Tuesday, June 12, 2007

eMay - Ekspedisi Meraikan Anak Yatim ( siRi 6 )

Pada hari Ahad lepas Bilal ada menghantar sms membuat rayuan untuk kutipan sumbangan eMay daripada kawan-kawan semua. Setakat malam tadi (Isnin 11hb Jun 2007) jam 8-00 malam, cuma ada 2 penderma sahaja dengan kutipan sebanyak RM300. Bilal menjangkakan mungkin boleh mendapatkan sekitar RM500 dari sumbangan kawan-kawan. Itu jumlah untuk sumbangan manakala kawan-kawan yang nak menyertai eMay ke Temerloh masih tiada lagi.

AR telah saya hubungi dan beliau menyatakan kesediaan untuk mengendalikan program bersama-sama anak-anak yatim nanti.

Kita masih lagi kekurangan sumbangan yang kita anggarkan berjumlah RM1,450 untuk membiayai eMay ini dan saya benar-benar berharap kita semua dapat menyumbang sedikit seorang bagi menampung eMay itu nanti. Ini lah peluang untuk kita beramai-ramai membuat sedikit amal kebajikan secara terus dengan anak-anak yatim. Saya rasa kawan-kawan yang terdiri dari ahli-ahli korporat seperti Towkey Mydin, Towkey Kilang Wire Harness, Kontraktor Kelas A Kuantan, Usahawan di Maran, usahawan-usahawan dan kawan-kawan yang berjawatan tinggi seperti di Proton, CIMB, Maybank, Sapura, Sanyo, Nestle, kawan-kawan yang bekerja kerajaan yang baru menikmati kenaikan gaji dan kawan-kawan lain lagi mungkin boleh membantu. Sedekahlah sikit untuk anak anak yatim yang memerlukan. Tak dapat sedekah banyak sedekahlah RM10 pun takpe. Takkan nak tunggu Cikgu Murni mai baru nak bagi kot macam Haji Bakhil.

Maklumat akaun eMay seperti di bawah :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503
Tel : 013-9864049

4 comments:

Anonymous said...

ar® here....
ar igt utk pertandinga m'wrna..., ar x nk anak2 yatim tu wat individu... ar nk d'org wat dlm kump... bleh wujudkan teamwork d'org... pastu nnt gambor utk d'org nk kaler tu..., ar akn sediakan... ar igt nk wat dlm saiz A2 or A1.... kira2 besor gak le... dlm saiz poster.. camner...?? pe pendapat akak2 & abg2....

Anonymous said...

ar® here...,
oh ye... bila tarikh akhir utk bg sumbangan or byr $15...??

Anonymous said...

dalam sindir tuhhh

sl jr

Anonymous said...

AR..tarikh akhir bayar RM15 utk makan pada 20hb Jun 2007.

SL jr ... mana ada corner2 dah..kan ke direct free kick tu... yang pentingnya mesti goal.. bak kata Jose Maurinho.