Sunday, September 16, 2007

beRbUkA pUaSA buDiMaN - siRi 3


Program BpB yang saya cadangkan nampaknya belum mendapat sambutan dari kengkawan semua. Cuma Bilal dan Ummi, seperti biasa ada memberikan beberapa idea dan pandangan. Kudeng pula terikat dengan komitmen kepada surau berdekatan rumahnya dan tidak dapat menyertai program yang dicadangkan ini. Kawan yang saya minta tolong untuk mengenalpasti tempat yang sesuai nampaknya juga telah mendiamkan diri, mungkin masih belum dapat mencari tempat yang sesuai.

Sebenarnya saya lebih sukakan jika program ini di adakan di surau atau masjid kerana lebih memudahkan untuk kita berbuka puasa dan mengerjakan solat terawikh sekali. Saya ada berbincang dengan beberapa orang kenalan berkaitan program ini dan berdasarkan pengalaman mereka dan saya sendiri yang pernah menganjurkan program seumpama ini, peruntukan kewangan yang diperlukan untuk mengadakan program ini tidaklah begitu besar. Untuk mengadakan majlis berbuka puasa di surau atau masjid bagi sebuah kariah kampung, perbelanjaan lebih kurang RM1,500 hingga RM2,000 sahaja diperlukan. Kalau ada lebihan kewangan barulah pula boleh difikirkan untuk memberi sedekah kepada fakir miskin dan sebagainya.

Saya juga sebenarnya inginkan pandangan dan penyertaan dari kengkawan semua samada ingin menyertai program ini atau tidak. Kalau penyertaan dari BUDIMAN menggalakkan, maka sesuailah jika program ini di buat atas tiket BUDIMAN. Jika tidak nampaknya terpaksalah dilakukan atas nama individu sahaja. Saya juga ingin meminta pandangan kengkawan tempat yang bersesuaian kerana saya tidak mahu memilih tempat mengikut pilihan saya kerana sudah tentulah saya akan laksanakan di Temerloh kerana di situ saya lebih mahir dan biasa dengan daerah tersebut. Saya tidak mahulah nanti dikatakan segala program kebajikan di buat di Temerloh sahaja. (Sebenarnya kalau di Temerloh, memang ada 2-3 surau dan masjid seperti di Kg Tanjung Belengu, Kg Bukit Kelulut, Kg Tanjung Besar yang saya sudah fikirkan).

Tarikh juga saya rasakan bersesuaian pada 6hb Oktober 2007 bersamaan 24 Ramadhan iaitu kira-kira seminggu sebelum Adilfitri. Itu pun jika BUDIMAN bersetuju dan ingin menyertainya. Kalau sambutan BUDIMAN menggalakkan, kita akan minta tolong Bendahari BUDIMAN untuk mengaturkan kutipan sumbangan. Kita cuma tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi untuk merealisasikan program BUDIMAN ini.

Kalau beramai-ramai kita bersatu hati, berbulat tekad bersedekah membuat sumbangan untuk muslimin dan muslimat berbuka puasa dan berkebajikan, insyaallah, sumbangan yang kecil akan menampakkan impak yang besar. Beramai-ramai kita boleh berkonvoi dan berkumpul BUDIMAN dengan kariah kampung untuk bersama-sama berbuka puasa dan bersembahyang terawikh dan barulah pertalian dan perkumpulan kita ini akan menjadi lebih bermakna dan memberi kesan kepada diri kita sendiri dan masyarakat di sekeliling kita, dari hanya kita bertemu dan berkumpul untuk mengenang kisah silam yang tidak membawa apa-apa kesan atau sumbangan kepada masyarakat dan diri kita jua. Janganlah kita berasa selesa dengan diri kita, keluarga kita dan kita lupakan kerja-kerja bersedekah dan beramal kebajikan ini. Kalau setakat bersembahyang sahaja tetapi hati kita tidak langsung memperdulikan masyarakat sekeliling dan nasib umat Islam yang lain, amatlah menyedihkan bagi seorang Muslimin seperti itu. Untuk itu marilah kita sumbangkan tenaga, idea dan material semampu kita dalam menjayakan kerja-kerja amal jariah sebegini.

6 comments:

Anonymous said...

salam.
insyallah...walid join tapi mungkin sorang jer la..sbb mem ada class ahad tu.Ank2 leh tinggal nga atok jap...ahad pagi walid cau la...leh sahur kat tloh. hehe...

Jun said...

salam sume..
sori la Kida, bukan x nak bg komen..dah segan tahap tertinggi ni..slalu x leh nk join..sbb nk kna tunggu last minute selalunya..kalu kata ok nnti x ok plak (hehe..dah byk kali pong). insyaallah, dr segi sumbangan setakat yg mampu ok kot tp nk join tu x leh nk confirm lagik..

LaN KidA said...

Salam Walid n Jun,
Alhamdulillah, Bilal pun ada call petang semalam untuk beritahu bahawa beliau akan turut serta dimana sahaja jika di adakan nanti.

Harap kengkawan yang lain yang mempunyai kelapangan akan turut serta sekali... saya tetap nantikan respon anda semua sebelum memulakan sebarang langkah seterusnya....

Anonymous said...

Salam..
Ummi pun insyaAllah...Tapi kalau Sabtu dan Ahad (9am - 3pm), Najwa ada intensive class for her SPM Exam. Agak2 nak wat kat mana tempatnya Kida? Ada apa2 boleh Ummi bantu?
Pasal makan nasi minyak BUDIMAN tu, kalau ada jemputan bolehlah pergi kot, tengoklah kat mana..

Anonymous said...

Salam semua,
Ada satu lagi alternatives kot-kot boleh dipertimbangkan.. Apa kata kita buat majlis berbuka puasa di KL.. Kita intai-intailah siapa yang nak jadi Host.. tempat man torq ke.. tempat kuden ke.. tempat walid ke.. lepas tu bagi yang jauh lepas isya kitaorang berangkat pulang.. yang lain proceed ngan trawikh. Dlm majlis tersbut kita buat kutipan.. dan berapa kita dapat kita sumbangkan kepada beberapa orang yang daif tak kira lah warga tua ke.. ibu tunggal ke.. atau anak yatim. Majlis berbuka puasa ni kita buat awal sikit say.. 29hb. ke dan 6hb Oct tu kita agihkan je duit yang terkumpul. Jangan buat lewat sangat sebab rasa-rasanya jun, ummi, sk dan mereka yang sewaktu dengannya akan pasti sibuk dengan persiapan membuat juadah hari raya ( tak gitu.. he..he..). Jadi kalau setakat majlis simple berbuka puasa, ana yakin ramai yang dapat hadir..

Feedback please..

Anonymous said...

bilal, 29 tak leh sbb anak nak amik PMR..tu psl kida suggest 6/10.. tapi kalau sume dah setuju 29/9 continue jerle..tak yah tgu kida kot..