Sunday, September 21, 2008

tabuNG aMaL budiMaN

Hari ini adalah hari terakhir kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan kepada Tabung Amal budiMaN. Sejak ianya di lancarkan pada bulan Julai yang lalu sumbangan yang diterima dari rakan-rakan budiMaN bolehlah dikatakan memuaskan. Sehingga semalam baki di dalam akaun Maybank Kitang, sebagai Bendahari budiMaN serta akaun yang menerima sumbangan, saya rasakan jumlahnya kini mencecah hampir RM2,450. Walaubagaimanapun kita akan umumkan jumlah sebenar pada hari Isnin nanti setelah tabung ini ditutup sehingga tengah malam nanti. Saya juga akan umumkan penyata tabung ini secara keseluruhan dari mula tabung dilancarkan yang mana saya rasakan keseluruhannya mungkin melebihi RM3 ribu. Oleh itu kepada kengkawan yang ingin memberikan sumbangan, silalah berbuat demikian hari ini. Insyaallah segala sumbangan yang diterima ini tanpa bertangguh akan di salurkan kepada badan-badan tahfiz dan anak yatim serta individu yang memerlukan.

2 comments:

lan kida said...

Salam semua,
Bertemu Raman Kerbau malam semalam dan beliau beritahu bahawa isteri beliau kini sudah ditanggalkan feeding tube dan boleh minum susu secara perlahan2 secara normal. Namun begitu untuk makan masih tidak dibenarkan setelah 11 hari beliau menjalani rawatan di hospital kini. Beliau dijangka akan menjalani scanning pada 14hb Oktober 2008 dan besar kemungkinan akan terpaksa terus tinggal di HKL sepanjang tempoh tersebut. Kasihan melihat Raman yang nampaknya terpaksa terus berada di Kuala Lumpur dan berkemungkinan beraya berseorangan di sini.

Kitang, harap kalau confirm malam nanti boleh kita teh tarik untuk putuskan dan berbincang mengenai Tabung Amal budiMaN supaya segala sumbangan dapat diserahkan segera kepada pihak-pihak yang berkenaan.

kitang said...

Salam...Alhamdulillah,jumlah sumbangan pada jam 10am, 22/09/2008adalah RM3,100
InsyaAllah... Kida,lepas terawih kita jumpa.