Sunday, August 26, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN laGi


Ummi pun ada sms saya semalam memberitahu beliau sekeluarga balik kampung ke Kg Awah, Temerloh bagi menghadiri kenduri adiknya. Beliau memberitahu bahawa Kitang dan Lily ada datang kerumahnya di Kg Awah kerana Kitang nak makan daging kambing kenduri. Kitang dan Lily sampai dalam pukol 2-00 petang dan bersembang sakanlah mereka. Memang seronok kalau antara BUDIMAN dapat bertemu sekali-sekala macam ni seperti di masa kenduri, PotLuck, sessi teh tarik, gathering dan sebagainya.

Kudin Mekanik juga ada menelefon saya memberitahu bahawa Bilal ada menghantar kereta Volvo untuk di baiki sebelum beliau berangkat ke Sarawak Jumaat lepas. Banyak juga yang perlu dibaiki kata Kudin. Bilal khabarnya akan kembali ke KL pada hari Ahad ini dan beliau ada mengajak kengkawan untuk teh tarik jika ada kelapangan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan aktiviti BUDIMAN.

Padil Pnom Penh juga ada menghubungi saya untuk memberitahu bahawa beliau sekeluarga sudah confirm akan ke Pnom Penh pada 6hb September ini. Maybe kita akan buat sedikit farewell kepada beliau sekeluarga sebelum tarikh tersebut atau sekitar 30-31hb Ogos nanti kerana Padil kata pada masa itu beliau agak free sedikit.

No comments: