Thursday, September 11, 2008

zaMaN vaRia poP

Baru-baru ini, Aimin anak saya di Tingkatan 1 telah membuat tugasan matapelajaran Sejarah yang bertajuk Salasilah Keluarga. Budak-budak Tingkatan 1 sekarang ni memang itu salah satu dia orang punya tesis yang dia orang kena siapkan, tak silap saya dari 15 tahun yang lepas lagi. Zaman kita di Tingkatan 1 dulu, saya tak ingat pulak nak kena buat benda ni, rasanya takde. So terpaksalah selain dari ciplak yang Kakak Sarah dia punya dulu, terpaksa jugak dia interview saya dan SK untuk dapatkan beberapa maklumat terbaharu.

Jenuh jugaklah dia tanya saya kisah-kisah masa kecik dulu, bulan puasa, sekolah dan sebagainya. Saya ceritakan kat dia, dulu-dulu saya jalan kaki pergi sekolah dari Kampung Bukit Kelulut ke Sekolah Rendah Jalan Bahagia di Temerloh. Dari darjah satu lagi dah kena jalan kaki lebih kurang 4km menempuh jalan yang kiri kanannya hutan belantara sahaja sementara nak menyampaikan ke Kg Bukit Kemuning. Tapi kami jalan kaki pun dalam group la, sorang-sorang meremang bulu roma jugak. Kena pulak kat satu selekoh sebelum nak sampai Kg Bukit Kemuning tu ada sebuah perigi lama bawah pokok Ara tepi paya... punya lah seram beb. Pernah kat situ ada seorang budak pompuan kena rasuk dengan pelesit waktu senja, siap jenuh berubat dengan bomoh orang asli. Budak pompuan tu siap terapung kat udara depan mata saya sendiri bila diletakkan surat yassin kat atas dada dia. Seram bulu betis beb.

Kemudian bila jalan ke kampung saya dah diturap dengan tar masa saya Darjah 2, ada la satu bas sekolah masuk. Tambang pun 5 sen jer, tapi alahai 5 sen pun kadang-kadang susah nak dapat sebab belanja sekolah sehari 20 sen. Mana nak beli mee lagi, air lengkong lagi, nak simpan lagi sebab nak beli majalah Bujal lagi. So terpaksa la menapak jugak hari-hari. Majalah ni wajib untuk dibeli, simpan duit pun semata-mata nak beli majalah. Masa tu ada majalah Bujal, Salina, Bambino. Ada Utusan Pelajar, Dewan Pelajar, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat. Majalah sukan plak majalah Shoot dari England. Majalah hiburan plak ada Varia Pop, famous majalah ni sebab banyak gambar artis. Kalau kat kedai gunting atau kedai kopi kat kampung, gerenti ada Varia Pop untuk orang baca. Selalu jugak tengok sebab ada gambar Uji Rashid... cun giler masa tu beb. Siap ikan pun ada mata Uji Rashid masa tu.

Darjah 4 barulah bapak saya belikan basikal. Chooper warna merah, ada sandar kat belakang, siap ada bakul kat depan. Ada gear lagi, punyalah eksyen. Tapi bakul dia tu asyik senget benget je memanjang sebab selalu jatuh basikal pasal brek putus. Lampu kat depan bakul tu memang awal-awal lagi dah jahanam sebab terpelanting ntah kemana bila jatuh. Tinggal dynamo je kat tayar belakang. Last-last Chooper tu togel habis, bakul kemana, brek pun ntah kemana. Yang tak bestnya, tengah giler kayuh laju2 racing naik bukit dengan kawan, rantai plak tanggal sebab rantai longgar, potong betul la.

Balik sekolah sampai rumah lebih kurang pukol 1-30 tengahari. Mandi, makan, salin baju terus kena pergi mengaji kat Masjid Kg Bukit Kelulut. Terror jugaklah mengaji dulu2 sebab terpilih wakil kampung untuk Musabaqah Daerah Temerloh, dapat Naib Johan kalah dengan ada satu brother orang tua jugaklah. Masa tu saya darjah 5 rasanya. Tuk Guru mengaji saya ni plak memang Johan Musabaqah Negeri Pahang, bab lagu memang dia terror, bab tajwid ada kureng sikit...tulah sebab saya kalah. Dan tulah sebab saya pandai nyanyi lagu je masa ni...haha.

Habis jer mengaji dalam pukol 3-30, belasah main dulu dengan member sebelum balik rumah. TV pun takde lagi sebab TV pun start pukol 5 petang kalau hari biasa kecuali mulai petang Khamis sebab ada draw Toto kat TV siaran langsung. Masa kecik2 dulu tak reti, apa barang la dia orang ni draw Toto, bola bulat siap ada nombor lagi. Lepas Toto tu ada cerita The Rifleman hero Chuck Connors. Petang2 plak ada cerita Have Gun Will Travel dan Gunsmoke. Cerita kartun masa zaman tu Mr Maggoo, Albert and Castello, Fat Albert (orang betul tukar jadi kartun), Pink Panther. Petang Sabtu ada Giant Robot dan kemudian Ultraman, favourite tu. Jumaat malam Sabtu plak ada Tayangan Gambar Melayu, ni favourite orang kampung, budak2 pun suka tengok sebab kalau malam tu cerita lawan pedang, gerenti esok satu kampung budak2 ada pedang,kalau cerita Sarjan Hassan, apa lagi pakat semua buat senapang beb. Hari Ahad malam plak ada drama Potret Pekerti. Tengah malam plak ada Hawai Five O, Mission Impossible, Barnaby Jones (hero tua). Ada juga cerita The Six Million Dollar Man, Hulk, Man From Atlantis (Patrick Duffy).

Bila dah besar sikit masuk darjah 5 boleh la join geng budak2 muda main bola kat padang. Tidak sebelum tu dia orang tak bagi sebab dia orang kata budak halus nanti patah kaki kena pangkah. Giler plak dengan bola. Petang Sabtu sebelum main bola kena tengok Star Soccer pukol 4-30 kat TV..... Laaa...rupa-rupanya Aimin tertidur dah dengar cerita Zaman Varia Pop ni...memang tak masuk pot betul dengan budak2 zaman sekarang dengan cerita Zaman Varia Pop ni. Harap2 korang pun tak tertidur jugaklah bila saya cerita ni...hehe.

39 comments:

Anonymous said...

Kida, awok jangan lupa juga majalah URTV. Koi masa tu minat giler kat Uji Rashid. Pantang ada citer Uji Rashid pasti koi akan beli majalah tersebut. Biasanya macam awok lah juga simpan duit belanja sekolah. Hehe...

Oh ya satu lagi cerita menarik masa zaman kita. Awok lupa ye citer "Combact". Betul ke ejaan koi ni. Ala pelakon Vic Morrow (betul ke ejaan nama dia). Citer tu selalu ditayangkan selepas maghrib masa koi, awok, bilal dan sewaktu dengannya berusia 13 tahun iaitu form 1.

Anonymous said...

Salam sume..Wah Kida! salute betullah, ingat segala citer, majalah dan rancangan TV..Awat duk mengenang kisah lama2 je ni, sedih nk balik kampung sangat2 kaaa?..hehe..nk tumpang sekaki gak laa..Pasal majalah Bujal dan Salina tu Ummi pun duk curi2 beli..hehe..takut abah marah..Majalah Varia Pop ke, URTV ke, kalu beli memang nak kena laa..abah garang semacam weh..Igt lagi, dulu2 kalu dah minat sorang2 artis tu, pnyalah tampal gambar kat dinding rumah, lagi besar lagi bangga la kot..DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir ntah sapa2 lg..ish ish..hebat tu! Rumah Ummi xdalah, jgn nk cubalah, memang kena siat laa..Bukan ikan je nama Uji Rashid, kain pun ada jugak!

Ummi dulu pun berulang dari Kg Awah ke Temerloh naik bas dari Darjah 1 - 6 di Sek Jln Bahagia Temerloh hingga Tingkatan 1 - 5 ABS Temerloh...Pagi jam 5.30 pg dah bangun..jalan kaki belakang rumah tunggu bas datang jam 6.15 pg. Peliknya masa tu, tak takut dan x teringat lak kot ada hantu ke, perogol ke...heeee seram kalu ingat kes kehilangan budak2 skrg kan..Tp Abang Nu kata dia berbasikal jugak dari Kg. Pengkalan Cina, Lebak ke Sek. Jln Bahagia Temerloh tu..ramai2..now kalu tengok jalan tu..jauh jugak weh! Now anak2 pun, bila masuk sek men. bangun kul 5.30 pg jugak kena berulang ke SABS Ktn ni..hehee..menurun pulak! :D

Di Felda ni Ummi igt lagi, orang dpn rumah Ummi mula2 sekali beli tv besar empat segi panjang warna coklat tu, bila time Tayangan Gambar Melayu, penuh satu ruang tamu dia..masa tu, pakai generator je..Siap kena bayar 5 sen kat tuan rumah kalu nak tengok..Lagi best, tuan rumah siap ada jual kacang2, satay ikan cucuk tu, jeruk, asam segala..heheh..sambil tgk tv pakat mengunyap!! Riuh-rendah rumah tu..Igt lagi bila tengok citer Pontianak dan Anak Pontianak lakonan Maria Menado tu..weee takut pulak nk balik ke rumah wpun dekat..hehe..Abah beli tv pun masa Ummi darjah 3 ke 4, tu pun kecik la 14 inci kot...Elektrik masuk kat Kg Awah ni pun masa Ummi darjah 4.

Aah Kida lupa citer Combat tu.., suka jugak, Ummi igt lagi adik lelaki Ummi, siap buat senapang jugak, nk mandi dalam bilik air pun duk bunyi mulut dia je menembak lah konon...tututututututuu..hahahaa, berejam duk dalam bilik air..

Itu jelah nk citer..byk lg, kang x muat column lak! Bila dikenang rasa baru je berlalu semua tu..Cerita manis yang x dapat dilupakan..!! Salam..

Anonymous said...

salam...
fuyo.mmg kenangan dolu2..sukar nak dilupakan.
walid ada gak diter..tp ingat2 lupa.CUma yg tau....mg nakal n slalu kena marah ngan arwah abah.

p/s nak citer pjg sbb syok menulis kisah dou2 nie...hehee

Anonymous said...

kawan dulu naik bas tambang 5 sen gak. ayah bagi 10 sen. tambang 5 sen pergi 5 sen balik. bila sesekali ayah bagi 20 macam heran lak. kat sekolah teguk air paip. kalau nak makan, tak yah naik bas, jalan kaki ramai2 dari squatters TUDM tu ke Sek Keb Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan. Bila nak dekat dengan kubur kat batu 8 tu, terhendap2. Dekat je dengan kubur terus pecut. Padahal tak de apa pun kat kubur tu. Tanah... bawah tu ada rangka. Kita pun dok kat situ nanti. Ada lagi ke idak kubur tu ntah le.

Darjah 3 kot baru naik bas. masa tu belanja dah meningkat ke 50sen.

Sekarang sekolah tu dah tukar nama ke Sekolah Fateh Ahmad ke apa tah. Kampung laman kawan pun dah tak de, jadi taman rekreasi, padang golf TUDM. Tapi tak pe gomen bagi tanah lot kat Kg Baru Chendering.

Masa darjah 6 pertama kali dan terakhir kali tengok konsert. Ayah kawan julang kawan masa nak tengok Uji Rashid kat Stadium Darul Makmur. Dah dapat tengok jap baru dia letak balik. Pas tu turn adik lak ayah julang. Masa tu konsert tu DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir dan Sharifah Aini. Masa tu minat kat DJ Dave, handsome giler. Tapi idak le kawan sampai nak tampal gambor dia. Setakat tengok... o hensem orang ni... dah

koi ingat dormmate, sampai tak lalu makan masa Jamal Abdillah kena tangkap kat Sabah kes dadah. Masa tu kita Form 5 kot. Raman Shakri ingat kot Wan Noraini

Anonymous said...

Sebut pasal cerita tv dulu2, jangan lupa cerita katun jepun TEMPE (machine blaster) sampai sekarang kwn masih ingat lagi lagu dia . Cerita omputeh selain dari six million dollar man & bionic woman kwn minat cerita space2 ni spt Lost In Space yang Dr Smith slalu buat spoil tu… & juga Space 1999 yg heroin dia Barbara Bain tu...
Masa kwn dlm darjah 4, org tua kwn beli stereo set, speaker nya bapokla besornya, masa tu bunyi bass yg penting, bass kena kuat, bahagian bass besor talam speakernya. Boleh main Cartridge dan cassette selkali. Kwn suka dengar satu satunya radio FM masa tu…FM Stereo Radio Malaysia…yang best nye radio tu asyik main lagu je…DJ dia mencelah skali skala je, tapi kalau masa lagu klasik… lagu klasik je la memanjang dia main. Kalau radio Malaysia pulak kwn suka dengar drama No 5 persiaran 1, (disebelah kanan masjid dihadapannya mini supermarket!!) hari hari ada kecuali hari ahad. Tapi yang paling best yang zaman sekarang tak boleh beat, baik TV baik radio, dulu dulu mana ada iklan mencelah tengah cerita…. Abis cerita baru ada iklan…. Rokok 555 la, Guniess Stout laa….

Utk pengetahuan, stereo set tu masih ada sampai sekarang & masih elok lagi (jenis Rising) Cuma takde cartridge je nak main.

Anonymous said...

salam ZM.. URTV mmg ada tp lewat sket rasanya time tu rasanya UTUSAN FILEM lepas tu baru dia tukar ke URTV... wah wah SK bab2 tu tau aje.. hehehehe

ada lagi citer2 tv yg sk suka...little house on the praire, the waltons last sekali tu mesti ada wish "good night grandpa". dulu bnyk citer2 kuarga jadi kuranglah sket masalah sosial.

kalau rancangan hiburan SK tunggu Donny and Marie, I luv lucy.

p/s utusan filem ni kida yg beritau.. SK tak ingat pun SK ingat varia pop jer hehehe...

Anonymous said...

Salam,
Betul la SK, Hulk (1978) dgn Man From Atlantis tu dah lewat 70an jugak... sebelum tu Little House On The Praire tu memang meletup jugak... Laura Inggals dgn bapak dia Michael Landon tapi paling cun melecun kakak dia Melissa Sue Anderson. The Waltons pun best giler gak... John Boy pakai spek bulat macam John Denver Show.

ZM, Combat dengan Sarjan Saunders dan Lt Henley, tak pernah miss jugak dulu tu. Kadang2 kena tengok dalam gelap tak pasang suara sebab orang semua dah tidor dan bapak tak kasi pasang TV.

Dulu time2 Maghrib memang nak kena lah kalau pasang TV ni dan selalunya pukol 10-30pm, semua dah kena tidur... miss betul nak tengok Barnaby Jones, Starsky and Hutch, The Street Of San Fransisco, Kojak (hero botak Telly Savallas) dan lain2. Masuk sekolah menengah barulah ada kelonggaran skit tapi masa tu ada cerita apa Sheriff Lobo dgn Mamat Trak hensem Greg Evigan yang ada monyet tu. Awek2 dalam cerita tu boleh tahan. Haaa..ingat dah, BJ and The Bear. Billy Joe MacKay @ BJ. Sebut Bear ni pun ada satu cerita jugak pasal ada satu mamat ni duduk dalam hutan berkawan dengan bear...apa cerita ntah...petang2 jugak la kat TV. Ingat dah... The Grizzly Adams.

Dan jangan lupa Planet of The Ape... Urko...tu selalu jadi bahan kalau nak ejek sape2 yang nak berlagak tu masa budak2 dulu..kira nak jadi Urko la tu. Lagi ada The Beverly Hillbillies, The Brady Bunch (adik beradik ramai dgn orang gaji dia yang tembam tu), Eight Is Enough, The High Chapparal (Monolito Montoya), Happy Days (Fonzy), Hart To Hart (couple Penyiasat), Ironside, The Wild Wild West (minat giler cerita ni), Police Woman (Angie Dickinson), Return Of The Saint (Ian Ogilvy),Peyton Place (siri beratus2), The Rockford Files, Sha Na Na (best jugak ni),kartun Speed Buggy, The Adventures of Rin Tin Tin (pasal anjing), Lassie ( cerita anjing jugak), Gilligan Island, The Invaders (pasal alien), Rawhide (koboi),

Nanti la, bagi korang plak la cerita... ada lagi gua nak sambung pasal zaman Varia Pop ni....tungguuuu!

Anonymous said...

amboi2 kida.. bnyk nye list movie... kuatnya daya ingatan...sib baik hafal ayat quran kalau tak mmg nak kena ngan SK

Anonymous said...

salam.
pergh.....jelas tul ingatan seme kat majalah,tv n radio..walid bab majalah ni kurang sbb org tua n kakak2 slalu beli majalah wanita..n yg berkaitan..yg ada artis2 ni kureng skit. tp tau la jugak sal hail amir..uji...dj dave..bab tv ni pulak...byk da kida sbut tu....tp yg best selain dari kartub yg apamz sebut tu...citer penyisatan dan keluarga mmg walid suka.kakak laura ingals tu mmg menjadi pujaan beb...cute giler.rasa2nya apamz suka kat musuh dia..apa ke nama ..natalie if x silap...(jgn mara apamz aaaa)
sha na na mmg best.bozo...ngan suara deep nya...pastu yg suara halus tu...pastu lagu akhir citer donny n marie...best gak tu..byk lagi kida kan..kan...

Anonymous said...

Uihhh Kida, bapoknya ingat belake-belake..weeehhh..Aah laa..Ummi pun suka Little House On The Prairie tu..tgk intro budak2 tu berlari turun bukit tu..hehe..nk tdo siap pakai serkup kepala gitu..kitaorg adik beradik pun selalu jugak la konon2 tdo serkup kepala..wahahaaa, serkup sapa kitaorg pakai pun x igt..hiiikss!!

Selain Bionic Woman tu, yeap! Charlie's Angel..suka sgt2 kat 3 gadis ni..dulu2 potong rambut pun ala-ala Farah Fawcett kann.. :D

Ok lah, saja je nak menambah sini..x kuat sgt tgk tv..beli majalah langsung x merasa, tumpang tgk rmh jiran je, xpun pinjam dan tgk curi2, xpun ada kena siat..garangnya abah..!! Dia suh kitaorang hafal doa panjang2 pnya untuk lepas solat..siap bagi dateline lagi..Kamu kalu x hafal dalam masa 5 hari ni, siap...uwaaaa..nasib masa tu otak cepat igt lg..untung dan syukur bila dikenang, doa tu lah yang duk baca tiap2 lepas sembahyang..panjang jugak wooo..kalu bagi la ni..2 bulan belum tentu igt..ngeh, ngeh..:D

Ok, chooww..!! xleh pjg2 sgt, sonok citer, kang terkeluar tajuk lak!

Anonymous said...

Best! Best! zaman citer tv popular dulu-dulu, jangan lupa citer DALLAS!! JR Ewing dengan isteri dia Sue Ellen yang mabuk sokmo tu, Adik JR, si Bobby dengan isteri dia Pamela, giler menanti citer tu tayang tiap minggu weh!! Bab majalah URTV ke Varia Pop ke ai kurang sket sebab mamang takde duit nak beli, belanja sekolah masa sekolah rendah 10 sen aje, air bawa air teh o sendiri dari rumah dalam bekas tupperware!! Masa tu popular lah party tupperware ni, macam party pyrex gak. Tapi cerita TEMPE macam Apamz citer tak ingat lah, yang ingat citer Mr Magoo. Masa tu kartun macam tu macam dah best sangat! tapi ada satu lagi kartun yang ai ingat - THUNDERCAT!!! Minat sangat citer tu, infacts sampai sekarang ni pun ai tampal stiker Thundercat kat kete ai...kenangan dolu-dolu gitu!!Thunder! Thunder! Thunder!Thundercat!!!

Anonymous said...

Zula, cerita tempe tu budak pompuan memang x minat... cerita dia ala2 transformer gitu. Tapi korang jangan x ngaku pulak terutama waleed, petang petang mesti suka tengok rancangan "CUMI & CIKI" (Kak N, Wazata zain, Abg Joe yg ajar buat kraftangan tu)...haa haa... jgn x ngaku.. waleed pernah cite kat kwn dia minat....ha..haa...
Lagi satu, sape kata dulu pagi pagi takde siaran tv.. adaaaa.. kwn slalu tengok... tv pendidikan.... suka tengok bahasa malaysia sebab ada drama sikit. Pernah jugak classmate kwn berlakon dlm slot BM tu, salah sorangnya anak Mr Lee, pen. knn skolah jln babagia tu..Lagi satu slot matematik ke sains, intro dia mesti ada keluar robot bercakap: "apaaa,dimanaaa, kenapaaa, bagaimanaaa...."

Anonymous said...

I know this website gives quality based posts and additional data, is there any other website which provides such
stuff in quality?

My web site Sushi Restaurant

Anonymous said...

Hi there, I discovered your website by way of Google at the
same time as looking for a comparable subject, your site came up, it seems great.
I've bookmarked it in my google bookmarks.
Hello there, just became alert to your weblog thru Google, and located that it is truly informative. I am gonna watch out for brussels. I will be grateful should you continue this in future. Many other folks will probably be benefited from your writing. Cheers!

my web site; http://www.annuaire3000.free.fr

Anonymous said...

Very good blog you have here but I was wondering if you knew
of any discussion boards that cover the same topics discussed in this
article? I'd really love to be a part of group where I can get opinions from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Thanks!

Stop by my web page - 100.42.52.164-static.reverse.mysitehosted.com

Anonymous said...

This piece of writing is genuinely a good one it assists new internet visitors,
who are wishing for blogging.

Feel free to visit my web blog cheap golf balls.com

Anonymous said...

Wow, amazing weblog layout! How lengthy have you ever been running
a blog for? you made blogging glance easy. The entire look of your site is wonderful, as smartly as the content!


Here is my website: sushi rolls names and ingredients
Also see my web site :: buy sushi roll mat

Anonymous said...

For most recent news you have to visit the web and on the web I found this
web page as a finest web page for latest updates.



Here is my weblog; first corals nano reef

Anonymous said...

Hi there, I wish for to subscribe for this weblog to take
hottest updates, so where can i do it please help.

My weblog ... Sushienorlando.com

Anonymous said...

Its like you read my mind! You appear to know so much
about this, like you wrote the book in it or something. I think that you can do with a few pics to drive the message home a bit,
but other than that, this is magnificent blog. An excellent read.
I will certainly be back.

Here is my homepage ... australian masters golf live leaderboard

Anonymous said...

Hi there! I could have sworn I've visited this blog before but after looking at many of the articles I realized it's new to me.

Anyhow, I'm definitely pleased I found it and I'll be book-marking it and checking back frequently!


Here is my web-site: golf digest 2010 hot list fairway woods

Anonymous said...

I simply couldn't go away your web site prior to suggesting that I extremely loved the standard information an individual provide for your guests? Is going to be again often to inspect new posts

Also visit my blog ... golfnow naples tee times

Anonymous said...

I need to to thank you for this great read!! I absolutely loved every bit of
it. I've got you saved as a favorite to check out new things you post…

Feel free to surf to my weblog: golf shoes only women's golf
shoes

Anonymous said...

I think that is among the most vital info for me.
And i am satisfied studying your article. However want to observation
on some general issues, The site taste is wonderful, the
articles is truly nice : D. Just right job, cheers

My web-site: nike golf balls review

Anonymous said...

This piece of writing will help the internet visitors for setting up new webpage or even a blog from start to end.



Look at my web page; ecco golf shoes biom

Anonymous said...

Hi! This is kind of off topic but I need some advice from an established blog.

Is it very hard to set up your own blog?

I'm not very techincal but I can figure things out pretty quick. I'm thinking about setting up my own but I'm not sure where to start. Do you have any tips or suggestions? Thanks

Take a look at my weblog ... brands home furnace

Anonymous said...

I am new to developing websites and I was wondering if having your blog title
related to your content really that vital? I see your title,
"Blogger: BuDAk ItM PaHaNG (budiMaN) " does seem to be spot on with what your website is about however, I prefer to keep my title
less content descriptive and based more around site branding.
Would you think this is a good idea or bad idea? Any help would be
greatly appreciated.

my webpage - home repair referral service
my site - do it yourself houses

Anonymous said...

Hi! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 3gs! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts! Carry on the excellent work!

Feel free to visit my page - furnace repair

Anonymous said...

Hi! I just wanted to ask if you ever have any trouble with hackers?
My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing months of hard work
due to no data backup. Do you have any methods to stop hackers?


Here is my homepage; rheem furnace repair

Anonymous said...

Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on
the video to make your point. You definitely know what youre talking about, why throw away your intelligence on just posting videos to your site when
you could be giving us something enlightening to read?


my web blog: women's gymnastics clothing

Anonymous said...

Hello there. I'm sorry to bother you but I ran across your blog and noticed you are using the exact same template as me. The only problem is on my site, I'm unable
to get the theme looking like yours. Would you mind contacting me at: nickolas_lynn@gmail.
com so I can get this figured out. By the way I've bookmarked your web page: http://www.blogger.com/comment.g?blogID=5995456003822636600&postID=7070858349231723735 and will certainly be visiting often. Thanks alot :)!

Feel free to surf to my webpage :: studio shoes

Anonymous said...

WOW јust what I was looking for. Came hеre
bу searching foг weight loss mеthoԁ

Alѕo visit mу sіte raspberry ketone uk

Anonymous said...

Fastidious answer back in return of this query with genuine arguments and telling all on the topic
of that.

Here is my web page: Outdoor Led Lighting

Anonymous said...

Hі friеnds, hοw is the whοle thіng,
and what you wish foг to ѕаy
cοncerning thiѕ article, іn my view its actually
аmаzіng in fаvοr of mе.


Also visit my site ... vitamin shoppe coupons

Anonymous said...

Spot on with thіs ωrite-up, I aсtually
think this amazing sіte nеedѕ a lot mοre attention.
I'll probably be back again to read through more, thanks for the information!

my page - moringa oleifera

Anonymous said...

I'm gone to inform my little brother, that he should also go to see this blog on regular basis to get updated from latest information. ageless male - ageless male - ageless male

Also visit my weblog :: men's health

Anonymous said...

Everything is very οpеn with a гeally cleаr сlaгіfiсation of the issues.

It was really informative. Yοur wеbsite іs very useful.
Thаnk you for sharing!

Feel freе to surf to my site: New york life insurance

Anonymous said...

Right now it sounds like BlogEngine is the preferred blogging platform out there right now.
(from what I've read) Is that what you are using on your blog?

my website golf in kissimmee fl

Anonymous said...

great submit, very informative. I'm wondering why the other specialists of this sector don't realize this.
You must proceed your writing. I'm confident, you've a great readers' base already!

my web page; kitchen appliances brands list