Friday, August 17, 2007

SK & ShEmA di SaTaY kaJanG

Tiga minggu yang lalu SK mendapat tahu teman blogger SK, Bunga dari Jakarta akan datang ke KL untuk bercuti. Jadi SK teringin sekali nak jumpa Bunga in person. Yelah sebelum ni “berborak” di alam maya aje, jadi naklah jugak kenal orangnya.

Kebetulan pulak Bunga tu adalah teman Shema. Terasa kecik sungguh dunia ni sebab sebelum-sebelum ini SK bertegur sapa Bunga di dalam blog tak tau pun dia tu kawan Shema…

Di sebabkan Bunga dah pun buat reservation untuk stay kat “Hotel Shema” jadi senanglah sikit nak buat arrangement. Petang kelmarin Shema called dan confirmed untuk berjumpa di Kajang. Kak Su dan Em pun akan join sekali.

Petang semalam balik dari ofis SK terus ke Kajang tempat yang dijanjikan. Kalau dah ke Kajang, makan sataylah. Tapi SK bukan makan satay Hj Samuri yang kat stadium tu, SK makan kat belakang Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Tak tau pulak kat belakang dewan MPKJ ada tempat makan satay jugak. Luas jugak tempatnya!

SK ambil gambar SK dan kawan-kawan aje tak ambil pun gambar satay hehehehe. Kalau tak boleh tunjuk kat sini biar sume terliur dan jealous ahaks! Lepas solat maghrib kat surau di situ barulah kami beransur balik. SK ingat nak lepak lama sikit (cam kida selalu ngeteh tu hehehehe) tapi kesian kat Bunga. Letih sebab dia pun sampai pukul 4 pagi tak dan nak berehat. Shema heret Bunga ke sana ke mari :p

6 comments:

Shema said...

Wahhh.. SK, pantas skali kamu posting diblognya yachhh.. terima kasih yachhh, belanja makan sataynya.. enakk skali.. hehehe

oppss.. eh eh.. aku kat msia rupanya? laaa

Bunga said...

ya masih tak percaya.. pastinya bunga senang sangat bisa jumpa & 'BERBORAK' *taulah skrg itu ertinya krn ada kak Shema disamping bunga :-D*

moga kelak bisa jumpa lg kelak..
salam sayang selalu

SaYanG kidA said...

amboi shema... sempat lagi masuk tu.. sampai umah pukul berapa semalam? ke bawak bunga ronda2 KL :)

Bunga,
yelah anim senang sekali jumpa Bunga...ya harapnya begitu moga kita ketemu lagi insyaallah. mmmhhh mungkin di Jakarta?

*goncang2 tabung* mmmhh lambat lagi la kot nak gi nih!

Anonymous said...

Tak aci tau Shema ni...tak ajak kita pun ...


TIM

Shema said...

Tim.. laaa sori laa, aku ingat ko dinner2 tak free.. asyik nak gi breakfast jer.. wiken ni aku ada.. jom aaa

SaYanG kidA said...

uwaaaa nak ikut Tim n shema gi bekfes jugak *tarik2 baju shema*