Tuesday, September 11, 2007

beRbUkA pUaSA buDiMaN - siRi 2


Nampaknya masih belum ada sebarang cadangan yang dikemukakan oleh kengkawan BUDIMAN berkenaan rancangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa BUDIMAN sambil beramal kebajikan. Saya ada meminta seorang kawan di Pahang untuk meninjau-ninjau tempat-tempat yang bersesuaian bagi kita mengadakan majlis tersebut. Sehingga semalam beliau berkata bahawa beliau masih mencari tempat-tempat yang bersesuaian. Walaubagaimanapun sudah ada 2-3 tempat yang beliau fikirkan sesuai tapi beliau ingin meninjau surau-surau atau masjid di pendalaman atau rumah anak yatim atau rumah orang-orang tua yang bersesuaian.

Saya pula ingin mencadangkan supaya majlis ini di adakan pada hari Sabtu 6hb Oktober 2007 bersamaan 24 Ramadhan 1408 iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

Saya sebenarnya juga lebih gemarkan jika majlis ini di buat di surau-surau atau masjid di pendalaman kerana selain berbuka puasa dengan orang-orang kampung, dapat kita bersama-sama mereka menunaikan sembahyang terawikh sekali. Kalau dapat surau-surau di daerah seperti Bera, Triang, Jerantut, Kuantan, Pekan atau tempat yang terletak jauh di pendalaman akan lebih menarik. Selain itu sebelum berbuka jika ada rezeki bolehlah juga kita sampaikan sedikit sumbangan kepada kariah kampung tersebut yang tergolong dalam golongan fakir miskin atau tidak berupaya seperti orang tua yang tinggal berseorangan, ibu tunggal dan sebagainya. Kita mungkin boleh memberikan sumbangan pakaian raya seperti baju melayu/baju kurung atau kain pelikat/batik, kuih-kuih raya dan mungkin juga sumbangan tunai duit raya. Makanan berbuka pula mungkin boleh diadakan gotong royong dengan penduduk kampung dengan peruntukan di berikan oleh BUDIMAN.

Kalau di buat di rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua pula, makanan untuk berbuka mungkin perlu di buat secara katering dan mungkin terdapat sedikit kesukaran untuk mengadakan solat terawikh di situ kecuali terdapat ruang yang bersesuaian seperti yang kita lakukan di rumah anak yatim Darul Izzah dahulu. Kita juga mungkin boleh memberikan sumbangan pakaian raya atau kain batik/pelikat, kuih-kuih raya dan sedikit duit raya.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah cadangan saya dan saya minta pandangan kengkawan semua yang berminat untuk menyertai majlis ini supaya tampil memberikan buah fikiran dan berusaha bersama-sama menjayakan matlamat ini. Kerja sebegini tidaklah boleh di lakukan berseorangan tanpa bantuan dan usaha kawan-kawan semua. Mudah-mudahan usaha murni kita ini dipermudahkan oleh Allah swt dan dibuka dan diterangi hati kita semua di sini untuk bersama-sama menjayakan niat suci kita ini.

5 comments:

Anonymous said...

Mana budiman yang lain? tak de suggestion ker? nunggu jer kida suggest... apa lah korang ni...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ana bukan tak nak bagi suggestion, tapi bila Ramadhan, ana tak leh nak commit lah kida. Kena bertugas kat surau kat rumah, dari malam pertama terawih sampai ke solat sunat aidil fitri.

Ana mintak maaf banyak2.

Anonymous said...

Salam sume..
Pasal tempat, kalu di Kuantan ni dah banyak rumah2 anak yatim yang kaya raya dan sentiasa dapat sokongan pelbagai Badan korporat mahupun Kerajaan. Tapi kalau di kampung2 bagus jugak kalu minta Penghulu/Ketua Kampung kenalpasti je 4/5 buah keluarga yg benar2 susah/daif dan ajak diaorang berbuka puasa di surau/masjid kg tersebut. Seterusnya kita sampaikan sumbangan sebagaimana acara. Sebab nak cari pusat2 jagaan/rumah kanak2 yatim/orang2 tua yang kecik2 atau terpencil ni xda kot kat kampung. Area/daerah mana tu, Kida n geng je lah suggest, insyaAllah kalu boleh turut serta, ummi n family akan bersama. Xpun, ummi kirim je lah apa2 sumbangan yang termampu.

Anonymous said...

Salam Kudeng n Ummi,
Kudeng, mu kena bertugas surau tu nok buat camne, laing kali ade lagi.

Ummi, sebenarnya tak kisah sangat samada kampung atau bandar, cuma kampung lebih menarik. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa ni tak kiralah samada dia miskin atau kaya ke, sesungguhnya kepada orang yang memberi makan itu rasanya tersangat lah besar fadilatnya, jadi tujuan utama sebenarnya kita di sini selain untuk berkumpul BUDIMAN berbuka puasa dan berterawikh juga membuat amal kebajikan memberi makan orang berbuka puasa dan sedikit sumbangan jika ada.

Anonymous said...

Yeapp Lan...!
Memang la seronok sangat kalu dapat berbuka puasa sama2 BUDIMAN n sesekali bersama orang lain x kira kaya ke miskin, serta berada di kawasan2 kampung. Cuma maksud ummi, bagusnya kalu sumbangan yang nak dihulurkan tu dapat disalurkan kepada yang betul-betul memerlukan/tercicir dari senarai kan :D..