Tuesday, August 21, 2007

pOtLuCk kaRaOke


Ni sebenarnya saja-saja saya cuba-cuba lemparkan idea ni kot-kot mana tahu ada sambutan, kita teruskan, kalau takde sambutan kita diamkan aja ler. Oleh kerana dah terlalu lama hampir 3 bulan rasanya tanpa sebarang aktiviti oleh BUDIMAN dan memandangkan tiada tempat yang bersesuaian untuk di offer dan tiada yang offer, maka saya cadangkan kita buat PotLuck seperti berikut :

Tarikh : 25hb Ogos 2007
Hari : Sabtu
Masa : 1-00 tengahari hingga 6-00 petang
Tempat : News KTV, Yow Chuan Plaza, Jalan Ampang, KL.

Mana-mana yang nak datang bawak anak beranak semuanya boleh. Nak datang couple-couple pun boleh (terutama kalau anak dekat nak peksa PMR,UPSR ni kan). Makanan seperti biasa kita PotLuck, nak bawak periuk pun takpe, cuma tak boleh masak jer kat tempat tu. Minuman insyaallah saya sediakan atau kalau ada orang lain nak bawak pun takpe. Makanan cam biasa la kena ler discuss sikit kat sini, nanti takdelah sama jer menu yang korang bawak.. nanti seme bawak meehoon goreng..kenduri meehoon kita.. kot-kot ada nak bawak puding raja ker...karipap ker... So terserah ler kepada kengkawan, kita tengok sambutan camne..jadi mana yang berhajat nak datang tu sila-silalah buat statement kat komen tu cam biasa. Kalau ramai kita ambil tempat besar sikit.. sewanya kita tong-tonglah...insyaallah saya sponsor ler separuh ker camne nanti...

10 comments:

SaYanG kidA said...

kida, tak de respond ponnngggg....kengkwn budiman ni tak suka karaoke agaknya... namanya pun budiman... pastu dah tua2 ni tak kose nak nyanyi2 ni.. tua ka? ahaks! sore pun bkn sdp tera mana pun hehehe.. apakata kida batal ajelah... kida teman sk ke hi-tea lah lagi bagus... jomlah *tarik tgn kida*

walid said...

mmmm...salam seme.
walid x dpt nak sertai sbb McD tpt YM keje ada famili day 25/8/07. So if nak join mlm tu mayb da keletihan kot. tp if just santai (cam sesi teh tarik ke) insyaALLAH walid akan cuba bersama.

lan kida said...

Yelaaa SK... namanya pun test market... kalau free nanti kita hi-tea kat MPH One Utama and lepas tu kita belanja awak dan budak2 makan kat The Curve yer..insyaallah kalau kita takde apa-apa program lain yer

Esok Puis mai KL sampai Sabtu. Kerbau sekeluarga pun ada kat KL dari petang semalam sampai petang Khamis. Bilal balik Pontian bersama keluarga dan insyaallah akan datang KL lagi minggu depan. Maybe kalau ada sambutan boleh kita buat farewell teh tarik untuk Padil Othman minggu depan. Kalau tadak sambutan insyaallah kalau ada kesempatan saya turun ke Putrajaya la untuk raikan Padil ni..kesian pulak kengkawan nak pergi jauh takde yang nak datang jenguk2 dan ucap selamat.

ummi said...

Sian Kida..Org duk KL xda bagi respon lagi? Xpa lah, Kida bawa Sk n anak2 je lah hi-tea..lagi enjoy ya.
Ya lah, mungkin orang lain duk bercuti lagi dan x sempat nak jengok blog ni...Ummi jer x gi mana2, KL pun xg cuti kali ni..Banyak hal kat rumah. N on that 25th. ada kenduri sikit kat kampung..(*xpun memang cadang nak g KL tau...boleh jumpa sk dgn jun ker..)
Sabarlah kida, mungkin last minute ada yang nak join...

p/s: Kida n Sk kalu g jumpa fadil n family, tolong sampaikan salam ummi n abang nu ek..Semoga dia sukses selalu di rantau orang.

Jun :) said...

ellow...hehe, jun ok tp LK cam bese la..fail sokmo. ade mid term lak ari ahad tu..ari sabtu br nk study, thehehe..sori la yer, x pernah ok..*segannyer*. anak2 sedara pon nak mai ari ni...sian kida, slalu plan..x jd.

ooo...sk, hi-t. amboi3..mkn kt d curve...hehehe..nnti blanje jun skali, pastu tgk wayang kat cineleisure...

walid said...

salam...
kida n sk...nak itutttttttt....nak ituttttt....hehe
kida kita ngetei berdua jer laaaaa...

SaYanG kidA said...

kida... nak gi wat farewell tuk padil and family sk nak ittuuuuu gaks!nak jumpa azah (betul ker nama wife padil) uwaaaaa dah tua lupa sokmo nama2 nih...

Kudeng said...

assalamualaikum

ana pun kena mintak maaf byk2 coz dokleh nok join. 25/8 ni insyallah ada majlis bacaan yasin ngan solat hajat kat surau tempat ana utk budak2 yg nak ambik exam next month.

kebetulang pulok anak ana yg no. 2 tu will be sitting for her UPSR.

mitok maaf byk2 kida.

lan kida said...

Walid, Jun, Kudeng, Ummi...no hal la ni..sikit punye hal je..lagipun mcm yang saya cakapkan..saja throw the idea jer...kalau ada sambutan kita buat...takde then kita diamkan aje ler....Anyway bulan posa nanti insyaallah ada rezeki kita buat gathering sambil beramal plak...

Oh yer..petang tadi Che Dat ada call beritahu dia ada seminar di Awana Genting sampai Jumaat ni. Saya juga ada hubungi Bulu 2-3 hari lepas bertanyakan khabar beliau kot-kot mana tahu dah bernikah baru. Beliau sihat sekeluarga dan kalau bernikah baru nanti dia akan inform kepada kengkawan semua, jadi bolehlah kita pergi ramai-ramai makan nasi minyak Bulu.

bilal@azmi said...

Salam..
Ana ada kat kucing la ni sampai Ahad malam ( gi interview secretary buat nizam MYdin ha.. ha..)Ahad mlm ana lepak kat Flamingo sampai Khamis. Khamis petang balik Kuantan nak sambut merdeka ngan family.. Ana jumpa kudin Mekanik pagi tadi tinggal kereta kat dia ada sedikit masalah teknikal. Kot-kot nak buat farewell buat fadhil hari selasa malam rabu cam mana..? Sambil tu nak followup idea beramal rumah anak yatim pd 16hb.Sept ( Bagi yg berminat aje lah..)

Wassalam.