Tuesday, September 23, 2008

peNyatA tabuNG aMaL budiMaN

Seperti yang saya janjikan tempohari, setelah mengadakan pertemuan malam semalam dengan Kitang untuk finalise penyata tabung amal budiMaN maka di bawah ini saya turunkan untuk tatapan semua budiMaN.

1. Sumbangan yang diterima dari lebihkurang 20 (18 penyumbang di Malaysia dan 2 penyumbang di luar negeri) orang penyumbang (kebanyakan penyumbang tidak mengenalkan diri dan menurut Kitang ada penyumbang yang telah membuat lebih dari sekali transaction sumbangan). Jumlah sumbangan yang diterima mulai 26hb Julai 2008 semasa tabung ini di lancarkan sehingga 21hb September 2008 apabila sumbangan di tutup berjumlah RM4,100-00.

2. Setelah mengadakan perbincangan dengan Kitang serta menghubungi beberapa rakan-rakan budiMaN untuk mendapatkan pandangan serta mengambilkira hasrat penyumbang yang telah dinyatakan, maka dari sumbangan yang diterima tersebut, pengagihan berikut telah dipersetujui dan telah/akan dilakukan :

i. Sumbangan kepada Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan = RM900-00
ii. Sumbangan kepada Maahad Tahfiz Subang Jaya = RM800-00
iii. Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah Temerloh = RM1,000-00
iv. Sumbangan kepada Apamz = RM800-00
v. Sumbangan kepada Raman Kerbau = RM600-00

Di sini juga saya ingin menerangkan bahawa penoreh getah yang saya ceritakan tempohari itu sebenarnya ialah Raman Kerbau dbS. Beliau sememangnya tiada pekerjaan tetap sekarang setelah kontrak berniaga kantin sekolah tamat tempohnya di penghujung tahun lepas. Selepas tersiarnya artikel penoreh getah tersebut, sebilangan rakan-rakan budiMaN ada menghubungi saya dan saya beritahu mereka siapa sebenarnya penoreh getah tersebut lalu mereka bertemu sendiri dengan beliau dan menghubungi sendiri Raman. Walaupun berniaga kantin sekolah dahulu pun, pendapatan bersih beliau sebenarnya tidak lebih dari RM50 sehari sahaja dan kebiasaannya kurang daripada itu. Kebanyakan aktiviti beliau bersama budiMaN pun sebenarnya di bantu oleh rakan-rakan budiMaN yang tahu akan kisah beliau. Rakan budiMaN juga turut membantu seperti Che Dat yang menghantar beliau berkursus perniagaan serta rakan-rakan lain yang cuba mendapatkan perniagaan atau pekerjaan kepada beliau. Mulai awal tahun ini beliau hanya menoreh getah sahaja dan apabila getah meluruh dan musim hujan berpanjangan sememangnya beliau tidak berpendapatan. Di bulan Ramadhan ini pula beliau hanya berniaga di Pasar Ramadhan Chenor sahaja dan apabila isterinya dimasukkan ke Hospital, beliau kehilangan punca pendapatan terus.

Oleh kerana itulah untuk menjelaskan kenapa Tabung Amal budiMaN mengagihkan sumbangan tersebut kepada beliau perlu saya jelaskan di sini dan di dedahkan identiti penoreh getah semoga rakan-rakan budiMaN yang tidak mengetahui siapa penoreh getah memperolehi gambaran yang jelas. Yang nyata masih ramai rakan budiMaN berhati murni yang membantu secara tulus ikhlas tanpa mahu mempersoalkan identiti beliau dan tidak cuma menolong orang yang mereka kenali sahaja.

Berbalik kepada agihan sumbangan yang lain, saya juga telah menghubungi dan berbincang dengan mereka seperti di bawah yang telah bersetuju untuk mewakili budiMaN bagi menyampaikan sumbangan tersebut iaitu :

i. Maahad Tahfiz Darul Fikri - Saudara Bilal dpA
ii. Maahad Tahfiz Subang Jaya - Saudara Kudeng dsS
iii. Rumah Anak Yatim Darul Izzah - Saudara Kitang

Sumbangan untuk Raman Kerbau pula telah pun di serahkan kepada beliau sendiri samada oleh Kitang sendiri mahupun di lakukan bersama-sama kehadiran saya sendiri. Sumbangan kepada Apamz pula telah dilakukan menerusi Ummi, Bob MG dan Kitang sendiri semasa isteri Apamz di masukkan ke HTAA tempohari.

Agihan sumbangan seperti di atas itu pun sebenarnya adalah bagi memenuhi hasrat penyumbang yang telah menyatakan secara spesifik tujuan sumbangan di lakukan mengikut nisbah pilihan mereka sendiri seperti yang dinyatakan kepada Kitang menerusi sms yang dikirimkan apabila selesai mereka memasukkan wang sumbangan ke dalam akaun Maybank Kitang.

Alhamdulillah dengan sumbangan dan agihan yang insyaallah akan di selesaikan seberapa segera dalam Ramadhan ini, saya bersama-sama Kitang ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dan menjayakan Tabung Amal budiMaN ini. Semoga Allah swt memurahkan rezeki anda semua, sejahtera dan diberkati sentiasa.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu adalah lebih baik dari tangan yang menerima dan bersedekah di bulan Ramadhan ini adalah sebaik-baik sedekah.

8 comments:

lan kida said...

Salam,
Update sedikit berita berkaitan isteri Raman. Isteri Raman, Puan Kamisah telah dibenarkan pulang hari ini (selasa) dan akan mengambil ubat-ubatan selama 6 minggu sebelum perlu hadir semula ke Bahagian Neurologi HKL untuk pemeriksaan selanjutnya samada perlu dibedah atau sebaliknya.

Bagaimanapun terdapat perubahan baik di mana isteri Raman kini sudah boleh makan dan minum secara normal perlahan-lahan.

Selepas menyerahkan sumbangan Tabung Amal budiMaN kepada beliau bersama-sama Kitang semalam, saya tanyakan beliau bagaimana beliau hendak pulang membawa isterinya kerana dulu beliau ke HKL menaiki ambulan. Beliau beritahu beliau hanya dapat membawa isterinya pulang menaiki bas ekspress KL-Temerloh sahaja walaupun isterinya masih dalam keadaan lemah.

Walaubagaimanapun, insyaallah saya beritahu beliau, saya akan cuba usahakan untuk membawa pulang isteri beliau dengan kereta nanti.

Setelah menerima sumbangan semalam, Raman Kerbau meminta saya menyampaikan kepada semua rakan budiMaN bahawa beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan-rakan yang prihatin dengan keadaan beliau dan isterinya, kepada semua penyumbang kewangan yang menyumbang kepada beliau dan kepada semua yang telah mendoakan kesihatan isteri beliau. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi rakan budiMaN semua.

ummi said...

Salam..
Alhamdulillah, syukur bila tengok sumbangan boleh mencecah begitu banyak sekali dalam tempoh2 akhir ni..Tercapai juga hasrat BUDIMAN untuk membuat sumbangan kepada mereka yang benar2 memerlukan. Diharap kerjasama dan sikap keprihatinan BUDIMAN terhadap golongan yang susah begini dapat dikekalkan dan semoga Allah swt. melimpahkan rezeki yang berlipat-ganda lagi kepada kalian semua di luar sana..amiiinnnn!!

Buat Raman - semoga sentiasa tabah dan ikhlas melalui dugaan bersama isteri tercinta. Percayalah, ada hikmah dan ganjaran pahala menanti atas ketabahan dan janganlah berhenti memanjatkan doa dan syukur kepadaNya..

Syabas BUDIMAN!!

kitang said...

Salam...Alhamdulillah,memang rasa terharu sungguh,dapat juga BUDIMAN menjayakan aktiviti amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sekali lagi,jutaan terimakasih yang tak terhingga kepada semua penyumbang...Hanya Allah jua yang membalasnya.
Terimakasih juga kepada BUDIMAN kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai Bendahari untuk aktiviti amal ini.

Kida,sedikit pembetulan,sumbangan yang pertama diterima ialah pada 14/07/08 dari BUDIMAN batch Jan'06
Wassalam.

walid said...

salam.
Syukur kehadrat ALLAH s.w.t yang telah membuka pintu hati seluruh warga BUDIMAN unutk menghulurkan bantuan kewangan serta doa-doa bagi menjayakan aktiviti dibulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.Kini Ramadhan hampir berlalu dan mudahan seluruh warga BUDIMAN akan lebih tekun untuk menjayakan dan menghidupkan Ramadhan untuk manfaat kita bersama.Dan juga terima kasih kepada warga kerja BUDIMAN yang berusaha dalam menjayakan aktiviti ini, semuga apa jua yang dilakukan oleh warga kerja BUDIMAN serta warga BUDIMAN mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t.

apamz said...

Alhamdulillah,
rasa lega bila dengar berita yg isteri Raman dah beransur pulih. Kwn masih ingat lagi Ramanlah orang yang pertama yang datang mengunjungi family kwn setelah mendapat tahu ttg family kwn selepas diberitau oleh Kentei masa golf & dinner di bukit beruntong pada tahun 2004 dan dia yang menyampaikan sumbangan rakan2 yang datang pd mlm itu.

Kwn rasa bersalah sangat kalau tak dapat menyumbangkan apa2 pada saudara kita ni yang tak pernah pilih bulu dlm berodong ni.

So, ekoran dari komen kwn dlm Program Amal Budiman sebelum ini, apa kata kita ramai2 pergi rumah Raman di chenor pada ahad ni dan berbuka puasa di sana, tak payah bercatering sangat, kita buat stail potluck je, kwn sure ramai yang dah start bercuti ahad ni.. apa kata kita luangkan masa sedikit dan sama2 di sana, hulurkan lagi sumbangan bagi yang tak berkesempatan, bagi rodong kita ni sokongan moral sikit, kwn faham sgtlah bagaimana besarnya hati bila dikunjungi rodong2 dalam keadaan kita dlm kesusahan... AMACAM? BOLEH? Ahad ni, buka puasa, potluck, rumah Raman, chenor... boleh laaa...

kudeng said...

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan Karim.

Sempena kita masih lagi di bulan Ramadhan yang penuh dgn berkah ni, ana nak propose satu cadangan. Apa kata, bila kita bangun sahur tu, kita masing2 pakat2 buat solat hajat utk isteri Raman Kerbau. Tu time yang paling bagus untuk berdoa pada Allah SWT.

Waktu siang pun kita boleh buat gak, pasal doa orang yang berpuasa ni terus sampai kat Allah SWT, tanpa apa2 hijab.

Wallahu Ta'ala A'lam

padil sutoq said...

Alhamdulillah, setiap yg baik samada doa, niat atau terus beramal dlm bulan yg mulia ni insyallah akan diperkenankan Allah.

Kida, kwn minta maap tak dpt temankan awak masa hantor En. Raman dan isteri balik ke Chenor hari tu. Musafir tu.. awok pose ke?

Kudeng, wa.. lama tak dgr citer. Betul tu deng, amalan yg baik sekali.

Insyallah kita sesama berdoa utk kita semua, umat islam seluruh dunia dan bersyukurlah.

lan kida said...

Salam,
Padil... posa tetap posa sebab koi naik BMW 5 series hantar Raman hari tu...berkelip 2 kali je dah sampai simpang Chenor...sekejap sangat rasanya...hehe.

Awak tak nak pergi buka posa ke Chenor ker...boleh la tong2 dgn Walid tu...dia seorang jer tu kot.