Tuesday, August 07, 2007

tAkDe idEa


Sudah berapa hari hari saya tak sempat nak jengok blog dan takde idea untuk mengarang artikel di dalam blog. Susah sikit untuk mengarang idea berkenaan blog ini kerana ianya lebih tertumpu kepada konsep bertemakan budak itm pahang. Artikel dan berita-berita yang berkonsepkan demikian sukar diperolehi seandainya saya tidak cari dengan menghubungi kawan-kawan itm dahulu untuk mendapatkan cerita dan berita daripada mereka. Tambahan pula dengan kesibukan kerja dan ini membataskan saya untuk memikirkan idea berkonsepkan demikian. Kalau setakat nak cut n paste artikel-artikel e-mail seperti cerita-cerita tauladan dan sebagainya saya rasakan kurang sesuai kerana lari dari konsep blog ini yang seharusnya membawa cerita dan berita berkaitan aktiviti kengkawan semasa itm dahulu. Hendak memikirkan untuk artikel Topik Ringan Tapi Berat pun nampaknya dah putus idea. Hendak sambung NBI (Nostalgia Budak ITM) pun cerita tu dah lama sangat saya tidak siarkan jadi susah nak refresh balik. Jadi sementara ini janganlah kengkawan terkejut atau risau jika blog ini tidak di update selalu seperti dahulu kerana saya tetap memantau blog ini cuma mungkin bila terputus idea atau tiada berita atau cerita disampaikan oleh kengkawan itm kepada saya, membuatkan blog ini tidak di update macam selalu. Insyaallah kalau ada sebarang berita berkaitan kengkawan yang disampaikan kepada saya akan saya siarkan disini.

Berkenaan acara Grand Gathering pun saya rasa kita tangguhkanlah dahulu kerana tiada sambutan setakat ini, mungkin di lain masa nanti kita bincangkan balik. Kalau tak dapat buat tahun ini mungkin kita boleh buat tahun depan atau pada masa yang bersesuaian nanti.

Saya ada bercadang dalam bulan Ramadhan nanti kalau ada rezeki dan sambutan kengkawan, mungkin kita boleh adakan acara kebajikan kita bersama-sama anak-anak yatim lagi dengan mengadakan majlis berbuka puasa, pemberian sedekah dan sebagainya. Insyaallah dalam bulan Ramadhan nanti akan saya anjurkan acara tersebut dan akan saya siarkan artikel tersebut di sini nanti. Maybe kita boleh buat sempena menyambut genapnya setahun umur blog ini pada 28hb September 2007 nanti yang bersamaan 16 Ramadhan 1428 yang jatuhnya pada hari Jumaat. Sementara ini kalau ada kengkawan yang boleh mengenalpasti rumah-rumah anak yatim yang bersesuaian untuk kita mengadakan acara tersebut amatlah dialu-alukan. Moga-moga ianya menjadi kenyataan.

Sessi teh tarik dan PotLuck kalau ada kengkawan nak umumkan di sini bolehlah hubungi saya melalui e-mail atau telefon dan menyatakan maklumat terperinci tentang acara yang ingin diadakan. Bolehlah saya siarkan disini.

11 comments:

pyan said...

sgt menarik idea ramadhan tuu -anak2 yatim.

lan kida said...

Insyaallah Pyan... kalau besar sambutan kita buat besar sikit..kalau kurang sambutan kita buat mana yang termampu nanti...

Kejap tadi Puis ada sms, Puis ni setiap Selasa sampai Jumaat ada di KL untuk urusan syarikatnya...Boleh dikatakan tiap-tiap minggu la Puis ada di KL

Antu sekelaurga pun ada datang KL pada Ahad yang lepas menziarah sepupu isterinya yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri. Antu pun kerap datang KL kerana urusan perniagaan secara usahasama dengan Hanif DIB dan Padil Sutok.

Yang lama dah tak datang KL dan tak kontek ialah Che Dat semenjak berpindah dari Komplek Sukan Melaka ke Pejabat Belia dan Sukan Melaka. Tidak Che Dat ni 2 minggu sekali ada je call ajak berentap golf kat Bukit Unggol atau Bangi Golf Resort.

walid said...

salam.
kita pantau. mayb acara bulan ramadhan di rumah anak-anak yatim akan mendapat sambutan BUDIMAN..insyaALLAH.

p/s puis bisnes apa kida?

Anonymous said...

Salam to all.. Sori yg teramat sgt di atas kekurangkunjungan saya to the blog.. My apology really.. Saya noted the entrusted joint responsibility for me to undergo the tasks of te grand gathering accomodation & I'Allah I will run the assignment when the time comes. As what Kida has recommended, the Berbuka Puasa gathering sambil beramal sounds very fine and very good. My family and I would love to be accounted in please.. Kawan2, saya teringin sgt2 nak mengeteh or bermilo tarik together2, cuma masa of late tak berapa megizinkan sesangat..Boss saya cukup suka buat meeting mlm2, lepas2 Maghrib.. Kelas saya di UIA on every Tuesday evening pun terpaksa saya drop. Buat 1 paper ajer this semester.. I'Allah saya akan terjah jugak acara mengeteh tu one fine day.. Jgn kecik hati dgn saya yerrr... Tengkiu laaaa...
Allahuakbarrrr....

LAN KENTEI yg selalu merasa bersalah dgn kengkawan... :-(

Kudeng said...

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi semalam ana jumpa Zailan Abu DIA. Sempat ngeteh ngan dia. Pastu dia bagi contact no. Hassang DCS. Hassang kerja ngan NST kat Bangsar tu skarang ni.

So kebetulan tengahari semalam ana ada meeting ngan Telekom kat Rebung, so sempatlah ana ngeteh lak ngan Hassang lepas tu. Dia duk kat Bandar Baru Bangi lening. Anok 3 orang, wife dia orang Nogori.

Hassang tu doh 20 tahun dok jumpa ngan ana, walaupung satu kampung. Tapi dok kebetulang.

Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal & maut di tangan Allah SWT.

Jazakallah khair kathirun.

lan kida said...

Salam semua,
Kudeng, mu jumpe Hassang DCS. Dia pung duduk Bangi..dekat dengang Hashim DCS jugoklah yang bukak kedai dobi kat Badar Baru Bangi tu.

Walid,
Puis tengah register company Tg Muda Pahang untuk dapatkan lesen Kelas A dan CIDB. Tg Muda pegang 51%, koi pegang 49% (hehehe..acah je la).... Puis jadi GM company tu. Setiap Selasa sampai Jumaat dia ada KL..kadang2 lajak jugak sampai Sabtu. Dia selalu duduk Micasa Hotel... Fasha Sanda pun selalu ada situ.

Bilal@Azmi said...

Salam Kida..
Grand gathering.. tak dan nak fikir lagi.. diam bukan beerti mengalah cuma kesibukkan menerjah membuat ana memberikan keutamaan pada apa yang sepatutnya. Dah 4 hari berada di kucing. esok balik kot.. tempoh hari sempat gak jumpa zailan abu..dia ziarah apamz n family katanya. Tentang projek amal ramadhan.. ana cadangkan kita buat 15hb. di rumah anak yatim Chemor. Kita bertolak dari KL lepas zohor, datang dan seraha n bantuan, selepas isya atau trawikh.. kita berangkat pulang ke KL. Ana caangkan juga.. kita sepecifickan bentuk bantuan dan sasaran amaount.. kalau main tanya-tanya. kekadangtu faham-faham je lah. Contohnya Lets fix setiap sumbangan RM200.00 dan mari kita sasarkan RM6,000.00 ( 30 orang) Kita war-warkan juga pada blog senior dan lain-lainblog yang sewktu dengannya. Kutipan tu kita bahagi kepada 3 bahagian i.e 2,000 untuk pakaian hari raya dan pakaian selainya, 2,000 untuk operasi dan 2,000 untuk pendidikan.
Seperti biasa.. tanya Kitang kot boleh jadi bendahari ( diberi keutamaan) alternatifnya ana boleh volunteer. Walid dan Kudeng ana cadangkan menjadi penyelaras projek.( Nampak mcm ada orang angkat tangan menyokong).Kita sasarkan je dulu rm6,000. cukup tak cukup kita work out contigency plan later. Kalau tanya ana.. ana confident kita boleh dapat lebih dengan keinginan rodong-rodong mahupun senior untuk beramal di bulan ramadhan.
Ana ada di KL pada 20,27,28,29 aug .. malam lepas trawikh kot-kot nak ngeteh dan berbincang lanjut..di alu-alukan. Minta Kida atau s buat promotion banner pada blog agar ianya sentiasa menarik perhatian rodong-rong yang memasuki blog
Apa yang ana cetuskan di atas adalah sekadar buah fikiran dan tak semestinya semua mesti setuju. Kot-kot dari sini ada yang boleh melahirkan idea lebih baik lagi bagus dari sekadar tunggu, diam dan biarkan segalanya dibahu rodong-rodong tertentu.

Wassalam..
Remarks.. kehadiran Ramadhan semakin terasa !!

Bilal@azmi said...

Lupa plak.. grand gathering tu.. bukan lupakan terus.. kita bagi ample time untuk semua berfikir.. dan nanti dalam masa terdekat kita finalize semua sekali dan fix kan tarikh. Macm mana pun kalau tak this year.. kita tetap kan buat grand gathering early next year.

Kita kena tubuhkan committe berdasarkan perlantikan (saranan dan budibicara) yang kami akan umumkan seminggu dua. From there we will start the ball rolling. Doakan semoga ianya dapat di materialize kan atas dasar keihklasan dan tulus.

KiTanG@Night Rider said...

Salam Jumaat buat seme kengkawan...mudah2an mendapat sambutan yg menggalakkan untuk projek Ramadhan tu spt. mana projek anak yatim di Temerloh tu...InsyaAllah koi boleh jadi tukang kutip duit.
Bilal...koi rasa kat Chemor tu mcm jauh je...takut ramai yg x dpt nak join...koi rasa di KL ni ada beberapa rumah anak yatim yg mungkin ada pihak yg terlepas pandang...Mudah2an keja2 baik ini diberi laluan yg mudah buat kita seme...

Pabiyen Sitok said...

Kadir 019-2110099 03-21623222 ext  7732
Hassan 22823131*2249
Wan Suharuzaman 019-242 8373
Abd Hadi Abd Hamid  03-21623222 samb 7634
Nazri Kangsar  0193527751  
Norazman      0193887350
  Gani                0126823619
no tel DCS guys

lan kida said...

Thanks Wani 4 the info