Tuesday, September 16, 2008

tabuNG aMaL budiMaN

Malam semalam saya, Bilal, Kitang, Sutok dan Kudin bertehtarik di Taman Seri Gombak selepas solat Terawih sekitar jam 10-30 malam. Bilal pula baru sahaja tiba dari Kuantan kerana urusan kerja di KL selama 2 hari bermula esok. Kitang memberitahu saya bahawa sumbangan Tabung Amal budiMaN sehingga malam semalam sudah berjumlah RM1,250. Satu jumlah yang amat tidak diduga setelah kali terakhir saya umumkan sepuloh hari yang lepas hanya berjumlah RM410 sahaja pada masa itu. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membuat sumbangan setakat ini. Walaupun ada sesetengah penyumbang ada menyatakan hajat supaya sumbangan mereka di sampaikan kepada pihak-pihak tertentu, insyaallah akan di lakukan oleh Bendahari budiMaN, saudara Kitang bagi menyempurnakan hajat tersebut. Bagaimanapun dari jumlah yang di hajatkan untuk disedekahkan kepada pihak-pihak tertentu, masih ada baki sumbangan yang perlu diuruskan untuk disedekahkan kepada pihak-pihak yang lain..

Secara kasar, jumlah yang dihajatkan untuk disedekahkan kepada pihak tertentu berjumlah RM500 sahaja dari jumlah RM1,250 tadi, Maka baki yang masih tinggal berjumlah RM750. Saya, Bilal, Kitang, Sutok dan Kudin ada berbincang caramana untuk kita agihkan baki sumbangan itu tadi. Insyaallah mungkin esok, Rabu, akan di umumkan suatu acara perjumpaan budiMaN sambil berbuka puasa beramai-ramai, beramal dan bersedekah. Jumlah sumbangan yang tidak di duga ini sebenarnya menyukarkan sedikit untuk perancangan yang lebih sempurna berbanding jika jumlah tersebut telah kita ketahui dari awal puasa lagi. Walaubagaimanapun, saya dan beberapa rakan budiMaN akan cuba mengaturkan suatu acara sebaik mungkin agar dapat sumbangan tersebut di sedekahkan sebelum berakhirnya Ramadhan ini..

Disamping itu, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan budiMaN yang belum melakukan sumbangan jika ingin berbuat demikian agar dapat melakukannya seberapa segera agar ianya boleh di sedekahkan sebelum berakhirnya Ramadhan ini atau jika suatu acara amal di lakukan. Cara untuk menyumbang bolehlah di buat dengan melihat artikel yang lepas dimana terdapat nombor akaun Bendahari untuk dibuat sumbangan tersebut.

1 comment:

lan kida said...

Salam,
Semalam selepas teh tarik saya sampaikan sumbangan 4 bungkusan mengandungi lebih dari 300 helai pampers untuk Apamz yang saya perolehi dari adik ipar saya. Saya juga sampaikan bungkusan yang mengandungi baju-baju baby sumbangan staff Great Eastern juga untuk Apamz. Semua sumbangan tersebut saya sampaikan kepada Bilal untuk di serahkan kepada Apamz nanti.