Friday, September 28, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ


Pagi-pagi semalam Ummi sudahpun sms saya memberitahu bahawa beliau sudah berkomunikasi dengan Apamz untuk menyatakan hasrat BUDIMAN berbuka puasa bersama keluarganya di rumahnya. Menurut Ummi seperti juga yang dicatatkan di ruangan komen semalam, Apamz sangat-sangat berbesar hati dan sanggup mengorbankan sehari berniaga demi untuk berbuka bersama-sama BUDIMAN. Dan petang semalam menurut Ummi lagi, Apamz yang teruja dengan hasrat BUDIMAN, telah sekali lagi bertanyakan Ummi bagaimana respon kawan-kawan BUDIMAN untuk berbuka puasa di rumahnya?

Setakat ini yang saya rasa ingin menyertai majlis berbuka puasa ini adalah Ummi dan Kitang selain saya sendiri. Harap-harap lebih ramai kawan-kawan sekitar KL, Temerloh dan Kuantan akan tampil untuk menyatakan kehadiran.

Saya ingin mencadangkan agar majlis berbuka puasa bersama keluarga Apamz ini kita adakan pada hari Sabtu 6hb Oktober 2007. Makanan pula Ummi ada bertanyakan caterer di Kuantan tapi nak kena tetapkan menunya jadi saya rasa kalau Ummi ada masa, biarlah Ummi tetapkan menu yang sesuai dan dapatkan harganya. Saya harap lebih ramai kawan-kawan akan tampil menyertai supaya senang untuk kita mengetahui bilangan BUDIMAN yang akan hadir dan untuk di rundingkan harganya dengan caterer itu nanti. Alternatif lain selain menggunakan caterer, kalau ada yang nak buat majlis ni macam PotLuck pun rasa macam sesuai juga. Minta pandangan kengkawan la macam mana.

Untuk kutipan sumbangan kepada keluarga Apamz samada dalam bentuk sumbangan atau ada yang menghubungi saya sebelum ini untuk menyerahkannya sebagai zakat, saya minta tolong kalau Kitang sudi untuk menerimanya untuk diserahkan kepada Apamz nanti. Minta kalau Kitang boleh, untuk meletakkan akaun bank di ruangan komen.

2 comments:

Anonymous said...

A/C No : 1142-5412-3223
Nama : Zainordin Awang Samah
Tel : 03-2297 2584
019-756 7799
Fax : 03-2283 2491
E-mail : zainordin@maybank.com.my

Anonymous said...

Ummi pun try le set menu tuk hari tu...Caterer pun nak letak harga gak nanti..Ini cuma list tuk pilihan lauk yg bese2 je(*pilih mana yang teringin je tau):-

Nasi Putih
Sambal Tumis Udang + Petai
Kari Daging
Ayam Masak Kicap Pedas
Ikan Asam Pedas Pekat
Pari/Ikan Cencaru Bakar + Air Asam
Cencaru Sambal Belah Belakang
Keli Goreng Berlada
Patin Tempoyak
Sayur Campur
Soon/Pucuk/Kentang Lemak Putih
Sambal & Ulaman

Kuih2:-
Murtabak
Buah Melaka

Air:-
Panas & Sejuk (Sirap Limau ke..)

Ini ikut tekak ummi je, kalu ada yang nk tambah or modify, silakan..
Bolelah hadkan lauk 3 jenis, sayur 2 jenis kot dengan tambahan ikan bakar serta sambal-ulam tu. Banyak menu pun bole, tp kuantiti sikit2 sesuai kot untuk berbuka puasa. Harga kena tggu menu le. (Atau ada Caterer lain ke??)

P/s - kuih2 tu kita pakat2 bawa je boleh gak.