Monday, September 10, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: meRdEkA!!

Jangan salah sangka, tajuk Merdeka kali ini bukanlah pasal menyambut Hari Kemerdekaan 31hb Ogos negara kita Malaysia. Merdeka yang saya maksudkan adalah merdeka selepas menghadapi peperiksaan. Saya di datangi idea ini sewaktu mengambil anak saya Muhaimin dari sekolah beliau pada hari Rabu lepas dimana pada waktu itu beliau baru sahaja menghabiskan kertas terakhir peperiksaan UPSRnya. Masuk saja beliau ke dalam kereta, beliau terus mengucapkan Merdeka! kepada saya. Saya tanya merdeka apa dan beliau kata Merdeka lah Abah sebab sudah habis periksa UPSR. Saya tanya lagi habis tu kalau sudah merdeka nak buat apa? Terus dengan tanpa teragak-agak lagi dia kata PS2 la Abah, Release tension lepas merdeka periksa ni.

Hahaha...Saya teringat masa kita di UitM dulu selepas merdeka setiap kali habis peperiksaan semester. Merdeka beb! Iyelah selepas study teruk-teruk untuk peperiksaan semester, tak tidur malam, study group dan macam-macam lagi, bila selesai kertas terakhir peperiksaan semester...perghhh...lega rasanya walaupun hati masih berdebar-debar menunggu keputusannya nanti. Bila merdeka periksa...macam-macam cara la nak release tension.

Bagi yang ada awek..apa lagi untuk release tension, dating dengan awek tersayang la. Pergi tengok wayang kat Komplek Teruntum, pergi makan dekat The Swan atau dating kat Taman Gelora perkena rojak ayam. Takpun pergi dating kat Taman Jepun dekat area-area Kelab Golf Royal Pahang tu berdekatan Teluk Cempedak. Kalau tidak pergi jalan-jalan sekitar bandar Kuantan tapi bahaya jugak sebab nanti Sarip n The Geng nampak, nahas beb. Teringat ada seorang sahabat tu dating kat panggung wayang Komplek Teruntum, ternampak Sarip n The Geng, sanggup dia tolak awek dia ke tepi dan jalan sorang-sorang....hehehe.

Bagi yang takde awek atau pakwe pula, apa lagi, merdeka periksa, pergi tengok wayang, pergi jalan-jalan atau pergi makan-makan je la. Masa kat Kuantan dulu tempat makan favourite selain Taman Gelora ialah kat Benteng Kuantan tepi sungai tu. Masa kat KL pula lepas periksa selalu konvoi geng motor pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman, lepas kat belakang Masjid India, pekena roti canai banjir kat restoran mamak tepi sungai tu.

Bagi yang takde duit pula, apa lagi lepak koridor la sambil main gitar dan buat bising. Kena pulak ada member yang tak merdeka lagi sebab ada paper lagi. Bengang jer sebab member dah habis periksa dan happy-happy main gitar, sembang dan buat bising. Panas je hati beb..tunggulah gua merdeka pulak...hehehe. Tu la saat-saat yang tak boleh tahan bila tengok member lain dah merdeka.

2 comments:

Anonymous said...

Taman Jepun dekat area-area Kelab Golf Royal Pahang? Kida tak pernah bwk SK pun kat ctu :( ni tak aci nih! kida kena qada ni... nanti gi Kuantan mesti bwk SK gi Tmn Jepun tu tau :p

Jun said...

hehehe....sk, minta g jepun trus la...lagi best!