniaga. Sebelah ni gambar Rozain semasa berumur 39 tahun dan gambar dengan Azlina Kamaludin tu semasa Rozain berumur 19 tahun. Perbezaan 20 tahun. Kepada Rozain saya ucapkan, selamat harijadi Rozain, semoga sihat sejahtera hingga ke akhir hayat.

6 comments:

walid said...

salam.
Rozain...selamat hari kelahiran smeuga diberkati NYA sentiasa dan murah rezki panjang umur hingga ke akhir hayat.

p/s mana kek n kain hadiah harijadi nie?

ummi said...

Salam Rozain...Happy belated birthday...hehe...baruuuu 40...em muda lagi tu...baru2 belajar kata orang..keh keh...
Anyway, semoga murah rezeki, dipanjangkan umur dan berbahgia selalu di samping keluarga tersayang....

SaYanG kidA said...

salam rozain... Hepi belated besday! moga di murah kan rezeki, di panjangkan usia dan hidup diberkati allah swt... ameeennnn


rozain, bila nak belanja ice cream kek kat SK? dah ada kat KL ni.. calling2 lah...

Jun :) said...

Hepi besday from LK sekuarge...muga bahagia selalu.

shema said...

Cakkkk Rozain, hehehe 40 dah ko ekk? Selamat hari lahir.. pegi aa amik gambo ngan kak ina lagi & post.. after 20 yrs hehehe..

niazor said...

Kepada kekawan semua, terima kasih diucapkan atas ingatan dan ucapan yang diberikan. Doa saya juga buat semua moga kita semua akan lebih tabah dengan cabaran dan dugaan dihari-hari mendatang kerana semakin meningkat usia kita maka semakin banyak yang perlu kita fikirkan dan lalui..

Kepada Walid, Shema, Jun, Kida, SK n Ummi, sori le..tak sempat calling2, coz banyak perkara perlu dilakukan..

Dah bersama-sama keluarga disini, banyak tempat yang hendak dilawati..anak2 asyik menjerit2 KLCC aje bila sampai KL tempohari, banyak tempat lagi yang perlu dibawa bagi meransang minda mereka..so program dgn kekawan kali ini agak terbatas.

Terima kasih dan maaf berbanyak le..