Friday, June 22, 2007

eMay ( siRi 11 )

Esok insyaallah akan berlangsung eMay yang kita nanti-nantikan. Segala persiapan berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa perkara yang masih terpaksa dilakukan pada saat-saat akhir. Walaubagaimanapun dengan kerjasama berpasukan insyaallah semuanya akan siap sedia menjelang eMay pada hari Sabtu nanti.

Penyertaan BUDIMAN turut bertambah dengan kehadiran Kitang sekeluarga dan Fadil Othman sekeluarga yang telah mengesahkan penyertaan mereka dengan Bilal pada petang semalam. Saya anggarkan kira-kira 30 orang BUDIMAN dan ahli keluarga yang akan turut serta ke Darul Izzah pada petang esok.

Masalah baju kurung yang tiada bekalan telah pun diselesaikan setelah Raman Kerbau berbincang dengan Ustazah di Darul Izzah yang telah memaklumkan bahawa mereka mengalu-alukan jika dapat diberikan kain sahaja yang satu corak supaya boleh di buat baju kurung untuk anak-anak yatim tersebut. Ianya nanti bolehlah menjadi satu pakaian rasmi atau seragam mereka untuk menghadiri apa-apa majlis lain yang akan di anjurkan atau apa-apa keramaian yang perlu dihadiri oleh mereka. Oleh itu Bilal dan isteri akan mencarikan kain yang bersesuaian serta tudung sekali dan jika masih ada lebihan kewangan kita akan berikan kepada Darul Izzah untuk wang upah membuat baju kurung itu nanti. Insyaallah ianya akan diserahkan kepada Darul Izzah pada petang Sabtu nanti.

Fadil Othman malam tadi telah menemui Slambe di Kedai Mydin Nilai untuk mengambil barangan yang telah dibungkus dan disiapkan oleh Slambe dan insyaallah malam ini saya akan berjumpa Fadil untuk diagihkan sebahagian barangan itu untuk di bawa ke Temerloh nanti. Terima kasih tidak terhingga kepada Slambe yang walaupun sibuk dengan pelbagai urusan audit di kedainya telah bersusah payah menyiapkan barangan tersebut. Terima kasih juga kepada Fadil Othman yang telah mengambil barangan itu dari Nilai untuk dibawa ke Temerloh nanti.

Program kita esok akan bermula seperti berikut :

2-30 hingga 4-30 petang : Program Motivasi oleh Bilal
4-30 hingga 5-15 petang : Minum Petang, Solat Asar disertai oleh BUDIMAN dan anak yatim
5-15 hingga 6-30 petang : Pertandingan Mewarna dan Game oleh AR dan BUDIMAN
6-30 hingga 7-15 malam : Rehat dan bersedia untuk Solat
7-15 hingga 8-00 malam : Solat Maghrib, Tahlil dan Doa Selamat
8-00 hingga 8-30 malam : Majlis Pemberian Sumbangan
8-30 malam : Jamuan Makan Malam

Kepada BUDIMAN yang akan menyertai nanti agar dapat memakai T'Shirt kolar putih dan seluar Jeans atau Khakis biru gelap atau hitam supaya menampakkan keseragaman kita seperti ekspedisi Johor dulu. Saya akan bertolak kira-kira jam 9-00 pagi dari Kuala Lumpur dan maybe kalau ada kawan-kawan dari KL yang nak pergi sekali agar dapat menghubungi saya. Kalau tidak ada then kita berjumpa di Darul Izzah sekitar jam 4-30 petang atau sebelum Acara Minum Petang nanti. Saya akan mula berada di Darul Izzah sekitar jam 2-30 petang nanti.

Kepada yang ingin menyumbang pakaian lama atau barangan lama seperti buku cerita agar dapat membawa sendiri ke Darul Izzah esok. Lokasi Darul Izzah terletak di Jalan Maran dimana berdekatan dengan Hospital Temerloh tedapat simpang ke Kg Berhala Gantang dan ianya terletak lebihkurang 150 meter dari simpang tersebut.

Selamat Berjumpa di Darul Izzah kepada BUDIMAN yang akan menyertai. Amanah yang akan dipikul oleh kita untuk menyampaikan sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh BUDIMAN moga-moga akan terlaksana dengan sempurna. Meraikan dan menyukakan hati anak-anak yatim yang terbiar ini insyaallah akan menjadi suatu usaha murni yang akan membawa keberkatan kepada kita semua dan akan menjadi kenangan manis kepada kita dan anak-anak yatim tersebut.

4 comments:

SaYanG kidA said...

salam sume...
td baca email dari bilal & teman SK. mcm dalam artikel kida tulis tuh, sumbangan yg untuk baju kurung di ganti dgn kain ela dan akan ditempah tu dah dipersetujui. Jadi mlm td lepas solat bilal dan ani pergi beli kain ela. Extra sumbangan tu akan kita beli tudung sekali


Kejap lagi SK pun nak gi shopping T-shirt dan seluar track untuk anak2 yatim... nak tambah sepasang lagi. Kida dah beli dah kat mydin tp ni kira tambahan lah. SK tak sabar nak gi esok.. so pada yg join eMay kita jumpa di sana yea...

To Ummi - nanti kita sambung borak2 lagi sbb hari tu bnyk lagi yang tak abih citer ngeee...

To Lily – nanti nak tgk brooch avon...SK suka sebab shantik2. nanti SK nak order kat Lily warna cokelat blehkan? Pakai brooch avon tak yah pakai accessories lain. cewah! cam lam iklan jer rasa ahaks!

*senyum pagi jumaat*

SaYanG kidA said...

SK beli suar (track) jer dulu tu pun 24 helai jer yg satu helai lagi shusahnyerrr nak cari saiz... XXXL tu! huhuuuu...petang nanti balik dr ofis sambung sopin lagi beli baju plak dan satu helai suar lagi tu.... jenuh cari saiz sbb tgk saiz yg diberi tu pening gak nak cari. bukan apa takut tak muat kang sian plak kalau terlebih besar plak aduhai...

SK bese2 beli saiz XS jer hiks!

SK said...

lupa laks nak ckp...ni kes last minuteslah nih! lain kali ta mo wat last2 minute lagi ehhhh....

*jeling maut*

ummi said...

Salam sk...
Ishh, ishh...sian sk wat keje last minute...xpa lah demi anak2 yatim tu kan..sesekali pun..hehe..

Ok ek sk, nnt kita borak2 lg kat sana dgn Lily sekali...hehe..emm x sabar rasa nak jumpa..

Semoga apa yang kita laksanakan ni akan mendapat keberkatan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun x langsung ..hehe..cam ucapan penutup apa jer hiks!!

Apa2 pun hendaklah datang dari hati yang ikhlas kan...bila buat kerja-kerja amal ni.