Friday, September 05, 2008

peNyatA tabUNg aMaL budiMaN

Tabung Amal budiMaN yang telah di mulakan pada 26hb Julai 2008 yang lalu dengan tujuan membuat beberapa kerja amal telah memperolehi sumbangan dari beberapa rakan budiMaN. Tabung yang telah ditubuhkan melalui akaun Maybank Bendahari budiMaN iaitu saudara Kitang telah diuruskan seperti berikut :

Sumbangan yang diterima dari 11 orang penyumbang : RM1,360
(Penyumbang terdiri dari 9 rakan budiMaN di Malaysia dan 2 rakan budiMaN di luar negeri)

Derma amal yang telah dikeluarkan dari Tabung Amal budiMaN pula seperti berikut :
Sumbangan kepada Apamz : RM800
Sumbangan kepada penoreh getah : RM150
(Sumbangan kepada Apamz dan penoreh getah antara lain adalah sebagai hajat yang dinyatakan sendiri kepada Kitang oleh sebahagian penyumbang yang menyumbang untuk tujuan diberikan kepada 2 sahabat budiMaN kita itu yang sangat memerlukan)

Baki Tabung Amal budiMaN setelah pemberian sumbangan tersebut yang berada di dalam akaun Maybank Kitang dan cek dari Fadil Othman diB berjumlah RM410.

Saya sebenarnya masih berharap jika ada rakan-rakan budiMaN yang masih belum membuat sumbangan agar dapat berbuat demikian kerana dengan tambahan kepada baki yang sedia ada tersebut diharap dapatlah kita melakukan sedikit kerja amal terutama sebelum berakhirnya Ramadhan ini.

Antaranya kita boleh bersedekah kepada rumah-rumah anak-anak yatim seperti di Kuantan, Rusila dan tempat-tempat lain yang memerlukan terutama menjelang Aidilfitri nanti. Kalau dirasakan ingin di sedekahkan kepada 2 sahabat kita yang memerlukan seperti Apamz dan penoreh getah pun, elok juga. Terpulanglah dan saya mengharap pandangan anda semua di sini.

Kalau pada tahun lepas, budiMaN telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada Apamz di Kuantan, maka kalau ingin diadakan majlis yang serupa pada tahun ini pun elok juga. Pada tahun lepas pun, Majlis Berbuka Puasa tersebut di biayai sendiri oleh rakan-rakan budiMaN dengan cara catering dan bayaran per head dan bukan menggunakan wang sumbangan, maka mungkin acara yang serupa boleh dilakukan pada tahun ini tidak kira samada di Kuantan, Temerloh mahupun di Kuala Lumpur. Saya sebenarnya boleh mencadangkan sahaja kerana perlaksanaannya memerlukan kerjasama dan pertolongan dari rakan-rakan budiMaN semua.

Jadi saya minta pandangan anda semua untuk sekurang-kurangnya kita dapat berkumpul semula sambil membuat sedikit kerja amal kebajikan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

2 comments:

lan kida said...

Salam,
Saya sebut rumah anak yatim termasuk di Rusila kerana tengahari semalam saya terima satu sms dari Ustaz Syukri di Maahad Darul Quran di Rusila, Terengganu yang memohon sumbangan ikhlas untuk Tabung Dana Maahad Darul Quran sempena Ramadhan ini.

Selain itu kita juga ada Maahad Darul Fikri di Kuantan yang juga memerlukan sumbangan samada dalam bentuk makanan dan wang tunai.

Kita juga ada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah di Temerloh yang juga memerlukan sumbangan ikhlas.

Sebenarnya tidak perlulah kita bersedekah sampai beribu-ribu ringgit, setakat yang termampu oleh kita kepada Maahad dan Rumah Anak Yatim ini pun sudah memadai pada saya.

Dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa budiMaN juga salah satu cara kita bersedekah dengan memberi makan berbuka puasa dan sebagainya.

Mohon pandangan anda semua.

lan kida said...

Lupa nak mentioned, terdapat juga sumbangan-sumbangan peribadi yang diberitahu kepada saya oleh Apamz di terima oleh beliau seperti dari Samrael ( batch Jan 86) dan rakan-rakan budiMaN yang mengunjungi beliau di HTAA tempohari.

Sumbangan tersebut di buat secara peribadi oleh penyumbang dan tidak dari Tabung Amal budiMaN.