Wednesday, June 27, 2007

pAtuT La kitAnG tAk mAsUk bLOg, diA daH jatUh ciNta kAt beNDa LaiN


Baru-baru ini masa eMay, Kitang dan keluarga pun ada menyertai. Masa Kitang mula-mula sampai, kami semua ingatkan siapa pulak yang datang dengan superbike bunyi macam langit nak runtuh tu. Rupa-rupanya Kitang datang dengan superbike siap dengan jaket kulit hitam dan helmet fullface lagi. Berdentum-dentum bunyi motor Kitang ni. Patutlah selama ini dia menyepi diri dari blog, rupa-rupanya dia dah jatuh cinta kat benda lain. Superbike Honda Shadow 750cc. Berkilau-kilau motor Kitang ni dia punye chrome enjin. Sebab dia beli superbike tu kerana dia sekarang berulang kerja dari Temerloh ke KL setiap hari kecuali hari hujan kena la bawak Naza Ria dia yang gabak tu. Minyak motor ni Temerloh-KL-Temerloh dalam RM25 sehari kata Kitang, jadi selamatlah sikit kalau berulang dengan kereta. Dah jimat duit Tol. Katanya dia bertolak pukol 7-00 pagi dari Temerloh dan selalunya sampai lebih kurang 8-30 pagi kat ofis dia di Bangsar. Sepatutnya ada 2-3 orang lagi member budak Temerloh yang janji sama-sama beli superbike ni nak berulang kerja ke KL tapi last-last Kitang seorang je yang tahannya setakat ini. Apa-apa pun Kitang, selamat memandu dan berhati-hatilah di jalanraya.

6 comments:

ummi said...

Hehe..Kitang xpalah jatuh cinta kat motor..jangan jatuh motor dah le, (*nauzzubillah..)bawa motor tu hati2 ek...pastu janganlah lupa sesekali singgah kat blog ni..!!

P/S **Tapi for sure..jatuh cinta kat motor takkan sama jatuh cinta kat Lily, kan Kitang? Sabor je lah Lily oooiii...

Mizi said...

Hi Kitang,
fuyo...cantik la motor tu. Sesekali tu bawak la ke sini. 6-8 Julai ni ada Hatyai Bike Week 2007, dengar Tourism Kedah nak bawak masuk 500 motor dari M'sia ke Hatyai, awak join la sekali. Ahad ni saya akan attend meeting penyelarasan di Alor Star. Lepas tu bulan Ogos pula kat Langkawi ada International Bike Week 2007. Time tu 1000 motor dari Thailand (kebanyakannya tak ada geran)akan kesana.

Anyway, bawak motor hati-hati ya coz kereta kat hiway tu semua bawak laju.

SaYanG kidA said...

to kitang - kitang tak kan naik motor sowang2 ajer kot... hari tu ingat nak tgk lily pillion ride pastu pakai jacket kulit ngan helmet fullface.

p/s kida, kalau ada motorbike sk mmg tak kasi chan org lain naik sk pun nak naik gaks :P

walid said...

salammmmm......fuyo easyrider kitang rembat.ari tu kata nak angkat superbike kawasaki...agknye Lily tak nak pillion ride superbike...menonggeng sgt. easyrider mmg best.cool jer...cuma grip dia kureng skit sbb handling distance agk jauh dari main rider.
Anyway berhati2 semasa menunggang..jauh gak tu ulang alik umah ke ofis tu...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..

p/s teringat walid zaman2 enduro ali setan ngan harley davidson(minat giler kat Harley beb..)

Anonymous said...

kitang kitang...berani awok bergaya ngan moto koi tuh. koi baru tertinggal kunci kat rumoh awok, awok dah godam bawok g sana sini...pohpaleh weh. Ni yg koi tak kenan sangat.

koi tau bile koi balik desa murni minggu depan, koi nok balik moto tu

sl jr

kitang@ghost rider said...

Salam sema...Pok Sedara,kunci moto yg tinggal tu kunci kapcai,kawan x reti nok bawok moto kecik..gayat,pasal goyang sangat...dulu2 masa belajor kat ITM ok gak,joli kapcai YAMAHA biru Yaray@Suhaimi Yaidin ahhh

Mizi...ok gak gi Hatyai...banyak projek bole buat...hehehe

Thanks atas nasihat/doa kengkawan...InsyaAllah...mudah2an selamat perjalanan