Wednesday, June 13, 2007

eMay ( siRi 7 )

Malam tadi lebih kurang jam 8, Bilal ada call memberitahu bahawa setakat ini baru ada 3 penyumbang untuk akaun eMay berjumlah RM400. Untuk catering makanan eMay saya telah berbincang dengan Raman Kerbau dbS untuk beliau menyediakan quotation dan menu makanan yang akan di bekalkan nanti. Saya juga minta tolong beliau untuk berjumpa dengan Ustazah di Darul Izzah minta beliau dapatkan butir-butir lanjut tentang jumlah anak yatim dan staff Darul Izzah yang kita perlu bayarkan untuk makanan mereka nanti. Selain itu saya juga minta Raman untuk dapatkan butiran jika ada keperluan-keperluan lain yang mungkin kita boleh belikan untuk mereka seperti peralatan permainan indoor atau apa saja keperluan penting yang amat diperlukan tetapi tiada di sana. Itupun jika barang-barang tersebut menepati sumbangan kewangan yang kita ada.

Saiz pakaian T'Shirt dan Track Bottom telah saya perolehi dari Bilal untuk anak-anak yatim itu iaitu Saiz L 4, M 5, S 4, XXL 4, XXXL 1, size 37- 2, 36- 2, 32- 1, 30- 1, SS 1. Kita juga ada penderma baju kurung baru dari seorang sahabat kita di luar negeri yang akan di bekalkan melalui Nizaor (penjual baju kurung). Harap Niazor boleh uruskan hal tersebut nanti. AR pula akan menyediakan program untuk pertandingan mewarna dan game untuk kanak-kanak. Mungkin dalam minggu depan jika sumbangan mencukupi bolehlah kita membeli peralatan, barangan dan pakaian yang akan disedekahkan kepada anak-anak yatim itu.

Program kita nanti akan di adakan pada hari Sabtu 23hb Jun bermula jam 2-30 petang. Itupun ianya akan bermula dengan program dari Bilal dan BUDIMAN akan hanya menyertainya pada sessi minum petang sekitar jam 4-30 petang. Pada sebelah pagi tu kalau ada kawan-kawan yang nak tolong atur Golfing Reunion pun elok juga. Boleh kita buat di Maran atau di Temerloh.

Sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan yang budiman dan pemurah yang saya tahu mempunyai simpanan yang banyak di dalam bank-bank amatlah di alu-alukan. Tak dapat sedekah banyak, sedekahlah barang RM10...masukkan je dalam akaun Maybank Bilal (mesin Maybank ni kat Petronas Petrol Pump pun ada) ..lepas tu sms je kat Bilal...kalau rasa malu pasal sedekah RM10... pakai telefon anak sms kat Bilal (supaya nombor telefon tu Bilal tak dapat kesan)..ataupun dah sedekah RM10 tu..takyah sms pun takpe...kira niat nak sedekah kan. Kalau ikutkan jumlah pengunjung blog ini ada dalam 200 orang atau lebih lagi. Kalau 200 orang sedekah RM10 pun dah dapat RM2,000. Tulah, kalau kita semua bersatu hati, yang kecil boleh menjadi besar dan banyak manfaat yang boleh diperolehi.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...
Semalam baru dpt tahu our office schedule to Langkawi postponed coz Big Bos kena attend other important meeting n presentation in Tioman around 21st. to 23rd June..So, dah rasa cam boleh join je this eMAY, tapi takut hubby lak kena ikut ke Tioman sbb dia selalunya prepare presentation.

Susah jugak nk kena confirm last minute...nnt menyusahkan petugas eMAY ek...

Anonymous said...

Ummi..sila confirm sebelum 20hb Jun 2007 5-00 petang with the food payment @ RM15 per head