Friday, September 28, 2007

sELamAt haRijaDi bUdiMaN


Hari ini genap BUDIMAN berumur setahun sejak ianya di mulakan pada 28hb September 2007 yang lalu. Pelbagai kenangan dan peristiwa telah di tempuh sepanjang setahun kita semua bersama di sini menerusi blog ini. Pelbagai aktiviti baik secara amal kebajikan dan program silatulrahim telah kita adakan. Pregathering, eM2bJ, Tabung Anak Ke Asrama Penuh, eMay, Tabung Apamz dan sebagainya. Selain itu PotLuck, Teh Tarik Session, AGGP juga telah diadakan bagi mengeratkan kita semua di sini.

Dari sini juga lahirnya blogger seperti Jom Pancing, Pioneers ITM Pahang, Cinta View Finder, Chef Jun dan Dairi Kehidupan.

Semoga persahabatan dan ikatan BUDIMAN akan terus berkekalan. Semoga lebih banyak aktiviti amal kebajikan dan yang membawa manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat akan tercipta di masa mendatang dengan meningkat dewasanya silatulrahim antara kita semua di sini. Kata-kata tidak membawa sebarang erti jika tidak di susuli dengan tindakan. Dewasa tidak akan bermakna jika hanya kosong dalam amalan dan hanya pandai mengungkapkan perkataan. Permuafakatan dan penyatuan membawa perubahan. Ayuh! Make the changes!

6 comments:

Anonymous said...

salam BUDIMAN semua.
Alhamdullillah..skali lagi walid jadi yg terpagi utk komen.
Ucapan jutaan tahniah kpd BUDIMAN yang genap setahun berada bersama kita.Tiada ungkapan yg dpt diungkapkan hanya mengharapkan agar BUDIMAN akan trus BERBUDI utk selama2nya baik secara individu atau ikatan kekeluargaan. Semuga semua BUDIMAN diberkati ALLAH s.w.t.

p/s...Budi Santoso pun da genap setahun main badminton...hehehe

Anonymous said...

Happy 1st Anniversary buat BUDIMAN...Sekalung tahniah yang tak terhingga buat Kida & SK atas daya usaha dulu,kini dan akan datang dalam menjayakan blog ni...

Coming together is a beginning,
staying together is progress and
working together is success.
TOGETHER WE CAN !

Jun said...

Kitang..tu moto maybank k? hikks! hepi anniversary to Budiman..semuga akan terus budiman.

Anonymous said...

Happy 1st Anniversary to BUDIMAN.. Semoga apa saja aktiviti yang telah dan akan dijalankan diberkati Allah swt jua..Dan juga diharap silaturrahim antara BUDIMAN akan bertambah akrab..
Tahniah juga kepada Kida dan Sk kerana telah mempertemukan kita semua melalui blog ini.

Anonymous said...

Selamat Menyambut Ulangtahun yg 1 BUDIMAN, ada potong kek juga ke?

dona_itmpahang@yahoo.com said...

Congratulations!!!!Semoga Usaha yang Murni ini diteruskan hingga bila2