Thursday, June 21, 2007

eMay ( siRi 10 )


Petang semalam saya sempat ke Kedai Mydin di Nilai bertemu Slambe Jr untuk membeli beberapa barangan eMay yang akan di bawa ke Temerloh nanti. Saya sampai di Nilai kira-kira jam 3-30 petang dan sempat ngeteh dulu dengan Slambe. Kemudian kami berdua pun memulakan pencarian barang-barang yang di perlukan untuk eMay. T'Shirt dan Track Bottom telahpun di sediakan oleh Slambe mengikut saiz yang telah saya berikan kepadanya tempoh hari. Itu pun beliau terpaksa mengambil stok dari Mydin USJ di Subang Jaya. Jadi kesemua 25 T'shirt dan Track Bottom telahpun diperolehi.

Saya kemudian bersama Slambe dan seorang staffnya mengelilingi di dalam kedai beliau mencari barangan yang bersesuaian untuk dijadikan hadiah bagi acara pertandingan mewarna dan game. Saya beli 18 pensil warna dan 7 water color beserta brush dan palet seperti yang diperlukan oleh AR sebagai peralatan untuk segmen itu nanti. Sebanyak 25 hadiah untuk acara game telah saya belikan yang kebanyakannya adalah barangan kanak-kanak yang saya rasakan bersesuaian sebagai goodies untuk game yang diadakan nanti. Bagi acara Colouring pula seperti yang dipinta oleh AR saya menyediakan 5 hadiah untuk 5 group yang akan dipecahkan antara anak-anak yatim itu dimana hadiah-hadiah berupa hamper makanan.

Saya juga turut membeli beberapa peralatan riadah iaitu satu papan carom, satu papan congkak, shahiba atau scrabble, saidina, chess set dan satu 4 in 1 game set. Selain itu saya juga membeli 4 raket badminton jenama Wilson beserta satu tabung shuttle cock sebagai sumbangan BUDIMAN untuk kegiatan riadah anak-anak yatim tersebut. Kesemua barangan tersebut didapatkan dengan harga yang didiskaunkan oleh Slambe dan kesemuanya berjumlah RM944-00 sahaja.

Selesai memilih barangan dan membuat pembayaran, Slambe memaklumkan bahawa untuk urusan pembungkusan yang saya pilih untuk diletakkan di dalam sebuah Paper Bag, beliau akan mengarahkan staffnya untuk berbuat demikian. Slambe minta saya untuk datang semula ke Nilai bagi mengambil barangan tersebut sebelum hari Jumaat nanti.

Selesai di kedai Slambe kira-kira jam 7-00 petang dan saya bergegas pula ke Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat bersama client saya 3 orang Mat Salleh Australia yang saya janjikan pada pukol 8-00 malam. Selesai mesyuarat sekitar jam 9-30 malam dan saya menelefon Bilal yang berada di Dorsett Regency untuk bertemu beliau bagi mendapatkan maklumat terakhir penyertaan BUDIMAN dan ahli keluarga yang akan hadir pada Sabtu nanti. Bertemu Bilal dan kami makan malam bersama sambil berbincang persiapan terakhir untuk eMay.

Saya juga meminta pertolongan Ummi pada hari Sabtu nanti untuk mengambil barangan Avon yang di sumbangkan oleh Lily di Kedai Avon beliau di Mentakab. Saya juga telah dimaklumkan oleh Rozain bahawa pembekal baju kurung beliau tidak mempunyai bekalan dan beliau minta tolong saya sekiranya mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah baju kurung yang akan di sumbangkan melalui sumbangan kawan kita di luar negara. Saya telefon Zambran untuk minta pertolongan beliau mencarikan pembekal di Temerloh. Zambran berjanji akan cuba mendapatkan pembekal tersebut dan akan menghubungi saya balik pada petang Khamis nanti.

Dengan lebihan kewangan yang kita perolehi, saya akan cuba mendapatkan sehelai lagi T'shirt dan Seluar baru untuk anak-anak yatim tersebut selain dari yang sudah dibeli di Kedai Mydin Nilai.

Saya juga minta Raman Kerbau memberikan menu makanan yang akan dibekalkan nanti dan beliau telah menghubungi saya dan menyatakan menu makanan yang akan dibekalkan adalah seperti berikut :

Minum Petang : Kuih 2 jenis, Bubur Kacang, Air Teh O dan Sun Quick. KFC Kids Meal 25 set
Jamuan Makan Malam : Nasi Briyani dan Nasi Putih dengan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak (Kalau kat Restoran Temerloh Tepi Sungai tu RM6 seketul ), Ayam Masak Merah, Sayur Campur, Ulam-Ulam Kampung, Sambal, Buah-buahan, Puding Buah dan Air Oren.

Namun begitu sehingga petang tadi yang confirm dan telah membuat bayaran makanan di kalangan BUDIMAN untuk pergi hanyalah Bilal sekeluarga seramai 5 orang, Saya sekeluarga seramai 4 orang, Ummi sekeluarga seramai 5 orang, AR seramai 2 orang sahaja. Apa nak buat, apa yang ada terpaksalah kita hadapi jua demi mengharumkan nama bekas-bekas pelajar Universiti Teknologi MARA cawangan Pahang untuk berbakti di bumi Pahang, tanah tumpah darah kita yang tercinta, tempat kita di besarkan dan dilahirkan, kepada anak-anak yatim dari tanah tumpah kita sendiri yang memerlukan.

No comments: