Saturday, June 16, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: pEtuA meMikAt sUaMi

Setelah kita semua dihidangkan dengan topik Gejala Takut Bini baru-baru ini yang mendapat sambutan memberangsangkan dari BUDIMAN semua, kini saya ingin membicarakan satu topik yang biasanya kita lihat di dalam majalah-majalah wanita seperti Majalah Jelita, Wanita dan lain-lain lagi. Selalunya perspektif yang diberikan menerusi tajuk ini adalah menurut sudut pandangan wanita kerana kebanyakan penulisnya adalah wanita. Kini saya ingin mengemukakan dari sudut pandangan seorang lelaki pula.

Kalau dalam artikel Gejala Takut Bini, kita lihat ada suami yang tak berani keluar malam, susah nak jumpa kawan-kawan untuk ngeteh dan sebagainya akibat dari kena tanya bini dulu. Ada pula yang dikatakan menikus di depan bini tetapi di luar dialah raja, kat ofis dialah paling garang, kat kedai mamak dialah yang paling kuat bersiul mengurat awek. Tapi depan bini pijak semut tak mati. Tu pun kira takut bini jugalah tu.

Masalah kat sini rasanya ramai yang tak berterus terang dengan bini. Selalunya mungkin ada rekod kena tangkap dan terperangkap. Cerita jer kat bini kita ni ada kawan ramai, stewardess ada, executive ada, manager ada, kawan lelaki, kawan pompuan. Sepatutnya kalau nak keluar rumah tu cakap je terus terang dengan bini. Malam ni nak pergi karaoke, nak pergi disko, nak pergi ngeteh dengan member, nak jumpa kawan..apa salahnya berterus terang dengan bini, insyaallah dia tak marah, lagipun kita bukan minta kebenaran dia, kita cuma inform dia sahaja. Lainlah jenis yang memang dah lupa daratan tak ingat rumahtangga, tak ingat anak bini, tak peduli makan minum anak bini. Ni sekali sekala, mungkin seminggu 2 kali balik lewat pagi, terus terang gerenti bini tak marah punyer. Takdelah tengah syiok sembang dengan member, berdering-dering telefon suroh balik.

Balik kepada petua memikat suami ni, kepada wanita, ada pelbagai petua dan pandangan untuk memikat suami. Kata orang nak pikat suami, pikat perutnya yakni masak sedap-sedap macam Chef Jun. Tu yang ada sampai perut boroi ke depan sebab terlebih pikat perut. Ada yang nak bagi jangan suami keluar rumah selalu, katanya wanita kena berhias dan bersolek kat rumah bagi suami tak pandang wanita lain. Lain-lain petua pun ada macam-macam, petua tradisional pun ada, petua sihir menyihir pun ada. Macam-macam cara wanita nak pikat hati suami ni.

Tapi saya rasa kebanyakan wanita sesetengahnya belum begitu memahami sifat-sifat seorang lelaki. Jiwa seorang lelaki. Naluri seorang lelaki. Lelaki ni sebenarnya secara amnya mempunyai sifat-sifat dan naluri yang sama. Baik dia seorang lelaki muda berumur 20an, 30an mahupun yang dah berumur 60an dan 70an. Baik dia seorang kerani, baik dia seorang jurutera, ahli perniagaan, Tan Sri, Datuk, Dato' Seri, Menteri, KSU dan apa sajalah kedudukan dan pangkat yang dia ada.

Seorang lelaki ni mempunyai suatu sifat yang tak akan hilang dari umur kanak-kanak sehinggalah umur ke penghujung hayatnya. Suatu sifat yang takkan hilang sampai bila-bila. Sifat tersebut ialah sifat keanak-anakan. Sifat keanak-anakan ini merangkumi sifat kenakalan, sifat merapu, sifat nak berkawan dan sifat membuat sesuatu yang dilarang. Sifat ini kekal dalam diri seorang lelaki sampai bila-bila dan tak kira apa kedudukannya. Tak percaya cuba intai suami masa dia tengah teh tarik dengan member-member dia. Gerenti 360 darjah turnover dari apa yang dia paparkan kat rumah dan di pejabat. Tan Sri ke Datuk Seri ke...saya pun pernah tengok kelaku keanak-anakan mereka ni..lagi teruk pun ada.

Berbeza dengan wanita yang penuh dengan sifat-sifat kematangan dan keibuan, wanita akan berubah sifatnya bila mereka meningkat umur dan mempunyai tanggungjawab yang berlainan. Sebab itulah bila wanita meningkat umur, perubahan diri dan kematangan fikiran akan membuatkan mereka menjadi kurang mesra dengan suami. Kalau suami nak merapu sikit dengan mereka, mereka kata suami dah buang tebiat dan macam-macam lagi la.

Lelaki ni sebenarnya bila meningkat umur dia perlu dibelai, dimanja lebih lagi dari masa zaman muda dulu. Dia perlukan seorang yang bergelar kawan yang boleh mengikut kemana saja dia nak pergi dan apa saja yang dia nak buat. Sebab itu isteri kena up to date dengan kemahuan suami. Jangan ingat masa muda dulu suami pendiam dan tak bersosial bermakna bila meningkat umur dia masih begitu. Keadaan berubah dan begitu juga sifat-sifat suami.

Kalau ikutkan suami yang mencari wanita lain bukanlah kerana nafsu fizikal sangat. Ianya kerana mereka perlukan companion yang memahami dan sanggup mengikut kemana saja mereka pergi serta dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran. Sebab itu kalau kita tengok Tan Sri ke atau Datuk ke atau sesiapa sajalah yang mempunyai girlfriend, mereka bawa girlfriend mereka jalan-jalan, pergi holiday, shopping... takdenya ada girlfriend tapi untuk nafsu fizikal semata-mata. Banyak masa diluangkan untuk menjadi companion yang dapat melayan mereka dengan mesra, dengan manja.

Untuk itu isteri haruslah mengekalkan bentuk fizikal mereka agar sentiasa seperti dulu semasa suami mengurat mereka dulu. Ini ada yang tak jaga makan, ada yang tak jaga berat badan, berpakaian dan sebagainya. Kadang-kadang di salahkan suami katanya suami juga berpakaian selekeh selepas kahwin. Kenapa? Sebabnya isteri juga tak jaga diri mereka. Cuba kalau bagi suami tu girlfriend..mesti dia berpakaian kemas dan segak 24 jam, perfume penuh satu badan.

Jadi untuk memikat suami, sesekali ajak suami tu holiday berdua, ajak pergi teh tarik malam-malam berdua, pergi tengok wayang berdua ker atau ajak kawan-kawan lain bersama-sama suami mereka pergi in grouping...karaoke ker, hard rock cafe ke, planet hollywood ker, aloha ker, The Loft ke...sekali sekala..janganlah selalu..nanti jemu. Atau kalau tak nak ke tempat macam tu ajak suami berdua-duaan pergi dengar ceramah agama kat Masjid Kg Baru ker, Masjid Jamek. Bila berjalan berdua dengan suami tu, peluk pinggang dia, lentok sikit kat bahu dia, pakai uptodate sikit, jalan macam boyfren dan gefren kata orang tu....

Itu sekadar pandangan saya menurut persepsi saya. Mungkin pada pandangan orang lain berbeda pula persepsinya. Walaubagaimanapun sebagai isteri, andalah yang lebih mengenali suami anda ataupun cuba tanya diri anda betul ke dah 100% kenal atau sebenarnya masih banyak lagi rahsia yang masih rahsia dan kekal rahsia....

2 comments:

radwan said...

Yo... good article... tapi bunyi macam tak cukup kasih sayang aje.
Anyway nak komen sket, sebetul nya buat kata pepatah lama, lain padang lain belalang... dan M nasir buat lagu untuk syarifah aini tak sama dengan lagu untuk Search atau alleycats.

SaYaG kidA said...

amboi mat dwan..kalau tajuk2 gini cepat jer respond nya.

:P