Monday, June 18, 2007

seSSi tEh taRiK eMay

Satu sessi teh tarik untuk membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan eMay akan di adakan esok malam seperti berikut :

Tarikh : 19hb Jun 2007
Hari : Selasa
Waktu : 8-30 malam
Tempat : Restoran Nasi Lemak, Jalan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL

Harap kepada kawan-kawan yang kelapangan dapat menghadirkan diri. Rasanya dah lama juga kita tak mengadakan sessi teh tarik beramai-ramai antara BUDIMAN ni. Jadi ajaklah kawan-kawan BUDIMAN semua hadir untuk bersilatulrahim sambil beramal.

Sedikit makluman berkaitan eMay, setelah berbincang dengan Raman Kerbau, Caterer yang akan membekalkan makanan untuk eMay nanti maka harga bayaran makanan sekepala di putuskan sebanyak RM10 sekepala sahaja. Sebelum ini bayaran tersebut adalah RM15 sekepala. Raman Kerbau telah bermurah hati untuk mengenakan bayaran hanya RM10 sekepala dan lebihan perbelanjaan akan di sedekahkan oleh beliau. Bayaran ini adalah untuk Minum Petang dan Jamuan Makan Malam kepada BUDIMAN dan keluarga yang ingin menyertai eMay ke Temerloh nanti. So jika anda sekeluarga seramai 5 orang, bayarannya ialah sebanyak RM50 sahaja.

Oleh itu marilah kita beramai-ramai menyertai eMay ini dengan satu tekad untuk bersilatulrahim sambil beramal kebajikan. Dengan kehadiran BUDIMAN yang ramai akan dapat menunjukkan kesatuan teguh dan bersatu hati serta menjadi contoh teladan kepada anak-anak yatim yang akan di ziarahi oleh bekas-bekas pelajar Universiti Teknologi MARA yang tentunya akan menimbulkan semangat yang tinggi kepada mereka. Seperti semasa kita semua berekspedisi ke Johor melawat mangsa-mangsa banjir dahulu dimana mangsa banjir amat terharu melihatkan betapa ramainya BUDIMAN sanggup datang dari jauh menziarahi mereka.

Oleh kerana BUDIMAN belum mempunyai pakaian rasmi maka kepada BUDIMAN yang akan menyertai ekspedisi eMay nanti agar dapat berpakaian T'shirt kolar berwarna putih dan berseluar jeans atau khakis biru gelap atau hitam sepertimana yang kita lakukan semasa ekspedisi Johor dahulu. Segala penyertaan sila telefon dan sertakan bayaran penyertaan kepada Bilal sebelum pukol 5-00 petang Rabu 20hb Jun 2007 ini. Maklumat akaun dan no phone Bilal seperti berikut :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503
Tel : 013-9864049

4 comments:

Anonymous said...

ar® here....
ar rase..., utk colouring contest tu... just sediakan pencil colour utk ank yatim yg sek. rendah & poster colour utk ank yatim yg sek. menengah... (dah lupa brp org..) pastu, terpulang le nk bg hadiah pe utk yg menang.... ar rase..., kita sediakn hadiah utk no. 1,2 je... coz utk colouring contest, ar nk divide to 4 group je.. utk print picture atas kertas saiz poster, tu ar sedekah je le... bkn mahal pun...
pastu, bg le simple gift for simple games... ikut le nk bg ape & brp gift tu... nnt ar jalankan je pe2 games yg terpikir dlm kepale ni... jgn risau... hehehhe... camner...?? ok tak...??

p/s: errr... sok ar rase cam x leh join je sessi ngeteh tu... ahli lembaga pengarah proceed je dulu ek... ar ikut je pe ckp bos nnt... heheheh......

Mizi said...

Hi semua,

aku doakan semoga projek eMay pada 23 Jun ini berjaya. Seperti biasa, aku minta maaf krn tak dpt join coz jauh sgt la. Insyallah next time kalau BUDIMAN buat projek disebelah Utara seperti Kg. Naka, aku org pertama akan join. Mungkin masa tu investment ABfund aku dah boleh dpt balik.....

Anyway, kalau skrg u all nak minta tlg belikan t-shirt utk projek eMay ini di Hatyai, saya boleh uruskan, memang murah bangat, harga 50% less dari di Nilai. Ckp aje nak brand apa, semua ada maa.

Anonymous said...

Salam Kida..
Nnt kena pakai T-shirt and jeans/khakis tu smpai ke malam ke? Untuk siang ok lah..tp malam cam dah x sesssuuaaaiii je..hehe.. Ya lah, nanti acara solat lagi, x selesa je rasa pkai jeans..Or boleh je kaum wanita nak guna bilik persalinan/surau kot kat situ...??
InsyAllah ummi and family akan hadir. Duit akan bank-in nanti.

Anonymous said...

SK pun nak komen gaks...ummi kita bawalah baju kurung tuk acara malam...kalau takleh tukar kat sana kita tukar kat umah kida blehkan kida...kida orang lelaki pakai baju melayu gaks ker?

*tgk baju kurung lam almari* kida raya nanti nak wat 10 pasang baju kurung bleh? ngeeeee