Wednesday, June 20, 2007

seSSi tEh taRiK eMay ( siRi 2 )


Sessi teh tarik eMay yang berlangsung malam tadi di Restoran Nasi Lemak, Jalan Kelab Sultan Sulaiman telah bermula pada pukol 8-30 malam dengan di hadiri oleh Bilal, Fadil Othman, Kudeng dan Fadil Sutoq. Pekena nasi lemak bungkus panas berlaukkan sotong, daging rendang, sambal petai ikan bilis dengan teh O ais, memang menyelerakan dalam rintik hujan gerimis. Ada yang pekena sampai 3 bungkus seorang.

Selesai pekena nasi lemak, kami sempat berbincang beberapa perkara berkaitan eMay. Antaranya Bilal telah memaklumkan bahawa jumlah sumbangan terkini telah meningkat kepada RM3,105. Ini berikutan sumbangan yang diterima daripada beberapa kawan BUDIMAN kita dan juga dari senior. Ini juga tidak termasuk sumbangan sebanyak RM1,190 untuk pembelian baju kurung dari rakan BUDIMAN di luar negara. Alhamdulillah akhirnya usaha BUDIMAN untuk mengumpulkan sumbangan bagi program eMay ini dipermudahkan oleh Allah swt.

Kudeng telah membawa 25 naskah Al-Quran yang akan di sumbangkan kepada setiap anak yatim tersebut dan diserahkan kepada Bilal untuk dibawa ke Temerloh nanti. Kudeng juga mencadangkan agar penyata perbelanjaan untuk program eMay nanti di bentangkan di blog ini seperti yang di buat semasa program banjir di Johor dulu. Insyaallah apabila semuanya selesai, saya akan membentangkan penyata perbelanjaan wang sumbangan eMay seperti yang saya lakukan semasa ekspedisi banjir Johor dahulu.

Barang-barang yang akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim nanti belum lagi saya sempat untuk membelinya lagi. Kesibukan tugas dan beberapa urusan masih menghalang saya. Walaubagaimanapun saya telah membuat tempahan dengan Slambe Jr untuk membeli barangan tersebut di Pasaraya Mydin beliau di Nilai. Insyaallah mungkin sebelum Jumaat ini saya akan cuba menyiapkan segala keperluan barangan yang akan dibawa nanti. Beberapa barangan yang perlu disediakan adalah seperti T'shirt dan Track Bottom, peralatan untuk riadah seperti papan carom, raket badminton, scrabble, saidina dan hadiah-hadiah serta peralatan untuk pertandingan mewarna dan game. Bilal juga akan berjumpa dengan Raman Kerbau untuk urusan catering makanan pada hari Khamis ini serta untuk menyerahkan bayaran makanan anak-anak yatim dan staff yang akan ditanggung oleh kita nanti.

Setelah berbincang, kami juga berpandangan sekiranya terdapat lebihan tunai maka ianya akan diserahkan kepada Pengetua Rumah Anak Yatim Darul Izzah untuk keperluan anak-anak yatim tersebut. Ini kerana sumbangan tunai yang diterima adalah atas niat untuk sedekah kepada anak-anak yatim tersebut maka oleh itu sewajarnyalah kesemuanya di sedekahkan kepada mereka.

Pengesahan untuk menyertai eMay di Temerloh masih lagi di buka sehingga pukol 5-00 petang ini ( Rabu 20 hb Jun 2007) bersama bayaran RM10 sekepala untuk makanan. Sehingga tengah malam tadi yang mengesahkan untuk hadir ialah Saya sekeluarga, Bilal sekeluarga, Raman Kerbau sekeluarga, AR, Ummi sekeluarga, Fadil Othman sekeluarga dan Zambran. Niazor hanya akan singgah sekejap sahaja untuk urusan baju kurung. Dari Kuala Lumpur hanyalah Fadil Othman sekeluarga dan saya harap kawan-kawan di KL yang kelapangan marilah beramai-ramai kita ke Darul Izzah pada Sabtu ini membawa anak dan isteri kita untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim tersebut. Silalah telefon atau sms kepada Bilal untuk mengesahkan penyertaan anda sekeluarga dengan bayaran makanan. Kalau tak dapat membuat sumbangan tunai pun, marilah kita bersama-sama pergi menziarahi anak-anak yatim tersebut yang mana kedatangan kita sebagai bekas pelajar Universiti Teknologi MARA akan membawa satu semangat yang tinggi kepada mereka. Sebagai BUDIMAN yang rata-ratanya adalah anak-anak jati Negeri Pahang, peluang berbakti di tanah tumpah sendiri begini seharusnya tidak dilepaskan.

4 comments:

LaN KidA said...

Buat pengetahuan semua aturcara program eMay adalah seperti berikut :

2-30 : Segmen Motivasi oleh Bilal
4-30 : Minum Petang dan Solat Asar disertai oleh BUDIMAN dan ahli keluarga. Jadi mulai 4-30 petang baru BUDIMAN perlu hadir.
5-15 : Pertandingan Mewarna dan Game
6-30 : Berhenti rehat dan bersedia untuk Solat Maghrib
7-25 : Solat Maghrib dan Tahlil serta Doa Selamat
8-00 : Majlis Pemberian Sumbangan
8-30 : Solat Isyak
9-00 : Jamuan Makan Malam

Aturcara lengkap nanti akan saya siarkan dalam satu artikel lain. Kalau ada kawan-kawan sudi hadir dan mengepalai Tahlil dan Doa Selamat amatlah dialu-alukan. Kalau takde then kita serahkan kepada Tuan Azmi Abu Bakar (Bilal) sajalah.

Amir-Isa said...

"Pekena nasi lemak bungkus panas berlaukkan sotong, daging rendang, sambal petai ikan bilis dengan teh O ais, memang menyelerakan dalam rintik hujan gerimis. Ada yang pekena sampai 3 bungkus seorang."
..mak aiii...lebih-lebih pulak cerita makan ni....buat meleleh air liur aku aja....assaam betul ...

lan kida said...

Hahaha Mir.... sorry ler apa nak buat...tu si Fadil Othman pekena habis-habisan..sebab bulan depan dia nak kena transfer ke Pnom Penh (macam salah jer ejaan ni) jaga Hun Sen dan tengokkan Pol Pot.

Mizi said...

Hi Fadzil Othman,
Welcome to happyland of Phnom Penh, congratulation. Aku dah baca post report Phnom Penh, tempat ok, elaunnya pun lebih tinggi dari Thailand. Boleh simpan duit coz kat sana tak byk tempat shopping n hiburan, bagus untuk tambah anak.
Yang tak ok pulak ialah takde jual daging dan ayam halal, kena sembelih sendiri la. Susah-susah mkn aje ayam pangkong....darurat maa. Anyway, insyalah aku sefamili akan lawat kau kat sana, naik AirAsia dari Bangkok. Saje nak lari dari letupan bom di Selatan Thai. Dgr term kat kau sana selama 6 thn, betul ke?