Friday, September 19, 2008

updatE

Ada beberapa perkara nak update sedikit. Antaranya :

1. Isteri Raman Kerbau, Puan Kamisah kini di tempatkan di Wad 5B, Neurologi Hospital Kuala Lumpur. Beliau di masukkan ke Wad berkenaan semalam setelah menjalani beberapa pemeriksaan dan kini sudah mula di berikan ubat oleh doktor. Doktor mengsyaki terdapat kelenjar di bahagian salur ke perut yang mungkin menyebabkan radangan sehinggakan beliau tidak boleh makan dan minum secara normal. Sehingga semalam keadaan beliau tidak banyak berubah dan menurut Raman, berkemungkinan beliau akan berada lama di wad tersebut bagi menjalani rawatan. Kepada kengkawan yang mempunyai kelapangan eloklah jika dapat berkunjung menziarahi Raman dan isterinya.

2. Malam semalam juga saya berteh tarik dengan Kitang, Sutok dan Raman Kerbau di Ampang, Kuala Lumpur. Kitang memberitahu jumlah sumbangan terkini Tabung Amal budiMaN kini berjumlah RM1,450 pertambahan sebanyak RM200. Insyaallah kita akan tutup Tabung ini pada hari Ahad nanti dan harap kengkawan yang ingin bersedekah bersempena Ramadhan ini kepada beberapa pertubuhan dan Rumah Anak Yatim supaya dapat segera berbuat demikian.

4 comments:

ummi said...

Salam..
Ummi doakan Raman tabah menghadapi dugaan ini dan isterinya akan cepat pulih dan dapat berada kembali bersama keluarga sebelum hari raya menjelang...

Tentang tabung Budiman, alhamdulillah banyak jugak dah tu..Kida, kiranya x sempat buat majlis kat mana2 lah ya? Xpalah, sampaikan je lah sumbangan tu ke tempat2 yang telah dikenalpasti...mana2 cara pun boleh kan..

lan kida said...

Salam,
Ummi, tak sempat la nak buat majlis buka posa budiMaN tahun ini. Hari tu ada call Sidi tanya kompleks belia maran, dia kata free sabtu ini... tapi susah jugaklah sebab ramai member2 tak free plak.

Insyaallah nanti lepas raya kita fikirkan untuk suatu gathering budiMaN. Itu pun kalau ramai kengkawan free la, maklumlah dengan anak exam dan macam2, tentu ramai yang akan sibuk bebenor kan.

lan kida said...

Salam,
Update pasal isteri Raman Kerbau... sebentar tadi call Raman dan beliau beritahu semenjak isteri di berikan ubat dari tengahari semalam...keadaan isterinya telah ada sedikit perubahan dimana isterinya kini boleh bercakap dengan lebih jelas sedikit. Namun untuk minum dan makan masih lagi tidak boleh dan masih menerusi feeding tube. Alhamdulillah, sudah ada sedikit perubahan.

ummi said...

Salam Kida..
Ooh ok lah, memang pun dah suntuk sgt masa...wpun duit tabung agak bnyak...kalu awal2 dulu kita dapat jumlah macam ni, senang nk program kan...xpalah..buatlah mana yang patut. Ummi pun nak balik Temerloh hari ni..sekejap lagi, insyaAllah..baru berkesempatan..Abang Nu cakap kalu buat majlis di Temerloh pun, dia rasa susah lak sbb kitaorang pun balik nk berbuka dgn family di Kg Awah..hehee..

Alhamdulillah...lega dengar perkembangan baru isteri Raman..harap2 lagi pulih hendaknya dan cepat2 dia dapat balik ke rumah..