Friday, June 08, 2007

eMay

Sedikit berita pasal eMay, Bilal ada memaklumkan kepada saya bahawa surat rasmi untuk mengadakan eMay telahpun di sampaikan kepada Pengetua Darul Izzah dan tarikh 23hb Jun 2007 telahpun dipersetujui. Jumlah anak yatim yang akan diraikan adalah seramai 25 orang pertambahan 2 orang dan 8 darinya terdiri dari pelajar sekolah menengah dan selebihnya seramai 17 orang pelajar sekolah rendah, kesemuanya perempuan. Kita juga telah mendapatkan confirmation dari sahabat kita (yang tidak mahu dikenali) yang akan menyumbang wang bagi membeli sehelai baju kurung baru yang akan dibekalkan oleh Rozain( penjual baju kurung). Bagaimanapun kita masih mengharapkan sumbangan kawan-kawan untuk lain-lain perbelanjaan (lihat artikel eMay yang lepas) berjumlah RM1,450 untuk membiayai eMay ini dan harap kawan-kawan semua sudi menghulurkan sumbangan. Untuk acara permainan dan pertandingan mewarna, saya minta AR jika tidak keberatan untuk mengendalikan acara tersebut dan harap dapat AR menghubungi saya. Saya rasa mungkin kalau ada kelapangan dapat kiranya kawan-kawan yang ingin menyertai eMay ini untuk mengadakan perbincangan dalam satu sessi teh tarik sekitar minggu depan supaya kita dapat menguruskan beberapa perkara dengan lebih lancar. eMay hanya tinggal kira-kira 2 minggu sahaja lagi dan harapan saya agar semuanya dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Sedikit fakta eMay seperti dibawah :

Tarikh : 23hb Jun 2007
Masa : 2-30 petang
Tempat : Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Jalan Maran, Temerloh, Pahang.
Peserta : Anak Yatim seramai 25 orang kesemuanya perempuan berumur antara 8-14 tahun.

Aturcara program :
2-30pm : Ceramah Motivasi oleh Bilal kepada anak yatim
4-30pm : Solat Asar dan Minum Petang ( Anak Yatim dan BUDIMAN )
5-15pm : Pertandingan Mewarna dan Permainan
6-30pm : Berhenti rehat dan bersedia untuk Solat Maghrib berjemaah
7-15pm : Solat Maghrib berjemaah
7-30pm : Penyampaian Hadiah dan Sumbangan
8-15pm : Solat Isyak berjemaah
8-45pm : Jamuan Makan Malam

Penyertaan setiap individu yang ingin menyertai adalah RM15 untuk Jamuan Makan Malam dan Minum Petang. Kita memerlukan sebanyak RM1,450 untuk membiayai program ini yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan sedekah kawan-kawan semua. Sumbangan sedekah dan penyertaan eMay bolehlah disalurkan :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503
Tel : 013-9864049

4 comments:

Anonymous said...

AR telah bersetuju untuk mengendalikan acara permainan dan pertandingan mewarna pada 23hb Jun nanti.

Belum ada sebarang sumbangan yang diterima menerusi akaun Bilal setakat ini.

Insyaallah aturcara program akan tetap di teruskan pada 23hb Jun nanti dan harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Anonymous said...

Salam sahabat..
Ana yakin.. hari-hari ada sahabat yng singgah ke blog ni.. dan Kida bukan kali pertama menghebahkan projek ini. Ana kira mesej yang nak disampaikan bukan nya kami paksa semua MESTI terlibat dalam aktiviti ini. Kami amat menghormati urusan dan kesibukan sahabat atau apa jua alasan. Kami amat memahami itu semua. Cuma yang dipohon oleh kami cuma dua:
1. Nak menyertai atau tidak dan anda cuma respon kata ya atau tidak .. itu je sebab kami nak bajet makan
2. Kalau tak nak menyertai nak turut sumbang atau tidak tak kira lah dalam bentuk wang atau baju lama. Kalau ya beritahu senang kami nak buat perancangan.

Ana sekadar merayu.. kalau boleh jangan jadi sahabat "touch n go". Pada peringkat awal kita bersyukur diketemukan melalui adanya blog ni. Kemudian rancak seketika dengan pelbagai aktiviti. Tapi sejak akhir-akhir ni menyepi..

Ayuh sahabat jom beramal..

Anonymous said...

Salam...
Actually dah respon dlm article terdahulu yg ummi x dapat join this eMAY. So far, confirmed le kena gi Langkawi frm 21st - 24th June 2007..So abg nu n anak2 pun rasanya xjoin le bila ummi xda ni. Maybe next time k.

InsyaAllah, ummi tetap akan bagi komitment...xkan lupa...

Gonna miss this eMAY a lot!!

Anonymous said...

top [url=http://norwegianonlinecasino.com/]casino games[/url] brake the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]realcazinoz[/url] free no store hand-out at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]free casino
[/url].