Saturday, September 20, 2008

fOOd poiSoNinG

Balik dari mengeteh dengan Kitang, Raman dan Sutok pada Khamis malam lalu, saya di serang dengan food poisoning dengan teruk sekali. Demam tiba-tiba, buang air besar, muntah tak berhenti-henti sepanjang malam sehingga ke Subuh. Saya rasa mungkin akibat makanan yang saya beli untuk berbuka puasa. Letih dan tak bermaya jadinya. Itu pun alhamdulillah saya gagahkan diri untuk berpuasa juga dan akhirnya dapat juga menyempurnakannya walaupun setiap setengah jam tak berhenti-henti berkunjung ke bilik air. Nasib baik juga dah berhenti muntah sebelum azan Subuh tadi. Sekarang dah rasa lega sedikit walaupun sekali sekala masih berkunjung ke bilik air dan rasa serik dah nak beli makanan dari Bazar Ramadhan.

Sebenarnya ini kali ke 2 saya mengalami food poisoning. Pertama kali seingatan saya 2 tahun lepas di mana pada masa itu ianya tak menyerang secara tiba-tiba tetapi 3 hari selepas itu kerana 3 orang lagi rakan saya yang turut makan makanan yang sama mengalaminya juga tepat lebih kurang pada waktu yang sama. Pada masa itu kami makan makanan di sebuah kelab golf dan memesan makanan yang sama.

3 comments:

ummi said...

Salam Kida..
Alahaii siannya dengar...yalah, orang yang menjual ni pun satu..sediakan makanan x tentu pasal je..ntah x bertutup ke..air batu x masak ke..penyediaan yang berasaskan santan pun kdg2 cepat tercemar...makanan berbau ni biasalah, lalat pun cepat je menjenguk, tumpang semangkuk..dan tinggal jejak.. :D.

Citer Pasar Ramadhan (PaRam) ni pun Ummi x tau la, balik keje terus je ke dapur, masak simple2 n kuantiti sikit2 je, sempat lg, janji panas, licin...! Ya la, balik pun pukul 5.45ptg dah selalunya smpai rumah...kalu nak kuih tu, abang Nu je pergi beli sikit, tu pun selalu mengecewakan rasa, kurang gula la, x lemak la, x berasa la, alahaiii...Cuti or weekend baru boleh buat kuih..Hari kerja memang penat jugak, lepas balik tarawih, terus tdo je laa, tapi rasanya berbaloi dah 4 5 tahun seingatan Ummi xda terkena keracunan...alhamdulillah!

Anonymous said...

biasa la aki.. umoq dah tua...
kuboq kata mari, umah kata pergi..
bini kata...isq,isq isq bawa2 bertaubat bang...

wani said...

ummi, wani dah cuba pizza segera. budak2 emua suka. alaaa yg guna roti tu. anak2 yg 2 orang tu suka letak daging burger, yg sorang tu nak letakkan hotdog. wani letak je tomato sauce, cheese, dah siap utk dibakar.

thanks ummi. boleh dikatakan tiap2 hari wani masak. sampai rumah kol 6:30 petang, terus kelam kabut kat dapur. sesekali gi pasar ramadhan. bukan apa, anak wani yg no 2 tu memilih yg amat. roti Johnpun wani kena buat sendiri, sebab dia tak suka ada sayur dalam roti dia.

satu lagi kegemaran depa cocktail roll. hotdog yg ketot tu rebus dulu, pas tu potong roti gardenia, rollkan ajelah, celup tepung then goreng.