Friday, September 12, 2008

breAkiNG neWS

Malam semalam kira-kira jam 9-00 malam saya terima sms dari Raman Kerbau dbS memberitahu bahawa isteri beliau telah dimasukkan ke Hospital Temerloh pada jam 6-00 petang kerana keadaan beliau yang terlalu lemah. Selepas terawih tadi kira-kira jam 10-00 malam saya terus telefon Raman Kerbau dan bertanyakan punca isteri beliau di masukkan ke hospital.

Beliau memberitahu bahawa keadaan isterinya terlalu lemah akibat tidak makan kerana isterinya tidak dapat menelan makanan seolah-olah sesuatu menyekat. Isterinya hanya dapat makan lebih kurang 2 suap sahaja kemudian tidak boleh menelan makanan lagi. Begitu juga untuk minum air, hanya sedikit sahaja. Pada mulanya beliau menyangka mungkin akibat dari penyakit tyrod namun setelah pemeriksaan di jalankan oleh doktor mendapati bahawa isteri beliau bebas dari tyrod. Sebelum ini Raman ada juga bercerita kepada saya lebih kurang 2 bulan dahulu memberitahu keadaan isterinya yang agak kurang sihat dan beliau bimbang isterinya mendapat penyakit seperti Aruah ibu mertuanya dahulu yang lemah tubuh badannya dan tidak dapat bergerak.

Setelah di masukkan ke wad pada petang tadi, doktor telah menjalankan beberapa pemeriksaan dengan memasukkan kamera ke dalam leher dan pemeriksaan lain tetapi tidak mendapati sebarang permasalahan. Kini doktor akan membuat pemeriksaan berkaitan saraf yang menyebabkan kemungkinan isterinya tidak dapat menerima makanan secara normal. Sehingga kini isteri beliau masih lagi berada di Wad, Hospital Temerloh.

Diharap kengkawan budiMaN semua dapat mendoakan agar isteri Raman akan kembali pulih dan sihat semula dan Raman sekeluarga tabah dan sabar menerima dugaan ini.

5 comments:

lan kida said...

Salam,
Hajat tadi sebenarnya nak buat satu lagi artikel pasal zaman Varia Pop tapi dah terpotong plak sebab nak citer pasal isteri Raman Kerbau ni... apa2 pun insyaallah Sabtu ni saya sekeluarga balik Temerloh sebab dah janji dengan semua adik beradik nak berbuka puasa sama-sama kat rumah abah saya di Paya Pulai. Insyaallah nanti nak pergi menziarah isteri Raman kat Hospital Temerloh dengan SK sekali mungkin lepas berbuka.

Bila saya search Yahoo Health tadi nampak macam penyakit ni a bit serious. Harap2 ianya bukan dalam kategori yang paling serius iaitu Neurological dysphagia walaupun dari explaination Raman banyak synptom menjurus kepada peringkat tu. Apa-apa pun bila jumpa Raman nanti saya akan update di blog nanti. Harap kengkawan tolong doakan semoga isteri Raman sihat semula.

Sementara tu teruskan bercerita Zaman Varia Pop kita kat artikel bawah dulu yer. Insyaallah Isnin nanti kita keluarkan satu lagi artikel zaman Varia Pop yang meletup lagi...haha

wani said...

penyakit sendi yg tengah famous sekarang ni kat Perak ngan Johor tu ke?

Semoga Raman tabah menghadapinya

ummi said...

Salam..Tengah2 rancak duk citer zaman kanak-kanak dulu yang lucu dan buat Ummi ketawa serta senyum sendiri, datang pulak rasa sedih dengar berita ttg isteri Raman ni..Semoga isterinya beransur sihat dan Raman tabah menghadapi dugaan, lebih2 lagi di bulan penuh rahmat ni..

InsyaAllah kalu ada kesempatan balik Temerloh, Ummi pun teringin nak ziarah..Berapa kali dah tertunda nk balik, minggu lepas abg nu pergi Tioman, minggu ni igt nak balik, kena wat keje lak weekend untuk taklimat airport baru Tioman..Ummi pun harap dapat berbuka puasa dengan mak abah di kampung, x lepas2 lagi ni..huhuuuu..

SK said...

salam semua,

Harap Raman tabah..dgr dah wat endoscopy kena pulak wat neuro scan... Anim doakan moga Mi cepat sembuh.ameennn.

apamz said...

Salam,
Semoga Raman Qerbow bersabar & tabah dalam menempuh dugaan ini. Semoga segala2nya selamat kembali normal, amin.